Pelik!
Sangat la pelik!
Sejak dia balik dari akademi, entah kenapa la dia perhatikan mamat ni asyik tenung dia semacam!
Bukan setakat tenung aje.
Asyik nak dekat pun ada. Kalau boleh skinship tu tak berhenti!
Dia nak ke mana-mana pun rasa susah.
Sekejap Mizuki!
Sekejap Mizuki!
Tak lekang mulut tu memanggil nama dia. Jenuh dia nak menghadap. Lain macam sungguh!
Dia nak ke tandas pun asyik terbantut!
Letih mat!
Nak tak nak dia terpaksa elakkan diri dari bertemu dengan Dante. Bukan apa...cuma nak bagi ruang dekat Dante dan jugak diri dia la. Nanti kalau terlalu attach susah pulak dia menanggungnya.
Mizuki intai keluar ke pintu. Cuba nak pastikan keadaan clear. Takut-takut 'koala bear' sesat ada berdekatan. Fuhh!Mujur tiada sesiapa! Barulah dia atur langkahnya keluar ke hallway. Waktu itu jam sudah masuk 9 malam. Encik Fedrico dan Puan Ruby awal-awal lagi sudah beransur di bilik mereka.
Butler dan maid yang lain sudah tamat berkerja tempat jam 8 malam tadi.
Dante jangan tanya!Dia tidak mahu fikir apa lagi sebut akan lelaki tu. Sudah lima jam dia cuba larikan diri dari Dante!
Oleh kerana lapar, dia berniat hendak keluar cari makan. Yalah...mana la dia nak kenyang kalau masa makan tadi asyik di tenung!Nak telan makanan pun rasa macam nak tercekik. Itu la pasal dia lapar balik!
Hanya mengenakan kardigen labuh pada baju tidur tanpa lengan satinnya, Mizuki jalan seorang diri menyusuri laluan koridor yang malap-malap disamar cahaya lampu. Dari tingkat tiga itu dia gerak ke tingkat dua.
Tidak memikirkan apa-apa, Mizuki akhirnya tiba di dapur. Matanya terarah pada peti sejuk gergasi di dinding sebelah kanan dapur itu. Kaki yang tidak beralas itu dengan riang berjalan kecil terjengket-jengket ke situ.
Muahahah!
Strawberi!
Itu yang terlintas dalam fikiran Mizuki. Masa makan malam tadi ada maid tu berikan dia tart cheese strawberi sebagai dessert. Memang terngiang-ngiang la dia!
Buka sahaja pintu peti sejuk itu, mata Mizuki liar mencari targetnya. Ingatkan susah nak cari, rupa-rupanya senang aje sebab setiap bekas makanan di situ telah dilabel. Bila Mizuki baca nama label di situ, dia terus terjumpa akan makanan keinginannya. Tidak berlengah terus dia capai Tupperware berisi tart cheese itu.
Pintu peti sejuk itu di tutup dengan kaki sewaktu dia berpaling. Tidak susahkan diri untuk cari kerusi, dia panjat island dapur dan duduk ke atasnya.
"Well...tart...Riwayat kau sampai di sini aje la!Sebab kejap lagi kau akan berakhir dalam perut aku.."bebel Mizuki sendiri semasa membuka penutup Tupperware itu. Sebiji tart cheese pun di capai sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
Mmm!
Memang sedap!
Mata Mizuki terpejam rapat dibuat kenakan rasa masam manis tart itu. Kaki dia dengan riang berhayun depan ke belakang.
Dia buka mata dan tunduk mengambil sebiji lagi. Bersedia hendak menyuap tart itu ke mulut, Namun baru sahaja dia gigit tart itu, matanya terarah pada kelibat yang munculkan diri dari kegelapan di situ. Kaku sekejap sebab terkejut. Ingatkan nak menjerit, tapi lepas wajah itu jelas di bias cahaya lampu gantung atas kepalanya, niat Mizuki terbatal.
"Apa kau buat dekat sini?"tegur Dante waktu itu jalan mendekati Mizuki di island dapur.
Dengan tart masih tergigit separuh di mulut Mizuki diam memerhati gerak geri mencurigakan Dante. Hah!Apa lagi mamat ni mahu?Tak cukup ke siang tadi mengerjakan dia!
"Jenuh aku cari kau satu hari ni...ke mana aje kau menghilang?"soal Dante lagi.
Susah payah air liurnya di telan gemuruh setelah Dante berdiri di depannya. Dia nak bergerak tapi tak tahu kenapa badannya enggan bertindak seperti mana otak dia arahkan waktu itu. Siapa aje tak menghilang bila diri ni diperlakukan seperti pemangsa yang diburu tanpa henti!?
Mata Dante gerak memerhatikan Tupperware di riba Mizuki sebelum ke wajah terkejut Mizuki saat itu. "Oh. Makan ke. Makan tak ajak pun..."tanya dia apabila matanya jatuh pada kardigen yang melurut turun dari bahu Mizuki. Mendedahkan bilah bahu gadis itu.
Mizuki pun apalagi, dia suakan bekas Tupperware itu kepada Dante. Offer lelaki itu untuk makan bersama.
Sambil tersengih meleret, Dante capai bekas itu lalu di letakkan ke tepi. Bukan ini yang dia maksudkan.
Kepala Mizuki turut ikut memandang bekas itu diletakkan. Aik?Orang offer tak maudan bila dia pandang ke depan semula, secara mengejut muncul wajah Dante tepat di mukanya.
Dan sekelip mata tart cheese yang ada di mulutnya di gigit oleh Dante. Bukan setakat tart itu aje digigitnya, malah bibirnya sekali jadi mangsa.
Tangan Mizuki naik serta merta hendak menolak Dante, tapi Dante lebih lekas bertindak. Dia capai tangan Mizuki lalu di paksa turun ke bawah olehnya.
Oh Sh*t!Not again!
Share this novel