Menunggu jawapan dari Gray, Mizuki sandar di tepi rak di situ menghadap lelaki itu. Dia perhatikan riak wajah tenang dan dingin Gray dalam-dalam.
"Alasan kenapa aku baru nak mengaku adalah kerana aku meragui diri kau. Aku tak percaya yang kau ke sini demi Danzo. Sebab itu aku diamkan diri. Dan for sure...kau nampak macam orang yang tak boleh dipercayai..."
Eh..eh...suka hati je judging orang. Mizuki buat muka. "Kemudian apa yang buatkan awak percaya pada saya kali ni?"
Gray melirik ke arah Mizuki. "Sebab aku tahu kau bukan seperti mereka yang ada dalam akademi.."
Mizuki berdengus kecil. Dia berasa tak percaya. Orang yang tak boleh dipercayai adalah semua orang dalam akademi ni!Bukannya dia!
"Kalau macam tu beritahu saya dari awal hingga akhir. Bagi saya faham supaya saya tak silap menyakiti orang lain dalam proses siasatan saya ni."
Untuk beberapa ketika Gray diam tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya termenung memandang wajah ternanti-nanti Mizuki. "Aku memang sebilik dengan Danzo. Tapi aku tak tahu menahu tentang kematian dia. Aku berani sumpah Mizuki. Aku anggap Danzo macam abang aku sendiri. Kalau bukan disebabkan Danzo dibutakan dengan pujukan mereka...dia masih hidup sampai hari ni."
So sebab itu Gray dan Danzo ada jurnal yang sama jenis brand. Mereka berdua adalah kawan baik sejak awal lagi. "Kemudian??"
"Kalau kau tanya kenapa ada orang nak sakiti kau...aku ada satu jawapan. Dan jawapan itu adalah Sabrina. Dia yang berniat nak sakiti kau...dia tahu kau cuba siasat kematian Danzo. untuk elakkan kau tahu hal sebenar...dia cuba hapuskan kau...aku dengar perbualan dia dengan tiga orang budak lelaki tu."
Kejadian di kolam renang itu buatkan Mizuki menahan nafas dalam diam. Tiga orang kadet lelaki yang bertekak dengan Gray tempoh hari "Gray, awak-"
Gray buat tidak tahu dengan reaksi Mizuki yang sedar sesuatu. "Apa aku tahu, Jarrel, Jessica dan Tyler telah di bayar oleh Sabrina untuk tutup semua kesalahan dia dalam akademi ni. Sebab itu dia orang tak izinkan sesiapa buka mulut tentang kematian Danzo. Aku pun kena sekali. Kalau aku cuba buka mulut dengan menceritakan tentang Danzo...nasih aku akan berakhir sama macam Danzo."beritahunya sambil tu.
"Sabrina?"Mizuki buat muka. Kenapa asyik nama perempuan ni aje?Siapa dia ni?
"Ya...Sabrina Haydn. Dia adalah bekas teman wanita kepada Danzo Luth kalau kau nak tahu." Gray jalan dekati Mizuki dan berdiri melangit di depan gadis itu.
Mata Mizuki ikut mengekori pergerakkan Gray sehingga lelaki itu berdiri didepannya. Dia tidak berganjak sedikit pun kerana tidak risau jika Gray ada niat hendak sakitinya.
"Semuanya bermula pada tahun 2022. Pada hari pertama perlantikan, semua kadet berkumpul. Aku berjumpa dengan Danzo pada hari yang sama. Kami ditetapkan menjadi rakan sebilik. Selama enam bulan belajar di sini, kita orang masing-masing mula berebut hendak naikkan nama masing-masing. Tak kiralah cara tu salah atau terlarang. Kalau nama naik semua jadi senang. Itu yang terjadi dekat sini. Aku telah di pilih jadi ahli kumpulan kadet popular yang terdiri daripada Sabrina, Jarrel, Tyler, Jessica dan Joacquin. Tak lama kemudian, nama Danzo naik di kalangan pensyarah. Ramai pensyarah sukakan Danzo sebab dia budak perfect ten. Sejak tu aku dengar macam-macam cerita dari Danzo. Dia beritahu yang Joacquin lantik Danzo jadi ketua plantun dengan syarat kalau Danzo tolong Joacquin naikkan gred dalam rekod pencapaian. Mulanya aku kata jangan. Tapi Danzo salahkan aku..dia cakap aku cemburukan dia. Nak tak nak aku terpaksa biarkan aje Danzo jadi kuli Joacquin."
"Kenapa Joacquin ada kuasa besar dekat sini pada tahun tu?"
"Mana taknya....kan masa tahun tu ayah Joacquin adalah Menteri Ketenteraan dan Keselamatan.... besar la kepala dia. Memandangkan kau datang ke sini untuk siasat tentang kematian Danzo...aku nak kau buat perhitungan bagi pihak aku sekali...."perbualan Sabrina bersama Joacquin tempoh hari mula bermain semula dalam kepala Gray. Dia dalam diam mengepal penumbuk.
Hujung bibir Mizuki terjungkit senang. Suka sebab dia dapat dengar semua cerita ni. "Interesting story.."
"Kalau kau nak tahu, dalam akademi ni semua orang nak lulus dan dapatkan pangkat dengan cara mudah. Sama ada kau bayar dengan duit...atau bayar dengan nyawa. Itu yang akan jadi cagaran kejayaan kau..."bisik Gray.
"Saya boleh nampak tu..."angguk Mizuki setuju dengan hal itu.
"Tak lama lepas tu....Danzo makin lama makin sibuk dengan Sabrina dan Joacquin. Dari situ semuanya berubah. Bila Sabrina dan Joacquin jadi pelajar popular dan pelajar pandai, akademi banyak berikan tugasan luar dan kerja lapangan pada mereka. Kumpulan popular yang terbentuk pun pecah. Maka tinggallah aku dengan tiga orang yang kau temui dekat pejabat hari tu.Jarrel, Jessica...Tyler."
"Ohh...end up. Awak berdua buat kerja jahat dalam akademi ni."sengih Mizuki bila teringat akan rekod yang Dante pernah hack hari tu. Serius memang banyak kerja kotor yang dilakukan oleh Jarrel, Tyler, Jessica. Tapi tak ada satupun rekod mengenai Gray. "Tapi kan...kenapa nama awak tak ada dalam senarai urusniaga mereka?"
"Sebab aku tukang rekod aje. Bab kerja kotor tu serah pada mereka bertiga la."cebik Gray dengan menyampah.
Mizuki mengangguk kepala.
"Long story short...pada hujung tahun 2022 tu berita tentang kematian Danzo atas alasan bunuh diri pun tersebar. Ada pengawal keselamatan tu kata Danzo di temui sudah meninggal dunia dekat tingkat bawah bangunan Utama. Disebabkan tu dia orang syak Danzo terjun bangunan pada waktu tengah malam..disebabkan tu....mereka klasifikasikan kematian tu sebagai bunuh diri."
Mizuki memegang dagu sendiri. Bunuh diri?Terjun? Sebab itu Federico bertegas hendak siasat kes ni?
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
Share this novel