Bip!
Bip!
Bip!
Bunyi mesin pembaca detak jantung menghuni bilik rawatan itu. Suhu hangat seperti di musim panas sedangkan waktu itu musim sejuk.
Orang yang terlantar di atas katil masih belum sedarkan diri walaupun sudah masuk dua hari sejak kejadian ngeri di tengah hutan salji terjadi.
Ya,kejadian itu tiada siapa yang tahu. Ketidak hadiran Mizuki telah dijawab melalui kertas makluman ibubapa ke pihak akademi yang diuruskan sendiri oleh penjaga sah Mizuki. Yang mana hanya pihak akademi sahaja yang tahu sebab tiada siapa peduli hendak ambil tahu sama ada Mizuki ada atau tidak.
Jarrel and the geng telah low profile kerana cuba sembuhkan diri dari kecederaan masing-masing. berita mengenai mereka cedera juga telah ditutup oleh Jarrel sendiri. Jadi tiada siapa tahu sebarang kejadian yang berlaku pada lelaki itu dan rakan-rakannya.
Suasana akademi berlangsung seperti biasa.
Dante mengangkat tangannya, lalu genggam erat jari jemari kanan Mizuki untuk berikan kehangatan pada tubuh dingin gadis itu sejak dia berada di hospital tersebut.
Menurut doktor khas yang merawat Mizuki, keadaan Mizuki lambat sedar disebabkan keadaan istimewa gadis itu. Yang mana menyukarkan pihak petugas untuk merawat kerana mereka tidak boleh sentuh secara direct gadis itu kerana risau beku.
Bersama ketapan nipis di bibir, Dante lirik akan wajah bersih Mizuki. Dari kening turun ke mata yang terpejam lalu ke hidung mancung itu sebelum berhenti di bibir. Bila dia pandang bibir itu, senyuman pun terukir di bibir kerana teringat saat Mizuki kalau sihat. Yalah gadis itu dengan celotehnya berpisah tiada. Ada saja yang diomelkan...sekarang bila dah tak sedarkan diri, dia yang rindu sendiri dengan suara ocehan gadis itu.
Tergerak hati hendak bangun, Dante dengan senyap bingkas dari bangkunya. Tanpa melepaskan gengamannya, dia tunduk mendekatkan wajah ke Mizuki. Berhati-hati untuk tidak gerakkan katil atau tubuh itu, bibir Dante menghampiri kening kanan Mizuki.
Dante memejam mata rapat lalu mengucup lembut kening itu dengan harapan supaya Mizuki lekas sedarkan diri. Dia dah penat risaukan gadis ini.
Untuk beberapa saat barulah Dante menjauhkan diri. Dia hendak mengusap kepala itu, tetapi pada masa yang sama mata yang terpejam tadi terbuka luas. Terkedip-kedip untuk beberapa kali sebelum suara serak mulai kedengaran perlahan.
"Hai..."senyuman terukir di bibir pucat Mizuki.
"Hai partner in crime..."bisik Dante semasa tunduk di depan muka itu.
Dengan sebelah tangan tidak tergantung di leher, Mizuki berkata. "Nak peluk..."
Tidak seperti biasa dia akan menolak kalau Mizuki minta peluk, tapi kali ni dia bagi pengecualian sebab kasihan. Tidak berlengah, Dante panjat atas katil itu lalu berbaring di sebelah badan Mizuki yang tidak cedera. Kepalanya di letakkan atas bahu itu.
"Berapa lama saya tak sedarkan diri?" tanya Mizuki semasa bermain dengan rambut Dante. Nafasnya di atur lega kerana mula berasa hangat yang selesa bila dapat serap haba dari sentuhan mereka.
Dante angkat tangan yang memeluk sekeliling tulang rusuk Mizuki. Dia baca digit pada jam itu lantas menjawab. "Dua hari 8 jam 50 minit 33 saat."
Mizuki ketawa kecil. Bukan main detail lagi tu hah!
"Macam mana Jarrel dengan yang lain?"
"Survive...for this time.."ujar Dante satu persatu semasa memejamkan mata kerana berasa asyik dengan belaian Mizuki.
"Awak tahu...saya sedikit sahaja lagi nak dapat jawapan sebelum awak tembak mereka?"
Dante berdengus kecil hendak ketawa. Dia eratkan sedikit lingkaran tangan ke sekeliling bawah lengan Mizuki. "Sedikit aje lagi sebelum peluru kedua Jarrel tembus kepala kau...pilih."
Mizuki kemudiannya termenung memandang siling bilik itu. Senyuman terukir di bibirnya mengenangkan apa yang terjadi. "Apa awak akan buat sekiranya cerita sebenar kematian abang awak terungkai?"
"Terpulang pada ayah aku...dia yang nak tahu sangat pasal anak kesayangan dia tu.."getus Dante dengan perlahan semasa membuka mata. Dia pandang tidak suka akan suatu arah tanpa sebab bila teringat betapa biasnya ibu dan ayah dia terhadap dirinya.
"Kenapa awak cakap macam tu?Kan awak anak mereka jugak?"Mizuki tunduk memandang kepala di bawah dagunya waktu itu.
"Danzo dan aku beza dua tahun aje. Tapi ibubapa aku selalu lebihkan Danzo dari aku. Apa-apa mesti Danzo dulu. Aku cuba jugak nak jadi yang terbaik, tapi yang dia orang pandang cuma Danzo. Dari situ aku stop untuk cuba ambil hati parents aku."Dante termenung sedih semasa bercerita.
Mizuki sandarkan kepalanya ke kepala Dante lantas tersenyum. "No wonder la awak ni matang dari usia awak.."pujinya.
Dante tersenyum sedih. Ya...dia terpaksa matang dari usia yang muda. Dari umur 6 tahun dia kena belajar kawal emosi supaya tidak mudah menangis. Belajar untuk makan sendiri dan uruskan diri sendiri sedangkan waktu itu budak seusia dia di bantu untuk uruskan diri. Belajar untuk bahagiakan diri sendir dan banyak lagi.
"Sebab pengalaman memaksa seseorang matang pada bukan masanya..."lafaz dia.
Mizuki pun peluk kepala Dante dengan senyuman lebar di bibir.
"Tak apalah kalau macam tu...awak ada saya.....setiap masa saya boleh bagi perhatian dekat awak...jadi jangan sedih eh...kalau sedih cari saya...macam saya bila nak peluk orang..saya cari awak..bukan orang lain."pujuk Mizuki tanpa sedar.
Dante ketawa kecil. Lucu dan lega pada masa yang sama sebab akhirnya dia dapat jugak luahkan isi hati yang selama ini dia simpan sendirian. Rasanya dia boleh terima Mizuki dalam hidup dia sekarang walaupun kadang-kadang dia sendiri rimas.
Share this novel