8. Tekanan Darah!

Horror & Thriller Completed 8302

Brit!

Brit!

Brit!

Getaran pada bipper di tepi tali pinggang itu buatkan orang yang sedang duduk bersila di situ tersentak dari bebelannya.

            "Itu yang kau kena tahu tentang akademi ni.."beritahu Dante sewaktu menunjukkan skrin ipad kepada Mizuki yang sedang duduk berbalut dengan comforter eletrik yang mengalirkan tenaga haba. Hanya kepala sahaja yang kelihatan. Lalu dia capai bipper dari tali pinggang. Dia baca bacaan pada alat itu sebelum dimatikan.

Mizuki yang sedang berhayun kanan dan kiri dalam balutan comforter langsung tidak dengar apa yang disyarahkan Dante kepadanya. Dia terlalu asyik merasai gelombang tenaga yang cuba menghangatkan badan dia yang dingin. Kalau suhu badan dia tidak drop bawah 27 darjah, memang tak adanya dia berbungkus bagai seperti kepompong begini!

             "Kau dengar tak ni?"tanya Dante lagi apabila perasan Mizuki seperti orang high terlebih dadah di atas katil itu. Tersengih-sengih sendiri sambil nganga memandang siling. Entah apa aje yang dimenungkan tu?

             Sambil tersenyum Mizuki pandang Dante. "Apa?"tanya dia bingung-bingung.

             "Jangan cakap dekat aku, kau ni bukan aje tak betul...tapi pekak.."komen Dante kejengkelan.

             "Kalau kau tanya aku pekak ke tidak, aku tak pekak.....cuma tak nak dengar. Ada beza ya dekat situ.."

              Dante buat muka berserah bila dengar jawapan itu. "Dah tiga kali aku jelaskan benda ni dekat kau. Tak boleh ke kau fokus.."

             "Bila aku boleh sentuh kau lagi?"tanya Mizuki langsung tidak menghiraukan penjelasan Dante tadi. Otak dia langsung tak boleh nak terima apa-apa saat itu. Apa dia tahu badan dia sejuk!Dia nak rasa panas tapi tak boleh nak rasa walaupun berbalut dengan comforter selama dua jam sejak tadi.

             "Itu aje la tahunya kau..."keluh Dante sambil menutupi ipad itu sebelum di campak ke tepi.

              Kerimasan dek balutan comforter itu, Mizuki buka balutan itu. "Nak peluk!"mintanya dengan teruja kerana suka dengan Budak lelaki di depannya ini. Dah la comel. Hangat pulak kalau di peluk. Paling ajaibnya, Dante langsung tak beku setiap kali dia sentuh!Yang mana cukup buatkan dia happy!

Sambil menjuling mata kejengkelan, Dante mengerang!

             "Janji dengan aku dulu. Lepas ni kau kena fahamkan balik semua apa yang aku beritahu nanti."

              Laju-laju Mizuki mengangguk kepala. "Janji...janji..."tangannya didepakan sambil menggenggam lepas jari jemari tidak sabar dia.

              Dalam keterpaksaannya, Dante duduk bersila atas katil itu menghadap Mizuki "Sini..."arahnya dengan grumpy. Tangannya di hulur. Niat dia cuma nak suruh Mizuki pegang tangan aje.

Bersama senyuman lebar di bibir, Mizuki yang langsung tak faham maksud Dante terys masuk ke dalam pelukan itu. Menyembamkan muka di balik badan yang hangat itu. Tak kira la berapa banyak kali dia sentuh permukaan panas. dia cuma boleh rasa kehangatan badan manusia aje. Kalau di cucuh sekalipun tangan atas api yang menyala, dia takkan rasa panas! Jadi hanya haba manusia la jadi hidangan utama.

Tapi itulah masalahnya, kalau sentuh aje benda hidup benda tu automatik jadi kejung beku. Susah sikit.

Entah kenapa Dante aje yang tidak terkesan dengan kuasa istimewa dia.

              "Siapa suruh peluk aku..."gelut Dante mahu menolak badan sejuk Mizuki jauh darinya.

             "Peluk kuat sikit.."minta Mizuki semasa bawa kedua-dua tangan dalam pelukan itu. Tangannya di bawa dekat depan dada. Mahu mencari kehangatan.

Bersama muka bosannya, Dante nak tak nak terpaksa peluk juga tubuh dingin Mizuki itu dengan erat. Matanya terarah pada lampu UV ungu yang membias bilik tidur Mizuki waktu itu. Degupan jantung yang perlahan dari dada Mizuki turut dia dapat rasakan walaupun tidak kencang. Dia punya jantung pulak yang laju semacam!

Sambil tersenyum, Mizuki memejam mata. Menikmati momen itu dengan perasaan berbunga senang dalam dada. Hangat betul tubuh manusia ni. Apa agaknya ya perasaan ada suhu badan yang normal?

Brit!

Brit!

Brit!

Getaran dirasai semula pada alat bipper tadi. Membuatkan Dante melepaskan keluhan kesal sementara Mizuki dengan hairan melepaskan pelukan, dia jarakkan diri dari badan itu untuk tunduk mencari punca getaran tersebut.

             "Apa tu??"

Brit!

Brit!

Brit!

             Dante menyelak sedikit hoodie naik ke atas. Mendedahkan alat bipper yang tersemat pada tali pinggang seluarnya. Lampu merah ikut keluar dari skrin alat itu. "Bipper.." jawabnya semasa mengambil alat itu.

              Tanpa menunggu, Mizuki rampas alat tersebut dari tangan Dante, ia di goncang- goncang sebelum di bawa ke telinga. "Hello?" Cuba memeriksa alat itu tak apa-apa. "Kenapa?Rosak ke benda ni?Kenapa asyik bergetar aje?"

               Mata Dante menjeling tajam ke Mizuki sewaktu merampas semula bipper tersebut. Rosak pulak benda mahal ni!Suka hati aje di goncang! Haish! "Ianya bacaan tekanan darah kau la. Kalau tekanan darah kau rendah atau tinggi, ianya akan bergetar." jelasnya.

            Mizuki buat muka. "Tekanan darah aku?"

             "Tekanan darah kau rendah...itu maksudnya kau tak okay."

             "Hahaha....serius?Susahlah kalau macam tu. Kena heart attack la nanti kan?"Mizuki teringat kes masa dia demam hari tu. Serius!Dia tak rasa panas kecuali sakit. Disebabkan suhu badan dia tak dapat dikesan. Bila dah terlambat, tekanan darah dia jatuh, efek jantung. Memang putus nafas terus tak lama lepas tu. Trauma orang yang jaga dia waktu itu.

Dante gerak ke bawah katil. Sebuah beg peralatan rawatan di tarik keluar dari situ.

Mata bulat Mizuki perhatikan tingkah Dante dengan minat walaupun kepala dia mula berasa ringan semacam.

           "Baring dulu sini.."minta Dante semasa menepuk bantal di tepinya.

Dengan patuh dan sengih girangnya Mizuki gerak hendak berbaring. Tapi bukan atas bantal tapi atas peha Dante dengan selamba.

Kaku sekejap Dante waktu itu. Dia tunduk memandang wajah yang sedang tersenyum kepadanya.

         "Tak penat ke senyum aje?"tanya Dante semasa memasang stestokop pada telinga lalu hujung alat itu di tekup ke lokasi jantung Mizuki. Sangat perlahan.

Laju-laju Mizuki menggeleng. Tapi matanya seakan dipaksa tutup. Dia cuba pastikan kelopak matanya terbuka, tapi entah kenapa berat semacam aje dia rasakan.

            "Dante...."panggil Mizuki dengan perlahan.

              "Hm."jeda Dante pendek.

             "....sesuatu tak kena dengan aku."beritahu Mizuki semasa mula hendak hilang kesedaran. Dia rasa mengantuk!

            "Tahu." jawab Dante dengan tenang. Mujur ini bukan kali pertama hadapinya. Jadi tak adalah gelabah macam hari pertama dia bersama Mizuki jari tu.  Tangannya cekap mengeluarkan bebuli kaca berisi cecair dari beg tadi. Picagari bersih dikeluarkan dari plastik sebelum dia mula isi alat itu dari bebuli kaca tadi. Setelah selesai barulah Mizuki disuntik dengannya.

Mizuki mula mendapat kesedarannya sedikit demi sedikit kerana suntikan itu. Dia pandang wajah Dante di atasnya waktu itu dengan senyuman lebar.

            "Kau tahu...aku perlahan-lahan suka dengan idea Federico ni...hehehe..."ujarnya semasa memejamkan mata untuk selesakan diri atas pangkuan Dante waktu itu.

Tanpa mengatakan apa-apa, Dante diam memandang mata terpejam Mizuki lama-lama. Sebenarnya dia tak nak libatkan sesiapa dalam urusan abangnya. Dante enggan susahkan sesiapa. Sebab dia risau kalau Mizuki di apa-apakan dengan mereka di akademi tu nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience