KEDEGANG!
Satu beg penuh dengan peralatan ketenteraan yang berat tercampak sama dengan orang yang memakainya di depan pintu lokar besi bercat biru pucat itu.
Joaquin Royal, 20 tahun, Ketua Plantun Kadet Senior tahun akhir. Seorang kadet lelaki yang sering mendapat plak kehormatan dan nombor satu dalam akademi sejak tahun pertama penglibatannya hingga tahun terakhir. Anak kepada Mejar Kolonel Ketenteraan Laut. Kacak namun tiada perikemanusiaan dan berhati batu. Semua orang hanya nampak muka talam dua muka yang baik. Yang buruk tiada siapa tahu kecuali orang yang terlibat dengannya. Kalau ketahuan sekalipun, tiada siapa keluar dari akademi hidup-hidup atau normal.
Pelajar contoh dan kebanggaan Akademi Ketenteraan Diraja.
"Berapa kali aku nak cakap dengan kau?Jangan suka-suka buat aduan pada Ketua Admin kan?"tanya Joaquin saat menyepak rimbuk kadet junior yang sering menjadi mangsa bulinya di situ. "Otak tu dah tak ada ke?Kau nak mati cepat sangat?Nak nama kau tercatat dalam senarai Blacklist?"
Jimmy, 19 tahun. Seorang yang lampai namun terlalu kurus akibat kurang makan dan sering di sakiti. Berambut perang kekuningan. Ada kesan jahit di bahagian tepi kanan kepala. Sudah menjadi 'punching bag' Joaquin sejak hari pertama dia masuk akademi itu. Anak kepada orang kanan ayah Joaquin sendiri. Sehingga sekarang Jimmy tak berani nak mengadu apalagi melawan sebab memikirkan jawatan dan pekerjaan ayahnya sebagai plantun di kapal perang ayah Joaquin ketuai. Kerana itu dia paksakan juga diri untuk terus berada di akademi itu.
"Bukan saya...saya sumpah atas nama ibu saya sendiri. Bukan saya yang buat laporan atau hantar video tu..."jelas Jimmy sambil memegang dadanya yang sebu.
Joaquin bercangkung depan Jimmy. Tangannya naik menampar-nampar kepala Jimmy tanpa belas semasa berkata. "KAU.FI.KIR.AKU.BO.DOH.KE?"sebut dia setiap tamparan yang diberikan.
Terkulat-kulat Jimmy menahan sakit akibat tamparan itu. Dia memejamkan mata sekuat hati semasa mengetap gigi dengan rapat.
"Disebabkan laporan dan video tu aku kena terima surat amaran direct terus ke ayah aku!Nak aku pesan berapa kali dengan kau!Semua ni demi kebaikan kau!Kalau aku tak pukul kau!Boleh ke kau jadi tentera yang kuat?"Joaquin menguatkan lagi pukulan pada muka itu hingga menyebabkan darah mula terhasil di mata Jimmy.
"Lembab!"Joaquin bangun dari situ. Dia beri sepakan terakhir pada tulang kering Jimmy sebelum berlalu keluar dari bilik lokar kadet lelaki di situ. Meninggalkan Jimmy yang tidak berdaya sendirian di situ.
Keluar saja dari bilik itu, Joaquin di sambut dengan minionnya. Dua orang kadet lelaki. Mereka yang berkawal menjaga pintu masuk itu supaya tiada siapa yang mendekat. Lagak samsengnya tadi diubah ke sikap sophisticated dia semula. Berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Pada masa Joaquin dan rakan-rakan keluar dari Lorong kanan, seorang kadet perempuan yang kemas bersanggul jalan melewati mereka pada masa itu. Kadet perempuan itu mengenakan nametag, Sabrina Loui. Seorang gadis berupa jelita seperti anak patung. Waktu itu sedang berbual dengan supervisor mereka di sampingnya.
"Puan...tak boleh ke cepatkan proses kelayakan saya tu?Kalau kurang saya boleh bayar puan lebih dari hari tu?"minta Sabrina dengan perlahan.
Supervisor wanita itu pandang ke Sabrina bersama reaksi muka tidak sabar. "Ianya tak semudah yang kamu fikirkan Sabrina. Sesi kelayakan untuk pilot perlukan penilaian berterusan. Sekalipun saya layakkan kamu, apa yang saya nak jelaskan kalau mereka tanya laporan penerbangan kamu nanti?"
Sabrina berdengus kecil. "Apa susah...gunakan saja la mana-mana laporan penerbangan orang lain. Saya perlukan sijil tu untuk dapatkan plak emas nanti semasa graduate."
"Saya tahu tu...nanti saya cuba."
Selain rajin 'jilat' kaki atasan lain, Sabrina suka guna jalan mudah untuk mendapat kredit dan nama. Dia mahu pangkat kerana ingin berada dalam bidang ketenteraan untuk suka-suka. Bagi Sabrina menjadi tentera ni tidak semestinya perlu terlibat dalam aktiviti lapangan. Boleh aje jadi pegawai indoor. Sebab itu dia perlu kautkan semua anugerah dan plak yang ada supaya mudah naik pangkat.
"Hari ni saya ada ujian bertulis. Saya harap puan boleh uruskan secepat mungkin ya." minta Sabrina bernada memberi arahan. "Ingat ya..hal ni tiada siapa boleh tahu."
Sambil membuat muka berserahnya, supervisor itu mengangguk kepala patuh. Dia tidak berani hendak menolak kerana dirinya sendiri sudah menerima bayaran yang banyak dari Sabrina. Nanti kalau dia tidak menghiraukan permintaan Sabrina, mahunya rahsia dia terbongkar, habis pekerjaannya!
"Saya minta diri dulu kalau macam tu."senyum Sabrina dengan girang. Dia senang hati!
Share this novel