45. Jelous Mizuki

Horror & Thriller Completed 8300

Bekas kaca berisi dengan cecair putih itu dibelek dengan minat. Butiran yang terdapat pada botol itu di baca buat kali ke berapa tak tahu la. Apa dia tahu dia puas hati!

            "Serum ni boleh bagi seseorang rasa sakit tanpa tinggalkan jejak?"soal Mizuki saat mengerling akan Doktor Hanzo di depannya waktu itu.

            "Sekiranya diberikan mengikut dos yang betul."beritahu Doktor Hanzo semasa susun bebuli kaca berisi ubat khas untuk Puan Ruby. Menggunakan darah Mizuki, Doktor Hanzo telah berjaya menghasilkan ubat penenang yang dapat stabilkan emosi wanita itu. Dua minggu Doktor Hanzo jalankan kajian dan eksperimen. Disebabkan darah Mizuki istimewa mereka tidak mengambil masa yang lama untuk lunaskannya.

            Meletakkan botol kaca tadi, Mizuki jalan ke arah meja. Tunduk memandang beg bersimbol merah itu. "Berapa lama stok ni dapat bertahan?"tanya dia setelah itu.

             "Saya telah bekalkan ubat-ubatan yang tahan untuk tiga bulan. Dan selepas tiga bulan mungkin akan ada perubahan kepada pesakit."jelas Doktor Hanzo sambil menulis nota pada kertas yang ditampal pada beg itu. "Di sini saya sertakan langkah penyimpanan dan dos pengambilan. Pastikan kamu berikannya kepada petugas perubatan yang menjaga Puan Ruby."

             Sambil mengangguk kepala laju. Mizuki senyum kepada Doktor Hanzo. "Terima kasih....."ucapnya.

             Mendengar ucapan itu, Doktor Hanzo melirik ke sepasang mata itu. Mata yang tidak saling tumpah seperti ibu Mizuki sendiri. "Kamu pasti kamu mahu teruskan misi ini?"

            "Sudah tentu..."ujar Mizuki saat menyandang tali beg itu ke atas kepala lalu jatuh ke bahu kirinya. "Saya dapat tahu kematian Danzo adalah kematian yang dirancang. Untuk membela nasib mereka yang teraniaya, saya akan teruskan misi ni...sekalipun terpaksa menumpahkan darah." nekad dia beritahu.

Anak rambut Mizuki jatuh ke mata itu semasa gadis tersebut bercakap dengan penuh semangat. Hal itu dilihat Doktor Hanzo. Lelaki itu melepaskan hela nafas panjang sambil mengetap garis nipis di bibir. Secara natural tangannya naik menyelak anak rambut itu ke belakang telinga Mizuki.

              "Jaga diri di sana. Kawal diri kamu untuk tidak menyakiti orang yang tidak bersalah."pesan Doktor Hanzo sambil tu.

               Laju-laju Mizuki mengangguk kepala. "Kalau saya berjaya selesaikan misi ni...boleh doktor janji dengan saya tak?"

               Kening Doktor Hanzo berkerut sedikit saat mendengarnya. "Janji apa lagi?"banyak betul anak depannya ini minta janji. Kalau janji itu emas, dah kaya raya dia.

               Mizuki ketawa kecil apabila mendengarnya. mesti Doktor Hanzo dah penat melayan segala permintaan dia selama ini. "Boleh beritahu saya siapa ibu dan ayah kandung saya tak?Sebelum saya sambut hari lahir saya yang ke-19 tahun nanti?"matanya berkerlipan terang kerana dibias cahaya lampu di atas.

              Untuk beberapa ketika Doktor Hanzo diam menilik wajah Mizuki. Dari mata ke senyuman di bibir itu. Betapa berharapnya dia...kesilapan itu tidak pernah terjadi. "Kalau kamu tahu...adakah kamu akan membencikan mereka?"

               Terus Mizuki menggeleng kepala sambil tersenyum. "Doktor sendiri tahu kan saya tak boleh rasa marah, benci atau sedih...tak kira la apa yang berlaku...saya tetap tak boleh rasakan perasaan tu. Jadi jangan risau. Saya takkan bencikan ibu dan ayah saya sekiranya saya tahu siapa mereka. Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada mereka sebab lahirkan saya. Walaupun sakit di pergunakan dan di jadikan bahan uji kaji..sekurang-kurangnya saya bantu orang lain...bagi benefits dari keburukan."

Hati Doktor Hanzo dipagut rasa sebak mendengar ucapan jujur itu. Mahu tak mahu dia mengangguk kepala dengan perlahan. Mengusap lembut tepi kepala itu dengan kasih. Ya...kuasa Mizuki tidak dapat membekukan Doktor Hanzo langsung. Mungkin Mizuki tidak sedar kenapa bila dia sentuh gadis ini, tiada efek sama sekali. Seperti yang diketahui hanya mereka yang mempunyai DNA Mizuki sahaja boleh selamat dari sentuhan beku ini. Hal itu kerana, Doktor Hanzo adalah punca dimana DNA itu wujud.

              "Kalau macam tu saya pergi dulu. Terima kasih untuk medical check up hari ni dan ubatnya. Saya akan gunakannya sebaik mungkin."dengan riang Mizuki berjalan keluar dari bilik rawatan itu.

Tertutup sahaja pintu bilik itu, Doktor Hanzo memalingkan kepala ke arah bingkai gambar di sebelah komputernya. Gambar kahwin dia dengan isteri tercinta 19 tahun yang lalu.

Elok aje masa Mizuki keluar dari bilik tu. Senyuman lebar dekat bibir masa tunduk memandang beg berisi ubat Puan Ruby. Namun apabila dia mengangkat kepala pandang ke depan, dia disambut dengan pemandangan yang tidak menyenangkan. Jatuh terus senyuman di bibir bila nampak lelaki lampai yang segak mengenakan pakaian casual serba hitam di koridor itu sedang di kerumuni dengan tiga orang staf wanita.

Untuk beberapa saat Mizuki berdiri di situ cuba fahamkan perasaan apa yang dia rasakan waktu itu. You know...perasaan bila dada sakit bila darah dipam terlampau laju ke otak. Sampai berdenyut-denyut urat di dada. Sakit tapi tak luka. Nafas pula naik turun tidak tenang. Kening berkerut kerana rasa terganggu.

Mungkin sebab perasan ada orang berbaju serba putih di tepi itu, lelaki lampai yang dikerumuni itu ikut mengangkat kepala. Dia terpandang perubahan air muka mendung di wajah Mizuki.

             "Dah settle ke?"tegur Dante semasa memberi anggukan kekok kepada tiga orang staf wanita yang berbual dengannya tadi. Matanya waktu itu terarah pada Mizuki.

Masih dengan renungan tadi, Mizuki pandang tidak senyum akan tiga orang staf wanita tadi. Dia berasa seperti mahu menerkam tiga orang itu dan sedut haba setiap seorang sehingga kering! Dah kenapa dengan dia ni?Mizuki pandang dengan bingung ke Dante semasa lelaki itu mendekatinya.

              "Jom kita balik kalau macam tu..."ajak Dante saat menghulur tangan ke sekeliling pinggang Mizuki.

Waktu itu tiga orang staf yang berbual dengan Dante lirik akan Dante lalu ke Mizuki. Bila mereka sedar yang mereka bercakap dengan lelaki yang berkaitan dengan Puteri Ais masing-masing buat muka cuak.

              "Asal pandang-pandang?"sentap Mizuki waktu itu sudah mahu menerkam tiga orang tu. "Tak pernah nampak lelaki ke?"

               Terkejut Dante waktu itu. Dia yang kebingungan pandang Mizuki lalu ke tiga orang staf perempuan yang awalnya tadi bercakap dengan dia. Mereka ke situ sebab nak tanya siapa dirinya. Untuk apa kehadirannya ke situ..dan bersama dengan siapa dia ke situ. Tapi tak sempat nak cakap apa-apa Mizuki dah keluar dari bilik tu tadi. "Hei..kenapa ni?"

Kelam kabut dibuatnya mereka bertiga di situ. Mencicit jalan laju meninggalkan tempat itu. Langsung tidak berani pandang ke arah Mizuki waktu itu.

               "Jangan pegang saya."Mizuki pandang ke Dante dengan kening mencerlung. Dada dia waktu itu berdegup laju sampai sesak rasanya. Entah kenapa dia rasa macam nak pukul seseorang terutama sekali bila pandang muka handsome Dante.

                Berkedip mata Dante bila tangannya di turun kasar. "Kenapa dengan kau ni?"

                 "Suka la kan...bercakap dengan perempuan lain?"senyum Mizuki yang dibuat-buat kerana dia sendiri tidak tahu kenapa dia rasakan semua perasaan aneh yang tidak pernah dia rasakan ini. Entah kenapa sejak kenal Dante...ada saja perasaan aneh wujud. Yang tak menyenangkan lagi tu.

               Faham apa yang sedang berlaku, Dante berdengus kecil sebelum ketawa tanpa suara. "Kau marah ke?"soalnya semasa lentokkan sedikit kepala hendak pandang muka marah itu.

               "Huh?"

              "Kau marah ya sebab ada perempuan lain dekati aku?"tanya Dante lagi dengan sisa ketawanya. Dia peluk sekeliling bahu Mizuki dan memusingkan mereka ke arah jalan keluar. "Marah itu kerana kau cemburu..dan cemburu itu tanda sayang..rasanya kau tahu tu kan?"

              "Mana ada saya marah?"cepat-cepat Mizuki nafi.

                Lucu dengan apa yang baru di saksikannya, Dante kucup tepi kepala itu. "Ya..ya..kau tak marah."

               Mizuki tolak tepi badan Dante. Menjauhkan  lelaki itu dari memeluknya. "Bila masa saya marah?Apa tu marah..saya tak tahu.."

              Dante cubit hujung jaket tebal Mizuki saat   gadis itu menjarakkan diri dari dia. "Jangan la marah...dia orang tak sempat nak cakap apa-apa dengan aku pun."

             Mizuki beri side eye. "Hmm..ya lah..entah-entah siap tukar nombor agaknya kan!"

Dante ketawa sambil capai tangan Mizuki. Dia cengkam jari jemari itu dengan erat dan di hayun tangan mereka depan dan belakang langsung tidak mempedulikan bebelan Mizuki waktu itu.

this part...nama doktor ni kekadang tertukar-tukar...hanzo kanzo danzo?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience