Tiga Tahun Kemudian

Horror & Thriller Completed 8302

Tiga tahun kemudian....

Yup!Tiga tahun berlalu. Sejak kejadian Joacquin, hidup dia kembali normal semula seperti sedia kala. Masih terperap dalam bilik sinaran UV bertemankan penjaga dia yang selalu kenakan suit hazard. Tak lupa jugak Doktor Kanzo buat medical check up mingguan dia. Selain tu..tiada.

Nak dijadikan cerita, selepas kebenaran terbongkar dan bukti mengesahkan bahawa Joacquin bersalah, lelaki tu dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan membuli hingga membawa maut. Ayah Joacquin dilucutkan jawatan sebab salah guna kuasa untuk tutup kesalahan Joacquin. Kematian Jimmy, Danzo dan Sabrina juga terbela. Akademi latihan ketenteraan jugak telah ditukar dekan mereka. Dan undang-undang baru di terapkan dalam tempat itu. Jadi mulai perubahan tu tiada lagi masalah pelajar yang melanggar peraturan.

Gray, Jarrel, Jessica dan Tyler menjalani kehidupan sendiri dan haluan masing-masing. Mizuki ada hack media social mereka senyap-senyap sewaktu dia dibenarkan untuk menggunakan gadjet...itupun masa waktu kelas latihan bahasa asing dia. Kalau tidak memang tak pegang langsung. Gray sekarang sambung belajar dalam jurusan sukan dan atlet. Jarrel...lelaki tu...of course bergelumang dalam dunia 'bisnes' yang kononnnya dikatakan bisnes import dan eksport. Jessica...not shocked but expected...gadis tu selepas habis belajar sahaja terus mengandung. Tyler pula telah menjadi seorang leftenan navy.

Keluarga Federico?

Tiada khabar berita. Tidak kiralah Mizuki buat apa, dia tidak dapat langsung secebis cerita mengenai keluarga tersebut. Bukan Sahaja tidak melawat dia selepas sedar dari koma akibat ditembak Joacquin, keluarga tu terus hilang tidak berkhabar. Frust Mizuki tu jangan ceritalah...memang meroyan habis setahun gara-gara cuba nak keluar dari pusat tu semata nak cari Dante. Adalah jugak Mizuki cuba minta pertolongan dari Doktor Hanzo, tapi lelaki tu pun tak boleh nak buat apa-apa sebab Keluarga Ambrose tu golongan high profile. Susah nak cari atau geledah maklumatnya.

Oh ya..lupa.

Mizuki dah tahu siapa ayah kandung dia tak lama lepas tu. Doktor Hanzo yang beritahu lepas Mizuki sedar dari koma tiga bulan dia. Lama?Memang la lama. Peluru Joacquin kena tepat dekat kawasan jantung. Disebabkan keadaan istimewa Mizuki, tahap kesembuhan dia ambil masa yang lama. Dan Doktor Hanzo ceritakan segalanya kepada Mizuki dari awal hingga la akhir. Yang mana diterima oleh Mizuki dengan berlapang dada, tidak la mengamuk seperti orang gila, sebab Mizuki dah tahu sebahagian cerita tu sebelumnya.

Selepas itu semuanya berjalan seperti biasa,

And surprise...surprise...pada umur 22 tahun dia telah dilantik menjadi ketua pasukan ejen rahsia dalam pusat penyelidikan ni. Still, kajian dan uji kaji masih dijalankan ke atas dirinya. Yang mana dia terima.

Hidup semua orang kembali kepada sedia kala.

Tapi bukan dia...

Move on is not easy guys! It's took a lot of time and efforts.

Walaupun sekejap, rasa macam baru semalam aje semuanya terjadi.

            "Mizuki...kita tak perlukan semua ni?Ayah dan mama tak kisah kalau kita jenguk mereka tanpa bawa apa-apa?"

             "Itu tak bermakna saya kena datang berjumpa mereka tanpa buah tangan... common sense babe...common sense.."

              "Saya tahu...tapi troli ni dah penuh macam kita beli barang dapur..."Dante tunjuk tangan ke semua bungkusan makanan di dalam troli sewaktu mereka berdua berdiri di isle bahagian buah-buahan.

              Mizuki berpaling, tangan berglove yang sibuk memegang beberapa biji oren ikut berhenti dari bergerak. Keningnya terangkat tinggi. "Really?"dia tengok ke dalam troli.

               "Ya...percaya la.. Mama tak kisah kalau kita datang ke rumah tanpa membawa apa-apa. Lagipun mama cuma nak jumpa awak...bukan makanan-makanan ni"

              "Oh please Dante...stop nagging like old woman. Doktor Kanzo berikan saya kad kredit dia...jadi jangan risau soal kos.."

               "Saya takkan membebel kalau setiap kali kita keluar...mesti makanan aje yang awak cari."

              "Food is life babe!Jangan hina aktiviti kegemaran saya.."

              "Please...can we just go now?"

              "Okay fine..tapi lepas saya beli oren ni..kemudian baru kita balik."

Mengalah dengan situasi itu, Dante berdiri di tepi Mizuki dan ambil keputusan untuk pilih buah-buahan yang ada di situ bersama-sama.

              "Mama tak makan banyak sangat buah epal...maybe kita patut beli strawberi?"

              "Serius?Mama awak tak makan epal...ruginya."

             "Epal masam..."

             "Hahaha...masam macam muka ayah awak kalau tak senyum..."seloroh Mizuki dengan tawa kecil. "Mungkin saya patut belikan ayah awak lemon.."

Kedua-dua mereka ketawa di situ.

And yes...this is happy ending!

Sejak setahun yang lalu Mizuki dan Dante secara rasmi telah bersama. Mereka bertemu semula sewaktu urusan rasmi pusat kajian penyelidikan Sierra datang ke university tempat Dante belajar. Yang mengejutkannya, Dante adalah salah seorang dari ahli fizik yang menyertai program tersebut. Dari situ mereka bertemu.

Mizuki jelaskan segalanya kepada Dante dan alasan kenapa dia menghilang begitu saja. Betapa terdesaknya dia cuba cari Dante semula dan sebagainya.

Dan Dante juga minta maaf kepada Mizuki kerana telah buatkan Mizuki dalam bahaya hanya kerana hendak membantu menyelesaikan kes Danzo.Dia tak lupa jugak marahkan Mizuki sebab sanggup diamkan diri dan tak ceritakan hal sebenar dari awal. Buatkan dirinya berasa jahat di situ kerana membencikan Danzo Luth.

Selepas itu mereka saling berhubung. Walaupun pada awalnya dibantah oleh Encik Federico, Namun Puan Ruby pujuk Encik Federico supaya berlapang dada dan terima semua keputusan Dante agar tidak mengulang kesilapan yang sama. Akhirnya hubungan Mizuki dan Dante direstui.

Doktor Kanzo turut senang mengenainya. Sebab Mizuki, anaknya itu dapat jalani kehidupan harian tanpa rasa terkekang atau takut-takut.

Sekarang masa depan menanti mereka berdua...

Keistimewaan sejuk beku ini masih dimiliki oleh Mizuki. Kuasanya semakin kuat dan tubuhnya juga menjadi gagah. Dulu sering dipanggil loser, sekarang dia masih Hell Girl!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience