58. Hampir Waras

Horror & Thriller Completed 8300

Sambil duduk bersilang kaki di sofa dalam bilik tu, matanya terarah pada wanita yang kemas mengenakan dress tengah hari dan rambut bersanggul rapi. Bibir yang selalu pucat kelihatan merah kerana di oles gincu yang nipis. Wajah yang awalnya pucat dan tidak bermaya kelihatan seperti hidup semula. Sudah tiada lagi imej hantu dari penampilannya.

        "Mama nak makan apa-apa lagi tak?"tanya Dante semasa meletakkan pinggan yang sudah kosong dari makanan di atas dulang yang ditadah oleh maid.

         "Tak. Mama dah kenyang. Terima kasih Dante.."ucap Puan Ruby dengan senyuman nipis di bibir.

Dante ikut tersenyum apabila melihat mama dia senyum kembali.

         "Sayang nak apa-apa beritahu la. Nanti saya sediakan. "beritahu Federico pula.

Tiga beranak di situ kelihatan seperti ahli keluarga yang normal semula. Sejak Ruby menerima ubat-ubatan dari Mizuki, sejak itu keadaan Ruby semakin membaik. Wanita itu tidak lagi meracau atau hilang kawalan. Tidurnya juga telah berjadual normal semula. Tingkahnya juga menjadi tenang dan rasional.

       "Maafkan saya sekiranya selama ni banyak susahkan awak Fed.."ucap Puan Ruby dengan tatapan sedihnya. "Saya sendiri tak boleh nak kawal emosi saya walaupun saya cuba untuk mengawalnya.."

Ucapan itu buatkan senyuman Dante memudar. Dia pandang ke Encik Federico sebelum tunduk mencapai tangan halus berkedut Puan Ruby lantas di ramas perlahan.

       "Tak mengapa Ruby. Bukan salah awak. Saya dan Dante sangat memahami perasaan awak."ucap Encik Federico dengan senyuman sedih dibibir. Dia jadi sebak sendiri apabila melihat isteri yang dicintainya mula mengingati mereka semula. Tidak lagi terus menerus menyalahkan dirinya di atas kematian anak sulung lelaki mereka.

       "Betul mama...jangan salahkan diri mama."ucap Dante. "Apa yang penting mama dah sembuh...itu yang penting."

        Puan Ruby pandang ke Dante lalu tekap tepi muka itu dengan air mata bergenangan di kelopaknya. "Anak mama..."ucapnya.

Sebak dengan panggilan itu, Dante terus dakap sebelah tangan tubuh Puan Ruby dan merehatkan kepalanya ke bahu itu. Dia begitu rindu dengan mama dia yang ini.

Hal itu di saksikan oleh Federico yang turut mengusap kepala Dante dan pegang tangan Ruby dengan tangan satu lagi. Waktu itu dia sudah bersumpah dengan nyawanya sendiri. Yang dia akan lindungi keluarga kecilnya tidak kira la cara itu salah atau betul!Apa dia tahu nyawa isteri dan anak bongsunya yang satu ini sentiasa dalam keadaan aman.

Suasana itu di perhatikan Mizuki dengan tatapan penuh kasih sayang. Dia sendiri tersenyum apabila melihat senyuman yang terukir di bibir setiap ahli keluarga depannya itu. Tak sia-sia la dia pujuk Doktor Hanzo hasilkan serum untuk sembuhkan sakit Puan Ruby ni.

Hanya beberapa minggu sahaja lagi tersisa sebelum dia kembali ke pusat kajian Sierra tu. Dan selepas itu dia tidak akan menemui Dante atau bersama dengan ahli keluarga ini.

Begitulah nasib orang sepertinya ini. Bila diperlukan baru di cari, sekiranya tidak tubuh ini hanya akan dijadikan bahan uji kaji semata.

Brit!

Brit!

Brit!

Getaran tiba-tiba terasa pada bipper yang terpasang di tepi pinggangnya. Buatkan menung Mizuki tersentak. Dia tunduk menyelak pakaiannya. Mendedahkan gadjet tersebut lalu di capai. Tekanan darahnya rendah semula. Suhu badan dia juga drop. Sudah masuk dua hari dia tidak mengambil ubat-ubatannya kerana selalu sibuk dengan persediaannya.

Tersandar di sofa itu, Mizuki diam tidak mengatakan apa-apa selain mengunyah jerky beef yang ada di tangan kanan. Malas-malas dia kunyah makanan itu. Esok kena masuk akademi. Kena hadap muka menyakitkan hati Joacquin tu!

        "Cik..."muncul seorang butler lelaki di samping kerusi itu tidak lama kemudian.

        Mizuki palingkan kepala serta merta. Dia dongak sedikit ke atas memandang bosan ke butler tersebut. "Kenapa?"

        "Tuan muda Dante pesan untuk bawa cik ke bilik menerima ubat-ubatan cik.."beritahu butler itu dengan suara rendah.

Mendengar hal itu, Mizuki palingkan kepala. Dia ingatkan Dante tak tengok. Sekali bila dia pandang aje tempat dimana Encik Federico, Puan Ruby dan Dante sendiri sedang duduk, dia bertentang mata dengan lelaki kacak di tepi katil itu.

Dante di tepi katil tunjuk akan bipper yang ada di pinggangnya. Beri isyarat kepada Mizuki yang lelaki itu tahu apa yang berlaku.

What a guys!

Hujung bibir Mizuki terjungkit senang. Namun begitu dia tidak larat hendak bangun berjalan. Sebab kepalanya terasa sangat ringan gara-gara tekanan darahnya yang rendah.

        "Boleh awak papah saya?"ajunya semasa dongak memandang butler di sebelahnya. Dante sedang sibuk mengisi masa dengan keluarga lelaki itu, dia sebagai orang suruhan sahaja tidak layak mengganggu momen mereka itu. Nak tak nak kena la minta tolong orang lain.

         Untuk beberapa saat butler itu kelihatan teragak-agak kerana lelaki itu tahu apa keadaan Mizuki. "Tak apa ke?"

         Mizuki mengangguk kepala. "Jangan risau. Selagi kulit saya tidak bersentuhan dengan awak...awak takkan apa-apa.."dia sudah hulur lengannya supaya di capai.

        Butler itu pun takut-takut memegang lengan Mizuki. Berdoa di dalam hati dia tak apa-apa. Dan apabila jari jemarinya mencengkam lengan itu, tiada apa-apa berlaku. "Cik tak apa-apa ke?"

        "Umm."angguk Mizuki dengan lemah sewaktu kepalanya tertunduk ke bawah. Nafasnya terasa cetek semacam.

Butler itu memapah Mizuki bangun dari sofa dan berjalan keluar dari bilik itu.

Sempat Mizuki menoleh. Dia pandang ke arah Dante yang sibuk berbual sesuatu dengan Puan Ruby dan Encik Federico. Nampak sangat Dante sedang gembira dengan perubahan Puan Ruby. Sama-sama senang hati, Mizuki pun tersenyum sebelum melentokkan kepalanya ke bahu butler di sebelahnya.

Dia harap suatu hari nanti, bila dia sudah tiada lagi, mereka yang menerima bantuan dari dirinya akan sentiasa gembira dan sihat senantiasa.

Sebab itu kan tujuan dirinya ini dicipta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience