5. Kawan Manusia Tak ada AI

Horror & Thriller Completed 8302

Beberapa hari kemudian....

Hood berbulu dari white jacket furry menutupi kepala sedang berhayun kanan dan kiri dengan riang semasa jalan merentasi laluan yang di selaputi dengan salji itu. Kasut boot putih itu mengikut jejak tapi kaki yang ditinggalkan.

Bersama senyuman goofy, penampilannya serba putih kelihatan samaran dengan pemandangan bersalji di tempat itu, Mizuki pijak kesan tapak kasut Federico yang sedang jalan mengiringi mereka ke sebuah bangunan. Ianya merupakan sebuah tempat yang sangat luas dan mempunyai bangunan.

Hendak dibandingkan kawasan tempat tinggalkannya yang sering berwarna ungu atau kekuningan, tempat ini lebih baik lagi!

Dari awal laluan masuk itu ada dua orang lelaki berpakaian sut sejuk dan bersenjata di tangan. Selepas mereka lihat Federico melintas, mereka dengan tertib beri tabik hormat. Masuk sahaja ke pintu berkaca automatik itu, mereka di sapa dengan kemunculan seorang wanita berpakaian serba biru berceloreng kelabu coklat. Wanita itu turut memberi tabik hormat pada Federico.

Bingung dengan tindakan itu, Mizuki pun beri tabik juga. Dia ingatkan itu tanda sapaan mereka di situ. Memang semua orang yang dia Nampak dia tabik!Jadi hairan orang yang melihat tapi mereka tak cakap apa-apa memandangkan yang bersama Mizuki waktu itu adalah Menteri Pertahanan sendiri.

           "Selamat datang Tuan Menteri Pertahanan."ucap wanita itu.

           Mizuki jengahkan kepalanya ke balik lengan Federico. Cuba hendak lihat siapa empunya suara, baru sahaja dia mahu bertanya, Federico terlebih dahulu berkata. "Selamat pagi Puan Leah."ucap Federico.

            "Hai...kau ni pun AI ke?"tegur Mizuki tanpa berfikir panjang. Kening terangkat tinggi ingin tahu setelah menyedari yang wanita di hadapannya itu kelihatan begitu cantik dan berkulit porcelain. Memang berkilat habis!Dia ingatkan semua manusia sekeliling dia adalah mesin sebab manusia sebenar takut nak menghampiri dirinya.

Teguran itu membuatkan. Puan Leah sedar akan Mizuki di situ. Bila dia bertentang mata dengan sepasang mata berwarna biru laut itu, terpana seketika dia saat mereka berdua saling bertentangan mata.

               "Mizuki...di sini kawan kamu adalah manusia. Tiada AI."jawab Federico memandang ketepi.

             Tertarik mendengarnya, Mizuki dongak memandang Federico. "Serius?"tanya dia memegang lengan Federico dengan tangan bersarung tangan hitam itu.

             Puan Leah tersenyum kemudiannya. "Ini ke anak yang tuan beritahu pada saya tempoh hari?"tanya dia.

                Federico memandang dingin akan Puan Leah lalu mengangguk perlahan. "Ya."

               Lantas Puan Leah memerhatikan Mizuki dari atas ke bawah. Jadi ini la orang yang diberitahu kepadanya. Nampak normal cuma kulit itu kelihatan pucat dari warna biasa. "Selamat datang ke Akademi Ketenteraan Diraja. Saya Puan Leah."

              Mata Mizuki berkedip satu kali. Lantas dia tersenyum manis. "Hi. Saya Mizuki Aesira."

             Sedang Puan Leah memandang Mizuki, seseorang datang menghampiri mereka berdua di situ. Bila orang itu berdiri di samping Puan Leah, orang itu terus beri tabik hormat pada Federico lalu memandang Puan Leah. "Puan semuanya telah tersedia." maklumnya.

              "Baik...mari ikut saya."aju Puan Leah kepada Federico dan Mizuki.

Kadet lelaki tadi mengerling ke gadis berpakaian serba putih dan berambut hitam itu. Keningnya terangkat sedikit apabila sedar dia seakan memandang manusia berkulit pucat seakan mayat melewatinya.

            Mizuki ikut sama pandang, kepalanya terlentok ke belakang sedikit sewaktu pandang. Hujung bibirnya terjungkit sinis. "Hai handsome.."sapanya. "Jumpa lagi..."

Kadet tersebut diam di situ seketika apabila bertentang mata dengan sepasang mata berwarna biru itu.

Federico dan Mizuki kemudiannya di iring oleh Puan Leah ke sebuah laluan yang membawa mereka lebih dalam ke tempat itu. Semakin lama mereka beejalan, semakin sepi perjalanan itu.

            "Mana manusia lain?Tempat ni terlalu senyap..."bisik Mizuki kepada Federico.

             Puan Leah dengar, jadi dia yang tolong jawab soalan itu. "Kebanyakan kadet berada di bilik latihan dan kuliah mereka. Sebab itu tiada sesiapa yang kelihatan berkeliaran di sekitar koridor ni."

Federico hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan itu. Renungan dinginnya terarah pada koridor itu. Kalau ikutkan hati dia enggan menjejak kaki ke tempat dimana anak lelakinya mati ini. Ibarat seperti meniti di atas bara api sakit di hatinya waktu itu!

Mizuki kerling ke Puan Leah apabila dengar jawapan itu.

             "Baiklah Puan Leah. Saya serahkan semua urusan kepada puan. Ada urusan lain yang perlu saya hadiri."beritahu Federico setelah mereka tiba di hadapan sebuah lif.

              Puan Leah memberi tabik hormat kepada Federico serta merta. "Baik tuan."

             Setelah itu barulah Federico berkata. "Mizuki..Puah Leah akan hantar kamu ke kelas dan jelaskan segalanya. Jadi berikan Kerjasama kamu dengan baik."

              Mizuki pandang akan Puan Leah dan Federico silih ganti lantas tersenyum. Tangan yang bersarung kulit hitam itu di seluk ke poket kot yang dipakai. "Tahu la..."ujarnya walaupun dia sendiri dah lupa apa yang Federico telah sampaikan ketika dalam kereta tadi.

Mereka kemudiannya berpisah arah.

Puan Leah bersama dengan Mizuki.

Sementara Federico ditinggalkan depan pintu lif apabila pintu lif terbuka tidak lama selepas itu.

Sedang menunggu pintu lif terbuka, Puan Leah gunakan masa itu menyampaikan pesanan keramatnya.

              "Mizuki, ingat pesan ini. Di tempat ini...siapa yang lemah bakal di injak, dia yang kuat akan dijatuhkan, siapa yang bijak akan di pergunakan. Kes buli tempat ini tidak dapat dikawal kerana undang-undang di sini tidak seketat undang-undang mahkamah di luar sana. Saya tak peduli apa sekalipun alasan kamu di sini..apa saya mahu kamu tahu, lepas ni kamu bergantung pada diri sendiri untuk teruskan hidup..."

           Masih tersenyum senang, Mizuki jengukkan sedikit kepala ke depan muka Puan Leah. "Hahaha...sorry to say..."mulanya. "Saya tak boleh faham arahan yang panjang. Jadi saya tak faham langsung apa yang puan beritahu tadi. Tapi apapun saya akan cuba ingat pesanan tu."beritahunya.

Ala maklumlah, otak dia ni sering di renjat dengan eletrik masa kena kurung dekat kubah tu. Jadi biul tu kadang-kadang datang tak beritahu.

Puan Leah pandang tak faham akan reaksi ceria Mizuki waktu itu. Dia tak tahu kenapa Mizuki boleh happy sangat?Gadis ni tak tahu ke apa tujuannya ke akademi yang sebenar?

Selepas seketika mereka tiba di hadapan sebuah bilik dengan pintu automatik. Melangkah sahaja ke situ, pintu tersebut terbuka lalu mendedahkan isi dalam ruangan tersebut.

Apabila Puan Leah masuk, Mizuki dengan mata bulatnya pandang sekeliling ruangan yang dipenuhi dengan manusia berhaba kuat di dalamnya. Memang tersengih sumbang dia dekat situ.

Nyum!!!!!!

Haba! Dimana-mana ada manusia!

            "Kenalkan semua, rakan kadet baru kamu. Mizuki Aesira. Dia baru sahaja dipindahkan masuk ke sini atas urusan disiplin. Beri kerjasama kamu kepada dia sepanjang tempoh Mizuki di sini."maklum Puan Leah dengan mendatar tiada emosi.

Dengan riang, Mizuki lambai tangan kepada 'snek' kegemaran di hadapan dia.

           "Hello semua. Selamat berkenalan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience