"Nak makan lagi.."Ruby memecah kesunyian mereka di situ tiba-tiba.
Tersentak dengan itu, Dante cepat-cepat melarikan pandangan untuk kembali menyuap makanan ke Ruby. "Masuk la dulu. Salin pakaian sana. Kau jatuh sakit pulak lama-lama dalam pakaian basah tu."beritahu dia sambil tu.
Mizuki di situ diam memandang riak wajah Dante dengan tatapan redupnya. "Awak tahu kenapa saya boleh sentuh awak tanpa buatkan awak beku,Dante?"tanya dia yang sudah lama ingin tahu cuma sering terlupa kerana bila nak tanya perkara lain pulak yang terlintas dalam fikiran.
Soalan tersebut menyebabkan tangan Dante kaku di Udara apabila Ruby selesai makan makanan dari sudu yang disuakan Dante kepadanya. lelaki itu terdiam seketika sebelum pandang ke Mizuki seperti pencuri tertangkap depan mata. "Kenapa kau tanya?"
"Itu bukan jawapan tapi soalan."beritahu Mizuki dengan senyuman di bibir. Kenapa ya orang suka tanya dia semula setiap kali dia bertanya soalan?Susah ya nak beri jawapan serta merta?
Mata Dante berkedip satu kali. Dalam diam dia menelan air liur kerana berasa gemuruh.
Mizuki tunggu. Dia menanti jawapan dari Dante namun lelaki itu ambil masa terlalu lama hendak bersuara, dia pun apalagi pipi tu di tepuknya. "Hei...saya tanya ni."
Terkedip mata Dante di buat tepukan itu. Dia pandang ke mommy dia seketika sebelum pandang ke maid yang sedang berdiri di tepi mereka sejak tadi lalu tunduk meletakkan pinggan makanan di atas meja kecil di tepi kerusi itu. "Rose...bawa puan masuk ke dalam dulu."arahnya.
"Baik tuan muda."angguk maid itu tanpa berlengah mendapatkan Ruby.
Dante perhatikan sahaja saat Ruby di bawa pergi dari situ untuk masuk ke dalam rumah semula. meninggalkan mereka berdua di tepi kolam tersebut tidak lama kemudian.
Penuh sabar Mizuki perhatikan sahaja maid beruniform itu gerak memimpin Ruby bangun dari situ yang mana diturutkan oleh Ruby tanpa melawan. Dia hairan tapi malas nak tanya, jadi dia biarkan aje sebab mahukan jawapan dari Dante. "Kenapa?Beritahu la saya..."
Bersama hela nafas panjang dilepaskan, Dante pandang ke Mizuki semula sebelum mengetap bibir kerana bergelut hendak susun kata menyampaikan hal sebenar. Dia tatap wajah Mizuki dari atas ke bawah sebelum berhenti di mata itu.
Dengan gugup, Dante pun berkata. "Sebab aku adalah seorang daripada penerima tulang sumsum kau..."
Kening Mizuki terangkat tinggi setelah mendengarnya. "Penerima tulang sumsum?"ulangnya dengan perlahan.
"Tiga tahun lepas aku disahkan menghidap leukemia...ayah aku dapatkan bantuan dari Program Sierra untuk dapatkan penyembuh. iaitu kau..."
Mata Mizuki berkedip beberapa kali. Dia begitu tercengang mendengarnya. "Jadi?"
"Disebabkan DNA kau ada dalam badan aku, tubuh aku takkan terdedah dengan kesan setiap kali kau sentuh aku. Sebab itu aku tak beku seperti orang lain..."sambung Dante dengan perasaan serba salah.
"Sebab itu awak kebal dari saya?Sebab awak salah seorang dari mereka yang jadi punca saya hidup terseksa dalam makmal tu?"soal Mizuki semasa pandang tak percaya ke Dante. keningnya berkerut kerana berasa begitu terpempan.
Dante gerak hendak memegang lengan tu. "Mizuki..."namun Mizuki jauhkan lengan dari disentuhnya. "Aku sendiri baru tahu lepas kau tiba di sini"
Mizuki menggeleng kepala. Dia tidak tahu hendak beri reaksi apa. Rasa seperti tertipu pun ada. Rasa seperti dikhianati pun ada. Nak kata dia di pergunakan, jelas-jelas kehadiran dia di sini kerana diminta untuk jadi senjata buat siasatan kematian Danzo. Tapi dia tak sangka pulak yang selama ini Dante dekati dia kerana terpaksa. Sebab selama ni dia fikir Dante sentiasa bersama dengan dia kerana Dante sendiri yang menginginkannya. Bukan sebab terpaksa. Macam orang lain rasakan setiap kali bersama dengan dia.
"Jadi...awak dekati saya kerana terpaksa?"soalnya perlahan. "Untuk elakkan saya bunuh ramai orang, Federico gunakan awak sebagai bank haba saya."dari dulu sampai sekarang. Semuanya sama. Tiada siapa yang rela bersama dengan diri dia melainkan kerana terpaksa.
"Mizuki...bukan itu-"
Berkerut-kerut keningnya. "Saya fikirkan selama ni awak-"Kalau boleh Mizuki mahu orang berada di samping dia kerana mahu bukan kerana terpaksa. Dia enggan susahkan sesiapa untuk berada di sampingnya.
"Aku boleh jelaskan-"
"Tak..."Mizuki bangun dari situ. Dia tunduk memandang Dante di kerusi itu. "Saya faham. Awak tak perlu jelaskan apa-apa."
Dante ikut berdiri. Dia cuba capai lengan Mizuki tapi gadis itu terus jarakkan diri. "Please..dengar dulu-"
Cepat-cepat Mizuki sorokkan tangannya ke belakang. Hendak elak dari di sentuh Dante.
"Mulai hari ni...saya takkan susahkan awak lagi untuk biarkan saya sentuh awak. "Mizuki pandang Dante dengan senyuman lebar di bibir. Memintas kata-kata Dante terus. Dia tak tahu perasaan apa yang dia rasakan saat ini. Apa dia tahu, hati dan dada dia sakit semacam. Rasa sesak yang sangat sempit seakan ada yang mencengkam ruang udara halang dia dari bernafas dengan baik. "Maaf sebab susahkan awak sebab terpaksa luangkan masa dengan saya selama ni."dia kemudiannya berjalan pergi dari situ untuk masuk ke dalam.
Bingung tidak tahu hendak bagaimana lagi, Dante berdiri kejung di situ perhatikan Mizuki melangkah pergi membelakangkan diri dia di tepi kolam itu. Waktu itu Dante merasakan jantung di dalam dada dia berdegup sakit yang aneh. Dia tidak tahu kenapa, tapi apa dia tahu, waktu itu Dante merasakan seperti ada yang patah dalam hatinya.
Share this novel