Jarrel melangit di depan Mizuki selepas berdiri hanya jarak satu langkah sahaja. Mata dingin lelaki itu tunduk memandang wajah Mizuki.
Sementara itu, Mizuki yang tidak gentar malah mendongak. membalas tatapan dingin Jarrel.
"Hahaha...sesuka mana sekalipun awak pandang saya lama-lama macam ni...saya ada benda nak buat ni?Kalau nak kita boleh bergambar...you know..gambar lebih tahan lama...nak pandang selama mungkin pun boleh..."seloroh Mizuki dengan bersahaja.
Jessica yang berdengus tak percaya. Dia rasa merinding geram. Suka hati aje nak mengurat. Dasar perempuan tak sedar diri!
"Kau sedar tak dengan siapa kau berhadapan sekarang ni budak?"tegur Gray bernada penuh amaran.
"Mind to explain then?" kepala Mizuki terlentok saat mengerling ke Gray waktu itu. Macam la dia kisah siapa mereka semua ni. Kalau la mereka tahu kenapa dia dekat sini, rasanya mereka takkan tanya soalan-soalan dungu ini kepada dia.
Tujuan dia di sini hanya satu. Iaitu cari pembunuh sebenar kematian anak lelaki kesayangan Federico. Bukan nak ambil peduli orang ni pegang pangkat tu...orang tu pegang pangkat ni...orang ni taiko kumpulan ni...orang ni taiko geng ni....alah...semak!
Untuk seketika mereka berdua saling membalas renungan. Seakan sedang bertarung siapa yang bakal berkedip atau melarikan pandangan terlebih dahulu, Namun tidak. Dua-dua itu saling enggan mengalah.
"Listen here little princess...here we have rules. Where's rule should be follow. And that rule is me."bisik Jarrel di depan bibir itu.
Mizuki apalagi, dia berdengus kecil hendak ketawa. "Oh ya...tak tahu pulak?" selorohnya hendak mencabar. "Setahu saya...peraturan dekat ini adalah kod dan akta...hahah .tak tahu pulak peraturan tempat ni adalah manusia berkaki dua bermata dua..bertangan dua berjari sepuluh. Kalau macam ni tak adalah saya buang masa hafal kod-kod peraturan tu...hahaha!"
"Hei.. perempuan!Kau diam boleh tak!Haih..memekak betul la!"marah Jessica yang gerak mahu mengangkat tangan keberangan.
Namun dihalang dengan tangan Jarrel waktu itu.
Mizuki tarik sengih meleret.
"Okay..fine..apa dia tu?"
"Kalau macam tu dengar elok-elok... jangan cakap aku tak beri amaran."Jarrel tidak berkedip semasa menatap tepat ke mata Mizuki.
Tidak berkedip mahupun menundukkan matanya, Mizuki tatap renungan penuh amaran Jarrel ke matanya tanpa apa-apa perasaan. Malah sedikit pun tidak terkutik. Bahkan dia berharap Jarrel sentuh kulit dia, biar lelaki berlagak mintak penampar depannya ini sejuk kejung terus!Settle kerja dia!
"Aku tak peduli apapun alasan kau ke sini..apa aku tahu jangan tunjuk perangai besar kepala kau dekat sini. kalau aku dengar lagi hal yang sama mengenai kau, jangan salahkan aku kalau apa-apa buruk berlaku...terhadap diri kau."
Tawa kecil lepas dari Mizuki apabila dia mendengarnya. "And rule are made to be broken...little prince."ujarnya semasa cuba mendekatkan wajahnya pada wajah Jarrel Namun lelaki itu menjarakkan diri dalam sekelip mata.
"Kalau macam tu siap sedia untuk menerima kesan dan akibatnya."tambah Jarrel dengan renungan penuh amaran.
Jessica, Gray dan Tyler masing-masing memerhatikan Mizuki dan Jarrel waktu itu.
"What's ever...ugutan awak tu tak setanding dengan apa yang saya boleh buat...so amaran awak tu bukan apa-apa untuk saya. Terutama sekali, saya tak terima sebarangan arahan dari sesiapa. And you are nobody to me. "beritahu Mizuki semasa mahu memegang tali leher Jarrel dengan manja.
Terperanjat dengan hal itu, tapi Jarrel dengan cekap mengundur sekali lagi menjauhkan diri sebelum Mizuki sempat menyentuhnya. Suka hati nak pegang-pegang orang ni kenapa!Keningnya berkerut tidak suka.
"Hahaha...so rude. But I like!"rajuk Mizuki acah-acah apabila melihat reaksi dari Jarrel itu. "Harap aje handsome...tapi kedekut nak kongsi."katanya.
"Bawak perempuan ni keluar sekarang.."arah Jessica mula kejengkelan bila Mizuki cuba hendak mendekati Jarrel begitu. Berbulu mata dia!
Mahu tak mahu Tyler bangun dari duduknya. Dia gerak lekas ke arah Mizuki. memegang hoodie itu untuk di tarik sama semasa menuju ke pintu keluar. .
"Eh-eh...dah nak keluar ke?Saya belum habis borak lagi ni..."toleh Mizuki saat mahu memandang Jarrel. "Bye-bye awak... jumpa lagi eh!"lambainya tergesa-gesa apabila dirinya di dorong dengan kasar keluar dari situ.
Better guna scrolling dari paging biar perenggan tak lari dr format
Share this novel