46. Tetamu Tidak Diduga.

Horror & Thriller Completed 8300

Memandangkan hari itu minggu outing, dapatlah dia keluar dari asrama untuk melawat ahli keluarganya yang duduk jauh dari kawasan akademi tempat dia belajar. Mujurlah pemandu ayah dia datang menjemput pada hari yang sama. Kalau tidak memang jenuh la perjalanan dia untuk ke rumah.

Pemanduan selama sejam lebih itu berhenti seketika di sebuah kedai bunga dan bakeri. Sengaja menyingah untuk belikan buah tangan buat ahli keluarga dan adik kecilnya di rumah nanti. Bukan selalu dia dapat peluang untuk menjenguk ahli keluarganya. Yalah..dengan jadual yang padat serta aktiviti yang tiada jarak untuk berehat, hanya beberapa kali dalam tiga bulan dia boleh balik ke rumah. Paling lama pun 6 bulan baru dapat jenguk ahli keluarganya.

           "Cik..kita dah sampai.."maklum Robert, pemandu kereta kepada Sabrina setelah kereta yang dipandu parkir di depan rumah banglo mewah tiga tingkat berkolam renang dan berlaman luas itu.

Tersentak dari lamunannya, Sabrina dengan riang membuka pintu kereta. lalu jambangan bunga kegemaran ibu dan kek adik kecilnya di angkut bersama. Dia jalan ke depan pintu sewaktu pengawal bertugas berjalan ke situ.

           "Mama..papa!Lilith!"ceria suara Sabrina berkumandang semasa berjalan masuk.

            "Selamat pulang Cik Sabrina...tuan puan dan adik cik ada di dalam ruang tamu.."sambut maid di depan tangga itu.

            "Oh ya?Tolong bawakan kek ni kemudian ya."pesan Sabrina menyerahkan kotak kek kepada maid itu.

           "Baik."sambut maid tersebut.

Lantas Sabrina berjalan ke arah kanan bersama jambangan bunga di tangannya. Langkah di atur teruja kerana tidak sabar hendak menemui ahli keluarganya. Jejak sahaja kakinya di lantai ruang tamu itu, senyuman Sabrina terus jatuh. Riak teruja dia berubah menjadi bungkam.

Seolah melihat sesuatu yang menakutkan, mata Sabrina menggigil hebat taktala melihat gadis mengikat rambut tinggi ke belakang dan mengenakan dress paras lutut tanpa lengan sedang bergelak tawa dengan keluarganya.

Terlalu shock dengan apa yang di lihat, Sabrina kejung tidak berganjak dari pintu tempat berdirinya sehinggalah Mama Sabrina menyedari kehadirannya di situ.

             "Ohh...kamu dah sampai!"senyum Mama Sabrina dengan girang. "Selamat pulang Sabrina.."

Sapaan tersebut menyebabkan semua kepala yang ada di dalam ruang itu menoleh pada masa yang sama. Termasuklah gadis yang duduk di sofa satu seat menghadap pintu masuk itu.

Dan bila mereka berdua saling bertentang mata nafas Sabrina tertahan tanpa sedarnya.

            "Hai Sabrina....."sapa Mizuki di situ dengan senyuman lebar penuh maksudnya

             "Hahah...Kakak Sabrina!" kanak-kanak berusia 9 tahun itu bangun dan berlari mendapatkan Sabrina dengan gembira. "Tengok...Kakak Aesira belikan Lilith anak patung baru!"

Masih kaku di situ Sabrina pandang ke arah Mizuki sewaktu dirinya di dakap oleh mamanya dan di terpa oleh adik perempuan kecil dia pada masa yang sama.

            
           "Kamu tak beritahu kami pun kamu mahu bawa kawan kamu sekali...kalau kami tahu..ayah arahkan maid sediakan hidangkan awal-awal...."ujar Papa Sabrina di situ.

           "Tak apalah...janji kamu pulang dengan selamat. Mama dengar banyak laporan dari pensyarah kamu di akademi. taniah sayang kamu dapat anugerah pelajar cemerlang sekali lagi..."Mama Sabrina mengucup pipi Sabrina dengan riang.

            ."Ya..."angguk Sabrina yang tidak mengalihkan pandangan mata berkaca seakan mahu menangisnya. Dia tidak tahu yang gadis yang dia cuba hapuskan akan berani jejak kaki ke rumahnya!

Kenapa Mizuki Aesira boleh ada di sini?

             Masih tenang di situ, Mizuki lambai tangan dengan lima jari ke Sabrina. "Hmph...nak main kasar sangat kan?Aku datang sendiri depan mata kau!Sekarang kau nak buat apa?"bisik hatinya semasa senyum ke arah Sabrina. Perempuan depannya ini mahukan sangat dia kan!Akan dia berikannya kepada Sabrina.

             "Bunga ini untuk mama ke?"

             Barulah Sabrina mengalihkan pandangannya.   Dia tarik senyuman terpaksa kerana tidak mahu mama dia sedar. "Iya...untuk mama...Sab pun ada belikan kek untuk Lilith sekali..."

            "Yeah!"sorak Lilith kegembiraan.

Sabrina gerak mendapatkan papa dia lalu memeluk tubuh orang tuanya itu dan duduk di samping lelaki itu dengan senyuman kekok yang amat sangat. Seluruh badannya jadi keras kerana tidak selesa dengan kehadiran Mizuki yang dia kenali sebagai seseorang yang sedang menyiasat kematian Danzo dan bakal musnahkan karier dan masa depannya nanti!

           "Macam mana perjalanan kau tadi?Okay?Kalau aku tahu kau sibuk, aku offer kau naik sekali dengan aku tadi.."borak Mizuki dengan lakonan superb gadis itu. Kalau tak ada siapa tahu...semua orang akan fikir Mizuki gadis biasa yang berkawan rapat dengan Sabrina.

            Sambil mengetap gigi menahan diri, Sabrina tarik senyum terpaksa dia lalu mengangguk kepala. "Okay je. Thanks sebab sudi datang walaupun kau sendiri sibuk."

            "Heheh...sama-sama. Untuk kawan baik kesayangan aku...mesti la aku lapang aje..kan Tuan Mejar.."balas Mizuki dengan mesra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience