56. Lingkup!

Horror & Thriller Completed 8300

"Bagaimana dengan perkembangan siasatan kamu Mizuki?"soal Federico di kerusi meja kerja lelaki itu. Cermin mata terpasang di wajah saat dia membelek dokumen urusan negara ditangan satu persatu.

Mizuki yang berdiri di depan meja dengan tangan di belakang badan pandang tanpa mengatakan apa-apa buat seketika.

           "Saya dengar kamu telah buatkan gadis bernama Sabrina Haydn di tahan oleh mahkmah kerana isu merasuah dan memalsukan rekod pencapaian dia..."

          "Ya tuan..cuma saya belum dapat cerita sebenar kenapa Danzo meninggal dunia."

           Federico menarik sengih meleretnya. "Memangnya apa hubungan gadis itu dengan kematian Danzo?"baru la dia letakkan kertas dan angkat mata memandang Mizuki di situ.

          "Sabrina adalah kekasih lama Danzo di situ. Yang mana merupakan orang yang bertanggungjawab membuli Danzo untuk menyiapkan semua tugasan dia...oleh kerana Danzo sayangkan Sabrina, dia pilih untuk terus bantu Sabrina dalam semua tugasan yang ada sepanjang belajar di akademi."jelas Mizuki.

          "Kep*r*t!"lafaz Federico. "Perempuan tu gunakan Danzo untuk dapatkan rekod yang cemerlang?"tangannya mengepal penumbuk.

          "Ya tuan..."

          "Lalu apa hukuman yang gadis itu terima sekarang?"

          "Menurut pengakuan yang diberikan dia ada rakan komplotnya juga. Tapi belum sempat sidang perbicangan yang seterusnya dijalankan Sabrina mengalami kemalangan hingga menyebabkan mati otak. Kereta yang dipandunya terbabas ke pembahagi jalan sebelum terbelah dua."cerita Mizuki lagi.

         Tidak semena Federico ketawa. Dia mengangguk kepala berpuas hati. "Itu yang selayaknya terjadi. Macam mana dia boleh kemalangan?"

          "Jalan raya bersalji kata pihak berkuasa."

         "Kamu yakin dia pernah berkata yang dia buatkan Danzo terbunuh?"

         "Ya..."Tempoh hari semasa dia datang ke rumah Sabrina, gadis itu sendiri yang mengakuinya.

          "Sesungguhnya karma itu ada..."

          "Tapi tuan saya ada satu masalah."

          Terhenti terus ketawa Federico sebaik dengar. Keningnya mencerlung sewaktu perhatikan Mizuki. "Apa masalahnya tu?"

          "Target seterusnya adalah bukan sebarangan orang yang saya patut cari pasal. Ayahnya mempunyai pengaruh besar dalam dunia ketenteraan. Saya khuatir sekiranya saya cuba dedahkan kejahatan dia, semuanya hanya akan di cover oleh ayah dia."beritahu Mizuki.

           Mata Federico gerak mengerling ke skrin. "Siapa nama ayahnya tu?"

           "Commander Royal Abraham..."

           "Jangan risau. Kamu uruskan sahaja anak dia. Soal ayahnya biar saya yang uruskan."

           Mizuki memberi anggukan faham setelah itu. Matanya terarah pada lantai di bawah kaki. "Baik tuan."

          "Mizuki..."panggil Federico selepas itu.

           "Ya saya."tersentak semula kepala Mizuki memandang ke depan.

          "Kamu masih ingat bukan perjanjian kita sebelum kamu ke sini?"renungan tajam penuh ketegasan terarah pada Mizuki.

         "Ingat tuan."angguk Mizuki tanpa mengedipkan mata saat bertentang mata dengan Federico.

         "Dan saya harap kamu ingat akan perjanjian dimana, kamu dibenarkan untuk mendapatkan Dante hanya untuk naikkan suhu badan kamu sahaja. Tidak lebih dari itu. Saya harap kamu jelas mengenai hal tersebut tanpa saya terangkannya."pesan Federico.

          Dengan susah payah Mizuki menelan air liur lantas tersenyum lebar. "Jangan risau tuan."

          "Saya dapat tahu bahawa keputusan pembelajaran Dante di kolejnya semakin meningkat. Prestasi dia dalam aktiviti sukan juga berkembang baik sejak kebelakangan ini. Jadi untuk memastikan prestasi Dante tidak merosot, saya minta tolong dari kamu... supaya jangan terlalu rapat dengan Dante hingga boleh menjejaskan prestasi anak saya. Dia masih muda. Banyak perkara yang perlu dicapai...bukan buang masa ke perkara yang tiada hala tujunya."tambah Federico lagi.

Sedia maklum mengenai hal itu Mizuki mengangguk kepala lagi tanpa membalasnya. Perasaan sempit yang menyesakkan muncul di dada saat itu. Dia tidak tahu hendak menggambarkan tapi perasaan aneh yang muncul itu buatkan dia terasa seperti mahu menangis?

           "Saya janji tuan."

           Federico kemudiannya capai helaian kertas di situ. "Selepas kamu selesaikan Joacquin Royal, saya akan beri arahan untuk bawa kamu pulang secepat mungkin ke Program Sierra selepas itu."

          Secepat tu?Mizuki menahan nafas terkejutnya. "Tak boleh ke kalau lambat sedikit?"minta dia dengan perlahan.

          "Kenapa?"kening Federico terangkat sebelah apabila lelaki itu memandang Mizuki. Kehairanan dengan permintaan itu.

          "Sebab Dante akan jalani peperiksaan dia tak lama lagi. Kalau boleh selepas dia tamat mengambil peperiksaan, saya akan balik semula ke pusat kajian tu..."cadang Mizuki dengan senyuman nipis di bibir. Dia takut kalau dia pergi dari situ dengan mengejut, mungkin Dante akan hilang tumpuan. Lagipun mereka berdua telah menjadi rapat lebih dari yang disangkakan oleh Federico.

           Untuk seketika Federico mendiamkan diri. Lelaki itu sedang mempertimbangkan apa yang Mizuki cadangkan itu. Dia jadi curiga. Dah kenapa kena tunggu Dante habis peperiksaan pula? "Memangnya kenapa kalau kamu pergi sebelum Dante mengambil peperiksaannya?"

           Mati kutu Mizuki waktu itu. Takkan la nak jawab yang Dante takkan suka kalau dia pergi begitu saja tanpa beritahu! "Sa-"

          "Mizuki. Saya beri amaran kepada kamu."pintas Federico serta merta. "Kamu perlu ingat. Kamu bukan manusia biasa. Kamu adalah hak milik kerajaan. Dan kamu tahu kamu tidak boleh bercinta mahupun hidup bersama dengan manusia seperti orang normal. Jangan sesekali kamu beri harapan pada Dante sedangkan kamu tahu kenyataan itu."

Hilang kata-kata dengan statement Federico, Mizuki tidak mengatakan apa-apa lagi. Dia hanya mampu mengetap gigi menahan rasa yang di berombak dalam dada waktu itu.

Sadisnya hidup ni!?

          "Baik tuan."angguknya buat kali terakhir dengan akur yang terpaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience