47. Roast.

Horror & Thriller Completed 8300

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Sabrina semasa perhatikan Mizuki jalan kanan dan kiri memerhati sekeliling laman rumah berpokok renek di situ.

Hairan. Itu yang difikirkan oleh Sabrina. Sudah seminggu berlalu sejak kejadian Hanz, Cole dan rakan mereka hilang tidak berkhabar setelah dia beri arahan kepada mereka untuk sakiti Mizuki. Namun begitu tiada respon dari mana-mana mereka bertiga.

Menurut akademi, mereka bertiga telah drop out dari situ macam tu aje tanpa sebab.

Disebabkan semuanya berlaku secara mengejut dan tiba-tiba dia tidak dapat melakukan apa-apa mengenai Mizuki melainkan diam dan tunggu.

Dengan tangan tidak berglove Mizuki jalan di situ bersama senyuman senang pada bibirnya. Matanya tertarik dengan tumbuhan di situ.

            "Saya dengar awak mencari saya?" soal Mizuki setelah berhenti menghadap Sabrina di situ. "Well I'm here now...what you waiting for?"tangannya kemudian di depakan kanan dan kiri seperti orang menyerah diri.

Berkerut kening Sabrina saat melihat.

Dah gila ke perempuan ni?

            "Kau merepek apa?Memangnya kita berdua saling kenal antara satu sama lain ke?"

            "Saya tak kenal awak...tapi awak tahu siapa saya..."Mizuki menurunkan tangan hanya untuk di letakkan ke belakang badan. Renungan ceria diberikan ke tatapan mencerun Sabrina.

Untuk seketika Sabrina diam di situ menilik Mizuki kerana ingin tahu. Dia cuba pastikan sama ada gadis depannya berbahaya ataupun tidak.

            "Awak tahu...saya dengar banyak cerita tentang kejayaan awak dan rekod cemerlang dalam akademi....boleh saya tahu apa tips untuk jadi seperti awak?"soal Mizuki lagi.

            Sabrina tidak menghiraukan soalan itu. Dia malah mengangkat tangan menghalau akan Mizuki. "Keluar sekarang!Jangan kau berani-berani jejak kaki ke rumah aku lagi!"

Tawa kecil yang jahat kedengaran perlahan dari Mizuki. Gadis itu dongak memandang langit petang di atasnya. Matahari memang sudahpun tenggelam. Hanya rona merah ke orenan sahaja kelihatan mewarnai langit waktu itu.

            "Hahaha....kenapa?Awak takut dengan saya ke?"dengan sinis dia bertanya. Mizuki pandang Sabrina dengan menakutkan.

           "Kau-"kelu Sabrina tak tahu nak kata apa. Dia menelan air liur susah payah.

           "Jangan risau...saya takkan apa-apakan awak. Buat masa ni..at least..."Mizuki pandang semula ke dalam rumah. "Atau keluarga awak di dalam tu...."

Sabrina menyeringai marah apabila mendengar ugutan halus Mizuki. Dia dah siap hendak gerak mahu menerkam gadis itu. Tetapi perkataan seterusnya yang ditutur Mizuki mematikan niat dia serta merta.

            "Saya beri awak peluang untuk ceritakan hal sebenar...dan semuanya akan baik-baik saja. Tapi kalau awak pilih untuk terus cuba hapuskan saya dari mencari kebenaran untuk Danzo Luth...saya tak jamin apa-apa..."angguk Mizuki dengan senyuman menampakkan barisan gigi."Maybe one day....awak akan nampak Lilith..adik kesayangan awak di dalam tu dalam keranda sebelum awak..."

            "Hei perempuan!Kau jangan-"

            "Ah-ah....jaga-jaga. Saya tahu awak tinggal dimana...dan juga rahsia sebenar awak. Awak cabar...saya akan dedahkan hal sebenar kepada ibu dan ayah awak di dalam tu."potong Mizuki dengan bersahaja seakan kata-kata Sabrina di situ tidak penting sama sekali.

         Naik turun kencang dada Sabrina. Dia kepal penumbuk erat -erat kerana menahan diri dari bunuh Mizuki depannya sekarang juga. "Kau tak tahu dengan siapa kau cari pasal Mizuki!Kau fikir aku nak takut! Sebelum kau musnahkan hidup aku...aku bunuh kau dulu. Macam mana aku bunuh Danzo!"deramnya kerana begitu bengang apabila keluarga dia jadi objek di situ.

Dengan dramatik Mizuki pegang dada dan membuat muka seakan terperanjat.

         "Uwu...takutnya kita dengar....jangan..jangan bunuh saya...."dan tidak semena dia ketawa. "Hahaha... seriously? Awak sure? Let's we remind back to three guys who trying to hurt me?Are they succeed?" soalnya dengan sisa ketawa.

Terangkat naik kening Sabrina. Dia begitu terpempan kerana sedar yang pelan dia memang telah dilaksanakan tapi tidak berjaya!?

           Mizuki nampak reaksi tu. Dia pun apalagi semakin menjadi-jadi la ketawanya. "Hahaha....yup. Obviously. They're failed Sabrina. " angguknya sambil buat jari bawah dagu dengan bangga. "Awak patut upah seseorang yang lebih bagus dari mereka. So...apa awak kata? Nak cuba bunuh saya?Think about it again okay?"

Penuh kengerian Sabrina diam di situ memandang Mizuki. Langsung dia tidak sangkakan yang dia bakal bertemu dengan seseorang yang lebih gila dari Joacquin sendiri.

            "Siapa kau?Siapa hantar kau ke sini? Apa hubungan kau dengan Danzo Luth sampai kau lakukan semua ni!?"

             "Saya akan jawab soalan awak tu kalau awak jawab soalan saya ni...."

             "Soalan apa!?Jangan kau sesuka hati nak buat deal dengan aku perempuan si**. Aku jerit semua pengawal akan datang .."

Mizuki mengjungkit bahu. Macam la dia kisah!

             "Kenapa Danzo mati? Macam mana Danzo mati?Dan siapa yang jadi punca kematian sebenar dia....kalau awak jawab...saya beritahu awak siapa saya sebenarnya."

              Sabrina diam di situ memandang Mizuki kerana tidak tahu hendak katakan apa lagi. Amaran Joaquin berlegar-legar dalam kepala waktu itu. Dia berharap yang dia hilang ingatan waktu itu juga supaya tidak memberitahu hal sebenar kepada Mizuki. "Get the f*ck out from here now!"ketapnya kegeraman semasa menjegil mata ke Mizuki.

             "Sabrina..."panggil Mizuki dengan renungan dinginnya. "Saya beri awak peluang..."

             "Keluar!"arah Sabrina lagi enggan mendengar Mizuki.

             Lantas Mizuki pun mengangguk kepala. Dia menarik senyuman nipis. "As you wish. And also...I wish you luck....enjoy sementara boleh...sebab lepas ni saya akan tunjukkan awak apa itu neraka..."katanya semasa jalan melewati Sabrina.

Tidak bergerak dari tempat dia berdiri di situ, Sabrina hanya beri side eye ke Mizuki. Dalam diam tangannya mengepal jari jemarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience