Sambil menyanyi kecil, Mizuki jalan memasuki ruangan lokar tempat tukar pakaian kadet perempuan. Ramai sudah berlalu keluar dari situ untuk ke kantin. Dia saja ketinggalan sebab kena denda gara-gara tak tahu hendak berenang semasa sesi latihan renang beberapa jam lepas. Untuk itu Mizuki di arahkan untuk lari keliling kolam renang sebanyak 20 pusingan.
Masih dengan baju renang lengan panjang dan seluar swimming suit paras lutut, Mizuki berdiri di depan pintu lokar. Loket berbentuk hati dengan batu ruby di tengah-tengah pendant benda pertama yang dia capai untuk disarungkan ke atas kepala. Setelah itu barulah, pakaian seragam yang tergantung.
Waktu itulah, satu tangan muncul lalu menghempas pintu lokar tersebut dengan mengejut.
"WarghhH!!"latah Mizuki saat berlari setempat di situ kerana terperanjat. "What the-"
"Kau ikut dengan rela hati atau kita orang heret kau sepanjang perjalanan nanti.."getus Jessica dengan tangan bersilang di dada.
Mata bulat Mizuki terkebil-kebil. Dia pandang kakak garang depan dia lalu akan dua lelaki berwajah bengis di belakang kakak itu. "Ada apa ni?"tanya dia kebingungan. Dah tak reti nak bagi salam ke apa?Main sergah macam ni!Nasib tak ada penyakit jantung. kalau ada kan tak memasal meninggal dia dekat situ jugak.
"Jangan banyak tanya la...kau ikut kita orang sekarang!"arah Jessica saat isyaratkan kepada dua lelaki tadi dengan kepala supaya dapatkan Mizuki.
Tidak tahu hendak buat apa, Mizuki pandang akan dua lelaki itu yang kemudiannya merangkul kedua-dua belah tangan dia lalu tarik dirinya keluar dari bilik persalinan itu. "Hei...kalau ya pun beritahu la dulu ada apa?Kita nak ke mana ni?Lepaskan saya dulu... benda boleh bincang kut...buat apa nak marah-marah."
Jessica tidak menghiraukan bebelan itu. Dia yang jalan paling hadapan membawa mereka keluar menuruni tangga sehingga tiba di belakang bangunan tersebut. Sesampai di belakang bangunan itu, mereka semua berjalan beberapa meter merentasi kawasan lapang bersalji sebelum masuk ke dalam sebuah hutan yang dipenuhi dengan bukti salji dan pokok-poko tinggi yang diselaputi salji.
Kaki tidak beralas Mizuki terheret sepanjang perjalanan itu kerana mereka langsung tidak benarkan dia jejak kaki ke tanah.
"Auw...auw...sejuk..sejuk!"aduh Mizuki apabila kaki dia yang tidak berkasut apatah lagi berstoking itu menyentuh salji putih di bawah. "Like seriously?Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?"tanya dia semasa pandang akan lelaki di kiri dia. Diam tidak menjawab. Lalu dia pandang ke kanan pula. Sama juga.
Selepas berjalan yang berasa lamanya, akhirnya mereka berhenti di sebuah kawasan lapang dalam hutan itu. Mizuki di campak jatuh ke bawah tanpa belas. Lalu mereka dua lelaki pergi dari situ meninggalkan kawasan tersebut.
Memang menyembah bumi muka Mizuki sebaik dirinya jatuh ke bawah. Mulutnya termakan sedikit salji. Dalam keadaan terpisat-pisat Mizuki bangun. "What the hell....apa kes ni main campak-campak, ingat anak patung apa?"
KLIK!
Bunyi itu buatkan kepala Mizuki berpaling ke depan. Dan pandang saja dia ke situ, mata dia bertemu dengan hujung barrel pistol spygun. Berkerut terus kening dia waktu itu.
"Diam atau peluru ni tembus lalu kepala kau!"Gray berdiri di situ mengacukan senjata ke Mizuki.
Waktu itulah baru Mizuki Nampak akan Jarrel, Tyler dan Jessica. Berdiri di situ menghadap dirinya yang sendirian di tengah-tengah kawasan tersebut. waktu itu muka mereka bertiga sangat la bengis dan marah.
"Kau yang pecah masuk pejabat kita orang kemudian sebarkan maklumat tentang kes dadah tu kan?"soal Tyler dengan kening mencerun.
"Kes dadah?"Mizuki lentokkan sedikit kepala untuk lihat dari balik Gray yang berdiri melangit depan dia. Halang pandangannya dari memandang mereka bertiga dengan jelas.
"Beritahu aku...macam mana kau boleh masuk dalam pejabat tu?Adakah kau gunakan pass masuk Tyler?Dan bila?"Gray pula bertanya. Dia tekankan barrel pistol itu ke tengah dahi Mizuki.
Untuk beberapa saat Mizuki mendiamkan diri. Elok dari reaksi keliru, terus kepada senyuman meleret di bibir terukir perlahan-lahan.
Jarrel perasan. Dia terus berarak mendekati Mizuki lalu tolak Gray ke tepi sebelum mencekik leher Mizuki yang beralaskan kolar suit renang. "Hei perempuan!Siapa hantar kau ke sini hah?Apa kau cuba rancangkan?Beritahu aku!"jerkah Jarrel dengan berang.
Heh!
Hujung bibir Mizuki terjungkit sinis.
"Hahahah..kenapa?Terkejut ke?"tanya Mizuki. Dia tidak takut dengan mati. Selama ini dia memang dah lama nak mati sebab penat jadi bahan uji. Mereka di depannya ini bukan lawan dia. Dalam masa 10 saat sahaja dia boleh tamatkan riwayat mereka. Tapi tak, Dante cakap jangan bunuh mereka dulu sebab Dante nak guna. Nak tak nak terpaksa la dia biarkan.
"Kau memang nak mati!"Berasa berang dengan tawa itu, Jarrel menguatkan cengkaman pada leher Mizuki hingga berbirat timbul urat belirat pada wajah Mizuki. Namun begitu senyuman masih mekar terukir di bibir gadis tersebut.
"Sebelum awak bunuh saya...apa kata kita buat deal dulu...nak?"tanya Mizuki dari balik nafas yang tertahan-tahan.
Gray di situ pandang hairan akan reaksi Mizuki.
"Sebelum tu beritahu aku siapa yang hantar kau ke sini?Untuk apa?"tanya Gray.
Jarrel masih mencekak leher Mizuki dengan kuat. Dia terlampau bengang! Orang tengah marah perempuan depan dia ni boleh pulak ketawa!What the f***!"CAKAP!"
Share this novel