Gray jalan memasuki lorong lengang yang tidak sibuk dengan kadet sewaktu semua orang sedang sibuk menikmati makan tengah hari mereka di cafeteria dan kantin akademi. Bersama fail rekod yang terisi dengan maklumat penting dia dekati kawasan dimana bilik simpanan dokumen di situ.
Namun semasa lelaki lampai itu tiba di sebelah kanan koridor itu, dia di kejutkan dengan kemunculan seseorang di hadapan laluan itu. Serta merta Gray berhenti dari berjalan. Dia berdiri di situ memandang ke depan dengan renungan dingin.
"Apa kau buat dekat sini?"soal Gray semasa perhatikan gadis berwajah pucat yang tersenyum kepadanya waktu itu.
Mizuki jalan dengan langkah riangnya saat lambai akan Gray. "Hai senior..."
Dari awal Mizuki masuk lagi sebenarnya Gray telah syak sesuatu yang aneh.
Dan semua ini dibuktikan apabila kejadian dimana mereka semua ditembak sewaktu Jarrel hendak membuat perhitungan dengan mereka. Dan hal itu telah membuatkan Gray yakin bahawa gadis di depannya ini bukan sebarangan orang.
Mizuki telah dihantar masuk ke akademi ini bukan untuk belajar semata.
Lagi-lagi bila dia dapat tahu Mizuki cuba hendak siasat akan kematian Danzo, kawan baik dan juga bekas rakan sebiliknya itu. Walaupun dia tahu Mizuki tiada niat jahat, tapi dia masih syakwasangka dengan gadis misteri depannya ini.
Kenapa?
Pertama, dia cuba cari selidiki rekod personel Mizuki..tiada satupun maklumat yang dia boleh dapatkan. Ianya seakan halimunan. Rekod Mizuki telah di tandakan 'Ghost' dalam database ketenteraan.
Kedua, kelakuan Mizuki sangat aneh. Dari pemakaian sehinggalah penampilah Mizuki sendiri. Kulit pucat tidak seperti orang lain. Sentiasa mengenakan glove di tangan. Pakaian semuanya serba tertutup tidak mendedahkan kulit. Nak tambah lagi, Mizuki suka sangat senyum tak kira apa sekalipun yang berlaku. Buatkan Mizuki kelihatan sangat misteri.
Tidak lama kemudian....
Setelah Gray dapat tahu Mizuki cuba menjejak semula segala maklumat mengenai tentang Danzo dalam akademi ini yang mana sepatutnya telah dihapuskan semua itu sejak kematian Danzo. Gray cepat-cepat pelan untuk lakukan sesuatu mengenainya. Jadi dia tinggalkan satu klu untuk Mizuki yang mana tak pernah ada sesiapa tahu mengenainya.
Tiada siapa tahu mengenainya kecuali Gray dan Danzo sendiri.
Berharap Mizuki menemuinya suatu hari nanti.
Tawa kecil lepas dari Mizuki.
"Saya rasa awak dah tahu kenapa saya ke sini?"sengih Mizuki semasa jalan mendekat. Tangan yang berglove itu berada di belakang badan. "Bukan ke awak mahu saya temui awak?"
Seperti yang diduga, sangkaan Gray tepat mengenai Mizuki. Gadis bijak depannya ini bukan la sebarangan orang. Klu yang dia tinggalkan dalam kotak di bilik dorm lama Danzo telah pun di temui Mizuki.
"Macam mana kau tahu?"tanya Gray saat Mizuki berhenti dua langkah di hadapannya. Dia cuba baca muka Mizuki, tapi susah sangat nak ditafsir sebab Mizuki hanya senyum penuh rela kepadanya waktu itu.
"Obvioulsy...sejak saya masuk bilik dorm tu. Tak pelik ke kenapa tiada siapa yang meronda kawasan tu semasa saya cuba cari barang dalam bangunan tu. Kemudian barangan dalam kotak tu sepertinya hanya la barang terbiar yang diletakkan ke dalamnya untuk samaran. Lebih jelas lagi...tak mungkin la barang Danzo ada lagi dalam akademi ni lepas apa yang jadi pada dia..."jelas Mizuki dengan kepala terlentok sedikit ke kanan. "Yang saya tak faham..kenapa awak tinggalkan polaroid tu dalam kotak dan jurnal tu."
Gray pandang tatapan Mizuki sebelum bergerak ke tepi gadis itu. Kembali menyambung langkahnya untuk ke destinasi asalnya tadi. Dia nak terkejut pun..tak ada gunanya.
"Saya cuma nak fahamkan dekat sini...adakah semua orang dalam akademi ni bencikan Danzo?Kenapa semua orang nak diamkan diri atas kematian dia?Kenapa awak baru sekarang nak bersuara sedangkan awak sempat aje beritahu saya pada hari pertama kita berjumpa?Kalau betul awak kawan baik Danzo...awak adalah orang yang paling jelas dengan kematian dia?Kenapa kematian Danzo begitu misteri sampai saya cuba siasat ada yang hendak sakiti saya?"tanya Mizuki semasa jalan di samping Gray. Dia cuba pandang muka Gray, tapi lelaki itu hanya buat muka ais batu tiada perasaannya.
Setibanya di depan sebuah pintu, Gray masukkan passcode dalam pad keselamatan di dinding sebelah pintu itu. Dan pintu itupun mengeluarkan bunyi sewaktu terbuka.
"Sebab aku sendiri pun nak survive."keluh hati Gray dengan kesal. "Aku pun nak hidup la...ada sebabnya kenapa aku diamkan diri selama ni"deramnya kejengkelan.
"Dengan cara mendiamkan diri selepas kematian kawan sendiri?"soal Mizuki dengan sinis. "Well...that's a good start for me..."
Rahang Gray berketik mendengar sindiran itu. "Sebab itu la aku tinggalkan klu tu...aku nak beritahu kau sesuatu yang penting.."ujarnya semasa berjalan masuk ke bilik itu.
Tanpa ragu-ragu Mizuki ikut masuk ke bilik itu.
"Tentang apa?"dia pandang sekeliling bilik yang dipenuhi dengan rak dan fail. Terkebil sekejap sebab nak tahu dekat mana dia waktu itu.
Berdiri dia di depan rak, Gray letakkan fail-fail yang dibawanya tadi ke atas rak itu.
Share this novel