61. Busy!

Horror & Thriller Completed 8300

Sambil menanggalkan neck tie dari lehernya, Dante berjalan merentasi koridor sebelum tiba di depan pintu bilik Mizuki. Bila di buka pintu ke dalam, Dante di sapa kesunyian. Kelibat orang yang dicari tidak kelihatan.

Tidak berlengah, Dante pusing dari situ. Dia jalan ke arah kiri koridor pula sehingga tiba di depan anak tangga dan bertembung dengan seorang butler lelaki.

         "Di mana Mizuki?"tanya Dante kepada butler itu.

Terkejut butler tu. Dia yang membawa lipatan kain lapik katil itu terkebil-kebil memandang Dante.

         "Kau dengar tak?Mana Mizuki?"soal Dante sekali lagi kejengkelan.

         "Cik Mizuki ada dekat bilik bacaan." jawab butler itu dengan hairan memandang tuan mudanya yang kelihatan seperti mahu mengamuk.

Tanpa mengatakan apa-apa Dante turuni anak tangga sehingga tiba di tingkat dua. Lalu membelok ke kanan sebelum menyusuri koridor yang menghala ke arah utara agam itu. Beberapa minit berjalan akhirnya dia tiba di depan pintu gerbang bilik bacaan tersebut.

          Kolar baju kemejanya di rentap kasar butangnya sehingga buatkan baju itu terbuka. "Mizuki!?"panggil Dante sambil liar melihat sekeliling ruang bilik bacaan itu.

          "Sini!"sahut suara itu yang kedengaran sayup dari belakang dua rak buku di situ.

Kaki panjang Dante melangkah lekas merentasi laluan kecil di situ dan dua buah rak sebelum berdiri di sebuah sofa menghadap lampu stand di tepi. Dimana Mizuki sedang duduk.

         "What the hell you thinking you trying to do!?"maki Dante dengan berang.

           Tersentak kepala Mizuki sewaktu gadis itu sedang tunduk menaip sesuatu di dalam laptop. Dia pandang Danta bersama kening terangkat tinggi. "Ada apa?"

           "Ada apa kau tanya?Aku dapat tahu dari skrin laptop aku yang kau hack system dan masukkan semua artikel ke dalam laman Utama media social?Kau dah hilang akal ke!Kenapa tak bincang dengan aku dulu?"bentak Dante selantangnya.

             Tidak terkesan dengan bentakan itu, Mizuki kembali memandang skrin laptop itu. Dia tekan 'ENTER' sebelum gadjet itu di tutup lantas di letakkan ke tepi. "Kenapa awak naik angin?"

            Dante dekati sofa itu. Dia cengkam lengan Mizuki dan dipaksa gadis itu supaya berdiri di depannya. Buatkan wajah gadis itu bertemu hidung dengannya. "Bukan ini pelan asal kita Mizuki. Bukan ke pelan kita untuk cari siapa yang menjadi punca kematian Danzo?Dah kenapa jadi lain pulak!?Kau heret hampir ke semua pelajar akademi kau masuk penjara. Di buang akademi dan di bicara dalam mahkamah!?"

             Tidak berkedip mahupun terkejut dengan suara lantang Dante, Mizuki malahan tersenyum saat merenung mata itu. "Apa salahnya?Dah memang mereka patut kena hukum pun."

Dengusan lepas dari Dante. Dia pandang sinis akan tatapan Mizuki waktu itu.

            "Banyak salahnya! Kau gunakan IP address aku untuk lakukan semua kerja bahaya tu!Kalau bukan aku tak intercept dan tutup semua tu...kita akan terdedah!Kau boleh dalam bahaya!Aku boleh dalam bahaya!"marah Dante lagi.

             "Relaks Dante...ini cara yang cepat untuk selesaikan kes Danzo. Nak paksa tikus keluar dari lubang persembunyian dia...kita kena masukkkan ular dalam sarang dia dulu..."jelas Mizuki. "Lagipun..makin cepat saya selesaikan kes Danzo, ,makin cepat la saya dapat keluar dari sini."

Mengerenyet mata kiri Dante bila dengar. Dia yang sedang jengkel semakin jengkel.

             "Kau merepek apa?"

             Terus Mizuki tersenyum lebar. Membuat muka goofy dia kepada Dante yang sedang berang. "Awak dengar saya. Makin cepat saya selesaikan kes Danzo, semakin cepat saya keluar dari rumah ni"

            "Dah kenapa kau tiba-tiba cakap macam ni?Aku tak mintak pun kau keluar cepat-cepat dari sini"marah Dante sambil menggoncang lengan Mizuki.

Terkedip mata Mizuki saat itu. Dia tatap renungan mencerun Dante dengan senyuman yang terpaksa. Iya...itu dulu. Dulu dia nak tinggal lebih lama dalam rumah ni. Tapi mengingatkan kembali akan amaran Encik Federico kepada dia, Mizuki takut kalau dia tak dapat nak halang perasaan dia dari sukakan Dante. Untuk elakkan hal jadi berlanjutan dan serius, dia kena cepat-cepat keluar dari sini dan menjauh dari Dante.

          "Saya nak keluar dari sini secepat mungkin. Seeloknya sebelum hujung bulan ni.."

          "Kau dah kenapa tiba-tiba?Kenapa kebelakangan ni aku perhatikan kau lain?"

           "Mana ada...saya macam biasa aje.."

           "Kau sure?Sebab apa yang aku perasan kebelakangan ni kau sibuk..setiap kali aku nak jumpa kau mengelak...nak cakap dengan kau pun susah?Hari tu kau happy je dengan aku?"

Mizuki pandang mata Dante kanan kiri dengan perasaan penuh konflik. Yalah...sebab dia tak faham dengan apa yang dia rasakan!Kadang-kadang dia happy, kadang-kadang dia blushing, kadang-kadang dia rasa sesak yang sakit! Semuanya sebab Dante. Sebab itu la dia cuba sibukkan diri dan menjauh dari Dante sebagai cara untuk dia hilangkan semua perasaan tu.

            "Cukup Dante. Baik awak balik ke bilik awak. Peperiksaan awak tinggal dua minggu aje lagi kan. Better awak study dari sibukkan hal saya.."Mizuki cuba merentap lengannya dari cengkaman Dante.

             Namun begitu Dante malah menguatkan cengkamannya di lengan Mizuki. Menarik gadis itu bersandar pada depan dadanya. "Ini bukan diri kau Mizuki...kenapa dengan kau?Kenapa kau buat semuanya sendiri?Kenapa kau tak mintak tolong aku macam biasa?Aku ada buat salah apa-apa ke?"

           "Sebab awak busy dengan persiapan peperiksaan awak Dante...awak tahu alasan tu kan. Sudah. Lepaskan saya."gelut Mizuki cuba menolak dirinya dari badan tu.

            "Tak...bukan itu alasannya. Aku boleh Nampak dari mata kau...kau tipu. Ada alasan lain yang buatkan kau jarakkan diri dari aku"Dante berbisik di depan muka Mizuki dengan keras.

Terkedu Mizuki waktu itu. Dia menahan nafasnya dengan lama kerana tidak dapat bernafas dengan baik setiap kali Dante ada dekat dengan dia. Buatkan jantungnya berdegup kencang semacam, rasa panas berbahang dalam dada, leher dan telinga. Perasaan yang buatkan dia takut sendiri!

           "Please Dante...jangan macam ni..susah kita kalau ada orang Nampak.."

           "Peduli la kalau orang Nampak!Bukan dia yang tanggung apa aku rasakan!"

            Tangan Mizuki yang hinggap di dada Dante waktu itu gerak perlahan-lahan mencengkam kemeja putih di dada itu. Dia betul-betul tak boleh handle Dante kalau begini la keadaannya. "Fine. Saya minta maaf okay. Saya tahu saya salah. Please...lepaskan saya dulu. Hm?"

              Kening mencerun Dante semakin berkerut apabila dia masih tidak berpuas hati bila Mizuki tetap jugak hendak mengelak dari menjawab pertanyaan dia tadi. "Jangan cabar aku Mizuki!Kau takut orang Nampak?Fine!Aku akan tunjuk depan semua orang!"

              Menahan nafas kuat Mizuki dibuat ancaman itu. Dia terus cengkam bahu Dante. "Jangan!Apa awak nak buat!?"

               "Kau rasa?"sengih Dante saat mahu menarik Mizuki keluar dari situ.

                Cepat-cepat Mizuki tahan kaki di atas lantai kayu di bawahnya. Badanya juga di tarik ke belakang. "Dante jangan!"

                "Kalau macam tu beritahu aku!" bentak Dante melepaskan tangan Mizuki hingga menyebabkan tubuh Mizuki tercampak ke belakang sebelum terduduk di atas sofa tadi.

Takut-takut Mizuki pandang sekitar bilik bacaan itu. Risau aje dia kalau orang dengar atau Nampak kemudian mengadu pada Encik Federico!

                 "Dante...bawa bertenang...orang akan dengar."rayu Mizuki semasa bangun dari situ. "Saya janji saya takkan jauhkan diri dari awak...jadi bawa bertenang okay?"kedua-dua tangan naik hendak mendapatkan lengan tu.

Bersama nafas naik turun hendak hilang sabarnya, Dante pandang Mizuki di depannya saat mengepal penumbuk dalam genggaman.

             "Saya minta maaf okay..."Mizuki pegang kepala Dante dan di bawa ke bahunya.

             Tidak melawan atau menolak, Dante biarkan sahaja tangan Mizuki mengucap belakang tengkuk sewaktu dia merehatkan dagu pada bahu tu. "Aku masih marahkan kau!"

             Mizuki tersenyum. "Sorry..."ucapnya mengusap belakang badan tu pula sewaktu dia peluk sekeliling belakang badan tu dengan tangan sebelah lagi.

Sedang dia termenung mengusap belakang badan Dante, hati Mizuki terdetik. Yalah...dia cuma terfikir....Susah la dia begini!Kalau Dante tahu hal sebenar, pasti Dante akan hilang fokus. Kalau Dante hilang fokus, result Dante akan merosot. Dan kalau hal tu terjadi, pasti Encik Federico akan susahkan hidup dia! Untuk itu dia kena jugak selesaikan misinya secepat mungkin dan keluar dari rumah ni tepat selepas Dante habis peperiksaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience