Baki perjalanan itu Dante diam tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya mengikut langkah Mizuki semasa mereka berdua mula mendaki tangga sehingga tiba di tingkat dua. Mujur waktu itu tidak ramai staf yang berlegar-legar di sekitar tempat itu. Jadi dengan mudah mereka berdua selinap masuk ke situ tanpa di curigai.
Menggunakan maklumat yang diberikan dalam catatan kertas not pad tadi, Mizuki dan Dante mula mencari bilik bernombor 801A. Kanan kiri kepala mereka berpaling. Membaca setiap digit yang diconteng pada permukaan pintu-pintu di situ.
"Mizuki..sini!"desis Dante dengan kuat semasa gadis itu berdiri tiga pintu jaraknya dari keberadaan Dante.
Kepala Mizuki berpaling laju ke belakang. Berhenti di depan sebuah pintu di situ. "Kenapa?"
"Ini biliknya."beritahu Dante dari jauh.
Cepat-cepat Mizuki berjalan laku ke Dante. teruja kerana telah menemui bilik itu. "Awak memang bawa tuah la Dante. Ni yang saya makin suka pada awak ni.."ketawa dia saat buka selak pintu itu dan di tolak daun pintu itu ke dalam.
Dante yang dengar buat-buat cool. Tidak memberi sebarang komen mengenai hal itu. Dia ikut Mizuki di belakang setelah gadis itu masuk terlebih dahulu. Masuk sahaja ke situ, Dante raba dinding di sekitar pintu itu mencari suis.
FLIK!
Bercahaya terang bilik kecil itu apabila lampu gantung di atas siling bilik itu menyala.
Dan perkara pertama yang Mizuki Nampak adalah beberapa buah kotak terletak kemas di atas sebuah katil kosong yang tidak berlapik.
"Ini bilik tidur lama Danzo ke?"tanya Mizuki menyedari dimana mereka berada ketika itu. Wow!Boleh tahan besar!
Dante muncul di sisi Mizuki tidak lama kemudian. "Maybe..."
Dua orang itu dekati kotak-kotak coklat di situ lalu tunduk membuka penutupnya. Mizuki terlebih dahulu menyelongkar isi kotak pertama yang terisi dengan buku teks dan buku-buku.
Sementara Dante menyelongkar kotak kedua yang terisi dengan barang-barang lain.
"Abang awak memang jenis yang simple atau barang dia dah dibuang oleh mereka di sini?Sikit betul?"Mizuki duduk di katil itu apabila dia mula membelek beberapa buku yang mencurigakan.
Waktu itu Danzo sedang membelek sebuah bingkai gambar. Dia ingatkan ada gambar family, rupa-rupanya gambar outing camping Danzo. Semua muka di situ dia pandang dengan kening berkerut tidak kenal.
"Aku tak tahu Mizuki. Abang aku jarang berhubung dengan aku sejak dia masuk ke dalam akademi ni."jawabnya dengan jujur.
Tiba-tiba waktu itu Mizuki terjatuhkan sesuatu dari buku yang dipegang. Ianya adalah sekeping gambar polaroid. Datang dari jurnal berkulit hitam berkenaan. Dia pun tunduk mengutip kepingan itu sebelum menebalikkan polaroid itu.
"Aku tak rasa kita boleh dapat apa-apa maklumat dari barang yang ditinggalkan ni...semuanya tak ada guna." keluh Dante semasa selongkar itu dan ini dalam kotak satu lagi. "Kenapa kita tak bunuh aje mamat tu kemudian settle kan semua ni?"soalnya dengan grumpy.
Waktu Mizuki memandang imej pada polaroid itu, dia diam tidak terkata setelah mengenali wajah yang ada dalam gambar itu. Di polaroid tersebut mengandungi imej dimana Danzo dengan senyuman lebar memegang botol bir merangkul bahu seorang lelaki yang turut sama tersenyum.
"Boleh ..tapi macam mana kalau orang yang kita suspek ni tak bersalah?Kan satu masalah pulak..."
"Bersalah ke tak...mamat ni memang tak guna pun..."
"Saya rasa saya tahu kita nak mula dari mana..."Mizuki mengangkat kepala memandang Dante. Matanya bersinar penuh semangat.
Kepala Dante pun berpaling ke arah Mizuki. Lelaki itu berdiri tegak semula. Keningnya berkerut-kerut. "Kenapa?"
Mizuki tunjuk polaroid itu ke Dante dengan sengih meleretnya.
"Tadaaa!"
Mula-mula matanya dikecilkan saat sondong memandang gambar tu. Sekali tu, tercengang Dante bila dia kenal wajah di sebelah Danzo itu. Keningnya terangkat tinggi. Orang disamping Danzo itu adalah salah seorang daripada mereka yang dia telah tembak tempoh hari. "Serioulsy?"soalnya dengan nada tak percaya.
Mizuki ketawa senang. Kakinya berhayun depan belakang kegembiraan.
"Nampaknya ada orang tertinggal satu jejak dekat sini la.."seloroh Mizuki semasa memandang semula gambar itu dia baca tulisan yang tertera pada bawah polaroid itu.
Well...well ...
Share this novel