60. Dark Revenge

Horror & Thriller Completed 8300

Gempar satu akademi!

Semua kadet bangun-bangun aje di kejutkan dengan kehadiran ibubapa mereka sendiri, warden, pegawai tinggi, pelatih bertugas, polis ketenteraan, pegawai pemeriksaan, penguatkuasa dan wartawan.

Langsung tidak sempat hendak mengenakan pakaian, atau soberkan diri dari mamai, atau menelan air liur paling teruk tak sempat nak tengok langit pagi, masing-masing diheret keluar seperti penjenayah. Sama ada di gari, di apit, di iring secara paksa mahupun di seret sehingga ke depan pintu keluar akademi.

Kadet yang tidak terlibat hanya mampu menyaksikan kejadian tersebut dengan muka kebingungan-bingungan.

Masakan tidak, tidak sampai seminggu sahaja sejak kematian Sabrina, banyak perkara terjadi.

Tidak satu-satu hal terjadi hingga menyebabkan kesemua di situ menjadi was-was sama ada hendak meneruskan pengajian mereka di situ lagi atau tidak!

Dan kali ini...

Pelajar senior tahun akhir yang selama ini mendiamkan diri dan menutupi mata telinga mereka dikejutkan dengan kejadian ini.....

Semua kadet yang masih berlegar di kawasan lobi dan tingkat satu itu bertenggek sekeliling tembok batu menonton situasi dimana suara orang menjerit meminta tolong, melaung 'aku tak bersalah', 'semua ni perangkap', 'aku difitnah', 'tolong lepaskan aku!' dan banyak lagi.

Seorang demi seorang telah diheret keluar dari situ.

      "Ada apa tu?"

      "Tak tahu..."

      "Aku dengar dia orang semua kena tangkap?"

      "Serius?"

Borak kadet junior semasa mereka sibuk menjengah kepala dan tunduk memandang ke tingkat bawah memerhatikan beberapa orang pegawai dan polis tentera mengheret kadet senior keluar dari situ.

       "Kau orang tak tengok Fb?Atau twitter?Paling tidak berita pagi tadi?"

       "Ada apa wei?Aku tak sempat la nak check. Kerja aku sejak ke sini tidur.."

       "Hahaha...wei semuanya ada dekat siaran sekarang..."

      "Pasal apa tu?"

Di saat kadet-kadet di situ berborak sakan seperti gossip tentang Cardi B keluarkan track terbaru atau Taylor Swift buat lagu untuk diss artist lain...berdirinya seseorang dengan ipad di tangan kiri, sebelah lagi tangan sedang memegang jerky beef kegemarannya.

        "Aku dengar kes korupsi dalam akademi ni terdedah. Segala urusan, bukti, video serta kertas yang terlibat dalam aktiviti terlarang pelajar dalam akademi ni telah ketahuan.."

         "Serius?Dalam akademi ada hal macam tu?"

        "Pelatih yang terima rasuah dari pelajar untuk naikkan gred pun kena tunjuk mukanya dalam artikel dekat FB tu."

        "50 orang pelajar senior yang selalu dapat rank top jugak terdedah...selama ni dia orang bayar pelatih dan penyedia kertas peperiksaan untuk dapat soalan bocor dan jawapan..."

        "Mana kau tengok?Aku nak tengok jugak..."

        "Ada dekat mana-mana wei...video dan artikel tu macam wabak tau tak...tak sampai tiga jam ia di post...terus tersebar macam cendawan tumbuh lepas hujan..."

        "Disebabkan dekan akademi tak dapat nak tanggung malu dan desakan pihak atasan nak tak nak dia kena jugak buat tindakan....sebab itu ada 'pembersihan' besar-besaran awal pagi macam ni"

Mizuki yang dengar perbualan itu tunduk memandang skrin ipad dengan sengih meleret puas hatinya. Ibu jarinya gerak slide skrin. Menunjukkan video dimana dua orang kadet senior sedang berurusan dengan pelatih memberi cek dan wang! Termasuk la kes Sabrina sekali walaupun perempuan itu telah mati.

Selama berhari-hari Mizuki kumpul maklumat hasil dari ugutan dan desakan dia kepada ahli Convenant iaitu Jarrel, Jessica dan Tyler, modes operandi besar-besaran dia berjaya di laksanakan dalam satu malam sahaja.

Jerky beef digigit sewaktu dia tunduk memandang ke kanan koridor itu kerana perasan seperti ada yang sedang memerhatikan dia dari jauh. Dan...dan...pandang saja ke satu arah dia bertentang mata dengan jejaka kacak di situ.

Senang melihat target terakhirnya di situ, Mizuki lambai tangan dengan ceria saat tersenyum kepada Joacquin.

Dan dari situ juga dapat dilihat wajah keruh, Joacquin pandang Mizuki seakan dia mahu membunuh Mizuki dengan Renungannya itu.

Tidak gentar dengan renungan itu, Mizuki malahan jalan dekati lelaki itu. Sambil berjalan sambil itu dia pandang Joacquin dengan sengih meleret menampakkan barisan gigi.

         "Hai...selamat pagi senior... sarapan?"suanya akan jerky beef yang sudah separuh dia gigit.

        Joacquin di situ pandang Mizuki sewaktu gadis itu berdiri rapat di tepinya. Dalam diam dia mengetap gigi dan menggengam jari jemari dengan erat. "Apa yang kau tengah lakukan sekarang ni?"

        "Apa?"soal Mizuki sebelum dia ratah jerky beef itu dengan rentapan yang kuat. Dikunyah-kunyah makanan itu berselera.

         "Kau yang dedahkan semua tu??"soal Joacquin berasa tergamam dengan apa yang baru berlaku. Mana dia tak terkejut, bangun-bangun aje dorm mereka di pecah masuk dengan paksa oleh polis tentera. Kadet-kadet yang terlibat diheret seperti karung guni kentang!

Tidak menjawab soalan itu, Mizuki terus mengunyah sambil memandang wajah berang Joacquin.

         "Saya dengar Commander Royal bukan commander lagi sebaliknya Mejar Royal?Betul ke khabar angin tu?"tanya Mizuki dengan riak innocent tak tahu apa-apa.

        Tergamam Joacquin. Air muka lelaki itu terus  berderau merah padma dengan pertanyaan Mizuki. "Dari mana kau dengar?"selain dia tiada siapa yang tahu mengenai hal ini. Ayah dia sendiri kata tiada siapa tahu mengenai penuruna jawatan itu.

        "Betul la ni?"soal Mizuki dengan muka ala-ala terkejut sedangkan dia memang dah tahu dari awal. Tuan Federico yang uruskan hal itu. "Macam mana ni, mesti lepas ni senior susah nak buat jahat kan?Sebab tak ada siapa boleh cover..."

Dada Joacquin mula naik turun hendak hilang sabar. Lelaki itu mula sedar apa yang sedang terjadi ketika itu. Dia buka mulut hendak bersuara, Namun Mizuki terlebih dahulu memintas dia!

         "Senior tahu...saya masih tunggu cerita sebenar dari senior...kalau tak pun...senior boleh je merayu...melutut pada saya...sementara saya bagi peluang...yalah...senior kena tahu. Saya ni pendendam tau orangnya. Selagi saya tak dapat apa yang saya nak...saya takkan berhenti susahkan hidup orang tu. "beritahu Mizuki dengan riak wajah ceria bersahajanya.

          "Hei perempuan!Kau ta-"

         "Mizuki...Mi.Zu.Ki.itu nama saya."Mizuki potong sekali lagi kata-kata Joacquin.

         "Kau tak tahu dengan siapa kau tengah cari masalah!"Jaocquin merapat ke depan Mizuki. Melangit di depan gadis itu dengan aura penuh dominan!

Kepala Mizuki secara refleks ikut mendongak ke atas untuk bertentang mata dengan Joacquin sewaktu lelaki itu berderam marah kepadanya.

        "Dan senior tak tahu dengan siapa senior tengah bercakap sekarang....ini baru sikit je tau..jangan sampai saya buat paling ekstrem..dan bila waktu tu tiba. Saya risau...senior dah tak ada peluang untuk baiki keadaan....you know...pinggan yang retak tak boleh ditampal dengan pita...kaca pecah tak boleh dicantumkan semula...so?"kolar baju uniform lelaki itu dibetulkannya selepas perasan ada kedut di situ.

Tidak terkata Joacquin waktu itu. Dia terasa macam nak tolak aje Mizuki dari tingkat itu ke bawah!Biar mati terus!

        "Kau ingat aku nak takut dengan ugutan kecil tu?"bisik Joacquin di depan muka Mizuki.

          Masih tersenyum cantik, Mizuki betulkan tali leher Joacquin pula. "Bukan ugut. Tapi peringatan. Itu je. Cepat tau.. jangan lama-lama. It's not nice making lady waiting you know...."terus dia tepuk dada itu dengan manja sebelum bergerak pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience