51. Cabar~

Horror & Thriller Completed 8300

Kaki berkasut highboot combat berada di hujung penjuru meja sewaktu ia bergerak depan dan belakang. Empunya kaki pula duduk di kerusi yang dijongkat jongkit depan ke belakang ke atas dua kaki kerusi tersebut. Langsung tidak risau terjatuh kerana berada dalam keadaan seimbang di situ.

         "Hmm...hmm..hmm.."nyanyi Mizuki semasa belek majalah lama Tahun 2022. Sudah khatam sebenarnya, tapi dia suka baca ulang-ulang isi kandungan majalah tu sebab tertarik dengan senarai pelajar-pelajar di situ.

Nak tahu apa lebih menarik dalam senarai kadet yang tersenarai di dalam majalah ini?

20 orang kadet. Seperti Danzo Luth.

Hanya 5 orang sahaja yang berjaya stay dalam akademi ni?

Menarik bukan?

Antara lima orang ini, hanya dua sahaja yang lulus.

Nak tahu siapa?

Duhh!

Obviously!

Dan apa yang berlaku pada mereka yang lain?

Simple...

Sama ada terlibat dengan kes jenayah, melanggar peraturan, cedera hingga permanent injury atau mati.

            "Good morning Senior Joacquin.."sapa kadet dalam bilik latihan itu dengan serentak.

Mendengar nama itu, Mizuki turunkan kaki dan kerusinya lalu berpusing ke belakang untuk lihat apa la yang buatkan semua orang di situ kedengaran semangat. Dan bila dia pandang, matanya terarah pada lelaki lampai berwajah segak yang ringkas mengenakan pakaian sukan khas untuk latihan combat.

Hujung bibir Mizuki terjungkit sinis. Majalah di tangannya di tutup sebelum bangun dari duduknya.

Well ...well ..tengok siapa yang dah munculkan diri.

Dan...dan waktu itulah mata Joacquin terarah pada kadet perempuan yang mengikat rambut tinggi ke belakang dan mengenakan suit latihan serba hitam. Dari atas sampai bawah tertutup. Tangan berglove.

        "Hai Mizuki."sapa Jaocquin saat meletakkan beg duffle ke atas bangku berdekatan. Langsung tidak mempedulikan mereka yang sibuk hendak dapatkan perhatian dari dia. Matanya memandang gadis itu dengan tatapan penuh muslihat.

         "Morning."senyum Mizuki. "How's your day lately?"kepalanya terlentok sedikit.

          Sambil jalan mendekati Mizuki sambil tu Joacquin mengurut belakang tengkuknya. "Quite interesting.."Sabrina memekak pada dia!Salahkan dia disebabkan tindakan Mizuki beberapa hari ni!

           "Iya ke?Senior pasti?Sebab saya nampak macam tak okay je...gaduh dengan girlfriend ke?"

Sehinggalah lelaki lampai itu berdiri melangit di hadapan Mizuki. Buatkan gadis itu kelihatan kerdil di depan lelaki buffy itu.

         "Terima kasih untuk keprihatinan kau tu...tapi aku tak perlukannya.."balas Joacquin.

Mizuki hanya balas dengan sengih mengejek di bibir.

           "Wanna sparing with me?"ajak Joacquin. "Rasanya selama kau dekat sini...sekali pun aku tak pernah nampak kau sparing dengan sesiapa?"

Semua kadet yang ada di dalam bilik itu dengar. Mereka semua memalingkan kepala ke arah mereka berdua.

           "Kenapa??Nak test saya ke?"soal Mizuki dengan senyuman meleret menampakkan barisan gigi.

           "Kenapa?Takut?"cabar Joacquin.

            Terus Mizuki mengangguk kepala. "Okay fine...siapa cakap saya takut. Saya cuma tak nak la kan..sakitkan seseorang.. dengan langkah 'amatur' saya ni...harap senior tak kisah ya?"senyumnya selepas itu. Dah lama sebenarnya dia nak buat tapi kena sabar sebab mahukan bukti kematian Danzo. Ikutkan hati lama dah dia kiss lelaki ni sampai sejuk kejung badan ni!

           "Kalau macam tu...kita panaskan badan dulu selama 5 minit kemudian mulakan sparing."Joacquin gerak hendak mulakan sesi memanaskan badannya. Memang teruk dia akan belasah perempuan pelik ni nanti!

            Mizuki angkat tangan satu ke depan Joacquin. "Wait a minute.."

            Kening kiri Joacquin terjungkit semasa lelaki itu memandang Mizuki. "Kenapa?"

           "Apa yang saya dapat kalau saya menang sparing ni?"tangannya di silang ke dada. "Senior ajak saya sparing macam tu aje ke?"

           Untuk beberapa saat Joacquin diam tidak mengatakan apa-apa kerana dia terpana sendiri dengan tatapan misteri milik Mizuki. Mata beranak mata biru gelap itu hampir sahaja buatkan dia terperangkap. "Apa yang kau nak?"

           Perlahan-lahan Mizuki dekati Joacquin. Dia terpaksa menjengket untuk berada hampir dengan telinga kiri seniornya. Dengan tangan berglove bilah bahu Jaocquin di pegang sebelum dia berbisik pada tepi cuping telinga itu. "Pengakuan dari senior tentang kematian Danzo..."

         Deru nafas Mizuki yang menyapa telinganya buatkan Joacquin dalam diam menahan nafas. Dia diam berdiri di situ sehinggalah gadis itu menjarakkan sedikit diri dari dia. "We'll see..."balas dia selepas itu.

        "Alright then...the rule is...siapa yang jatuh  dulu dia menang."beritahu Mizuki semasa mula menggerakkan badan dia sikit-sikit untuk renggangkan otot.

Maka dengan makluman itu, semua kadet yang datang untuk latihan gerak ke tepi membentuk satu lingkaran lengkap mengelilingi tengah ruangan itu. Meninggalkan Joacquin dan Mizuki sahaja berdiri di tengah-tengahnya. Mereka dengan perasaan tidak sabar masing-masing hendak tahu apa yang bakal terjadi nanti.

Siapa bakal menang pertaruhan tu nanti?

Joacquin pelajar terbaik keseluruhan akademi.

Atau.

Mizuki Aesira pelajar baru 4 bulan mereka yang terkenal dengan sikap suka lari dari melakukan sebarang latihan fizikal di situ.

Joacquin membuka langkahnya terlebih dahulu. Dia jalan laju ke Mizuki sebelum hayun kaki kanannya untuk menendang tepi pinggang Mizuki dengan sebelah lagi tangan sudah tersedia hendak menghentak tepi kepala itu pula.

            Dengan tenang, mata Mizuki menangkap pergerakan Joacquin itu seperti rakaman slow motion. Jadi dia tahu pergerakkan itu hendak ke mana. "Slow!"sebutnya semasa angkat tangan dan kaki kiri pada masa yang sama. Hujung kasut kakinya itu naik mendarat tepat ke bawah dagu Joacquin.

SMACK!

Terundur ke belakang Joacquin di buat sepakan itu. Dia cepat-cepat pegang dagu yang kesakitan sewaktu memandang Mizuki.

          "Oopss...sorry. Sakit ke?"tanya Mizuki dengan senyuman lebar di bibir.

Rahang Joacquin berketik. Perempuan depan dia ni makin lama makin mencabar kesabaran dia!Jangan sampai satu hari nanti dia bunuh jugak Mizuki!

          "Tak."sengih Joacquin dengan meleret sebelum terpa ke arah Mizuki.

Mizuki memberi high kick pada kanan Joacquin setelah lelaki itu muncul di depannya dalam keadaan laju.

SMACK!

Lengan Joacquin naik pada masa yang tepat. Kaki Mizuki hinggap pada lengan kekarnya sesaat kemudian. Tidak berlengah dia bergerak mendapatkan Mizuki. Niatnya mahu mencampak tumbuh kurus itu ke lantai. Jadi bila dia berjaya cekak bawah ketiak Mizuki, Joacquin gerak mahu mengangkat tubuh itu, Namun lain yang jadi.

Mizuki lompat dan melingkarkan kaki ke sekeliling pinggang Jaocquin. Tangannya memeluk erat belakang bahu itu. Buatkan mereka berdua saling bertemu muka.

Terkejut Joacquin dibuat situasi itu. Dia pandang dengan mata terbutang luas.

          "Awak tahu...kalau awak seorang lelaki yang baik...mungkin kita boleh jadi kawan baik.."bisik Mizuki di depan muka itu.

          "Go to hell!"ketap Joacquin saat cuba menolak tubuh Mizuki dan turunkan kaki itu dari pinggangnya Namun tidak berganjak. Tubuh Mizuki ibarat lintah di kulit!

          "Hahaha..."ketawa Mizuki sambil mengetatkan pelukannya pada sekeliling pinggang tu. Buatkan nafas kencang Joacquin berderau meniup wajahnya. "Saya lepaskan senior kalau senior berhenti bergelut.."ajunya dengan selamba.

           "Jangan harap!Aku tak pernah merayu pada sesiapa!"Joacquin berkata sebelum gerak hendak menghantuk kepalanya ke muka Mizuki.

           "Oh really? Kalau macam tu saya tak sabar nak buatkan senior merayu depan saya nanti..."

Namun begitu tindakan itu di hentikan oleh Mizuki apabila dia gerakkan badan dan naik ke atas bahu Joacquin sebelum menolak mereka berdua jatuh ke lantai dalam masa yang sama!

KEDEBUK!

Belakang badan itu bertemu dengan lantai pada masa sepasang kaki mendarat di atas kepala tersebut.

Keadaan riuh tadi menjadi senyap yang sunyi amat sangat. Para kadet senior yang menyaksikan perlawanan itu tergamam setelah melihat pergerakkan lincah Mizuki untuk pertama kalinya selepas sekian lama gadis itu berlatih dengan mereka.

Perlahan-lahan Mizuki berpusing. Menghadap ke belakang dengan mata tunduk memandang ke bawah. Di situ terbaringnya Joacquin sedang mengerang kesakitan akibat tindakannya tadi. Dia berdiri di atas kepala itu dan berkata.

           "Macam mana?Deal kita on kan?"kepalanya tunduk memandang muka berkerut Joacquin.

           "Ugh!!Tak guna!"lafaz Joacquin dengan nafas naik turun menahan sakitnya.

           Sambil ketawa kesenangan, Mizuki jalan dekati kerusi dimana majalah tadi dia tinggalkan. "Kalau nak jadi lelaki sejati..janji kena tepati. Kalau senior dah okay. Datang cari saya alright. Saya tunggu."ujarnya dibalik tawa.

Semua di situ pandang kagum akan Mizuki sepanjang gadis itu melangkah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience