26. Hujung Minggu

Horror & Thriller Completed 8300

Tiga hari kemudian,

Seperti yang diberitahu Joacquin mengenai ajakannya bersama Mizuki untuk keluar, mereka telah bertemu di hadapan pagar berdasarkan waktu yang ditetapkan oleh lelaki itu.

Simple mengenakan dress paras lutut bersama kardigen lengan panjang dan skinny jean sama warna iaitu biru gelap, Mizuki berdiri di celah kesibukan orang ramai di situ dengan renungan kagum. Di sampingnya berdirinya Joacquin dan rakan lelaki itu. Mereka masuk ke situ dengan bersahaja seakan sudah terbiasa akan tempat itu.

            "Ke sini.."ajak Joacquin.

Mizuki ikut lelaki itu, tangannya yang mengenakan glove sudah gatal hendak menyentuh sekejap manusia-manusia di situ tapi dia kawal diri sebaik mungkin.

Masakan tidak,

Betapa ramainya manusia di tempat itu. Kalau dia serap haba setiap seorang di situ tiada siapa yang akan sedar kehilangan mereka nanti.

Mizuki jalan beriringan dengan lelaki di situ sewaktu merentasi koridor yang dibias dengan cahaya merah kebiruan. sepanjang jalan itu berlapikkan karpet berwarna biru gelap. Dan kiri kanan koridor tersebut mempunyai banyak pintu. Ada beberapa orang pelayan beruniform keluar masuk membawa tray di tangan masing-masing jalan melintasi mereka waktu itu.

Tidak lama berjalan, mereka akhirnya berhenti di hadapan sebuah bilik karaoke saiz VIP terletak di tingkat tiga tempat itu.

              "Masuklah..jangan malu."pelawa rakan Joacquin waktu itu kepada Mizuki saat memegang pintu untuk gadis tersebut.

Dengan senyuman lebar di bibir, Mizuki masuk ke dalam ruangan berpenghawa dingin itu. Meremang tegak bulu roma sebab dia rasakan ibarat seperti sudah berada dalam peti ais aje waktu itu!

               "Cantik tempat ni.."komen Mizuki semasa ambil tempat di kerusi berkusyen merah velvet di tepi dinding bilik itu. Ianya empuk kerana duduk sahaja Mizuki di situ tubuhnya tenggelam sedikit ke bawah.

               "Well...tempat ni dimiliki oleh bos besar Jack kita...mestilah cantik."ujar lelaki berambut pendek pacak tegak ke atas semasa menyerahkan satu gelas berkaki berisi minuman kepada Mizuki.

Joacquin dengan bersahaja duduk di samping Mizuki. Rapat dan dekat. Tangan lelaki itu ada di atas belakang kerusi Mizuki duduk.

               "Awak miliki kelab malam?"soal Mizuki sedikit kagum. ."Boleh ke?"dia pandang akan lelaki di sebelahnya dengan kening terangkat.

               "Minumlah air tu...jangan di pegang aje.."ajak lelaki satu lagi yang berambut perang semula jadi trim nipis di kanan kiri pula.

Sebelum Mizuki bawa gelas yang dipegang ke bibir, dia menarik sengih meleretnya lalu pandang akan Joacquin. Dia teguk minuman itu satu nafas tanpa berfikir panjang. Setelah itu dia letakkan gelas yang kosong itu ke meja bulat depan kakinya itu. '

               "Memandangkan kita dah ada dekat sini...boleh saya tahu kenapa awak ajak saya ke kelab malam ni?"tanya Mizuki setelah itu.

               Joacquin menarik sengih jahat di bibir. Matanya naik turun melirik akan Mizuki. "Sudah tentu la untuk berhibur."

                "Bersama dengan saya?"Mizuki pegang dada merujuk dirinya sendiri.

Joacquin menggeleng kepala sambil tersenyum.

                "Tidak...awak akan berhibur dengan tiga orang rakan saya ni. Mereka telah bayar saya mahal untuk jadikan awak sebagai teman mereka malam ni.."beritahu dia.

                Lantas Mizuki pandang akan tiga orang lelaki yang mengiringi kedatangan mereka tadi. Sebelum jatuh ke gelas yang dia kosongkan tadi. Adakah dia telah di dadahkan? "Kenapa?"

                 Senyuman di bibir Joacquin jatuh ke bawah. Renungannya menjadi gelap sesaat kemudian. "Aku dengar kau cuba siasat akan kematian Danzo Luth?"tanya dia selepas itu.

Mizuki diam di situ memandang Joacquin.

                 "Jimmy...si mulut tempayan tu..dia terlepas cakap yang dia beritahu kau sesuatu mengenai aku bukan?"kepala Joacquin terlentok sedikit.

                 "Jadi...betul la. Awak orang yang menyebabkan Jimmy terlantar di hospital?"soal Mizuki.

                 "Well...obviously. Salah dia jugak sebab cuba nak kantoikan aku dekat budak baru macam kau ni..."tangan Joacquin naik menyelak anak rambut dari muka Mizuki. "So...memandangkan kau beria sangat nak tahu kenapa Danzo mati...apa kata kau belajar 'pengajaran' dulu sebelum 'pembelajaran'."

                Hujung bibir Mizuki terjungkit sinis apabila dia mula merasakan ada yang tidak kena dengan kepala dan badan dia waktu itu. Jadi memang betullah dia di dadahkan! "Kalau macam tu...beritahu saya. Adakah awak punca kematian Danzo?"

             "Kalau aku kata ya...kau nak buat apa?"

             "Kenapa dia mati?"

             "Sebab dia cuba tunjuk berani?"

             "Awak yang bunuh dia?"

             Joacquin ketawa setelah itu. "Hahaha...kalau aku bunuh dia atau tak...memangnya kau boleh buat apa?Tak ada bukti yang kukuh untuk beritahu aku yang bunuh Danzo."

             "Jadi Danzo mati sebab awak la?"tanya Mizuki lagi kerana begitu terdesak ingin tahu.

              Joacquin tersenyum manis hingga buatkan  mata dia ikut tersenyum. "Tentang hal tu...cubalah cari tahu sendiri...itupun kalau kau hidup lagi la lepas ni?"ujarnya sebelum bangun dari situ. "Kau orang bertiga buat la apa yang kau orang nak dengan dia. "

Ketiga-tiga lelaki di situ apalagi, tersengih lebar la!

Sementara Mizuki masih tenang di kerusi itu. Dia perhatikan belakang Joacquin dengan renungan dalam penuh maksudnya. Kelibat Joacquin lenyap setelah lelaki itu keluar dari pintu. Meninggalkan mereka berempat sendirian dalam bilik tersebut.

Pelan backfired!

❄️❄️❄️❄️❄️❄️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience