39. Kaki Ayam

Horror & Thriller Completed 8300

Sambil jarinya menoncang rambut basahnya, Mizuki jalan dengan berkaki ayam merentasi koridor itu. Terjengket-jengket senyap sehingga tiba di depan sebuah pintu. Oleh kerana enggan didengari, dia turun menahan nafas supaya tidak ketahuan akan kehadirannya di situ.

Seperti pencuri sedang menyelinap, mata Mizuki liar melihat sekeliling untuk pastikan keadaan clear. Setelah yakin yang keadaan dia selamat untuk bergerak, terus Mizuki jalan masuk ke bilik itu. Tangan dia mengocek poket sweater yang di pakai lalu mengeluarkan objek yang disembunyikan dalam itu.

Terjengket-jengket la jari kaki itu di lantai berpermaidani biru gelap itu.

Orang di atas katil yang sedang baring meniarap menghadap laptop itu di hampiri Mizuki saat gadis itu bawa kedua-dua tangan naik ke tepi kepala.

Dua meter dan semakin menghampiri.

Tidak perasan, kepala itu pula terlalu tekun tunduk ke bawah saat tangan kanan berpen mencoret sesuatu atas buku di depan laptop tersebut.

Satu meter dan mendekat!

Mizuki ketap lidah keluar dari bibir sebelum lompat dari lantai itu. Menerkam orang di atas katil itu.

             "Yargh!!!"teriak Mizuki bersama belon bersisi air dan ais di dalamnya. Dia mahu mengenakan Dante selepas seharian lelaki itu sibuk dengan urusan hingga mengabaikan dia.

Ingatkan mengena pada sasarannya. Rupa-rupanya lelaki itu telah tahu dari awal!Dante baring menelentang ke tepi semasa tubuh Mizuki jatuh atas katil itu tempat asal dia berbaring tadi.

             "To slow!"lafaz Dante semasa naik ke atas badan Mizuki dan memegang kedua-dua belah tangan gadis itu ke atas kepala sebelum rampas belon berisi ais dan air tadi terus di hempas tepat ke muka Mizuki.

SPLASH!

Semuanya berlaku dalam sekelip mata!Mizuki tidak sempat hendak proses atau melawan. Tahu-tahu aje muka dia dah basah kuyup!

               "Nooooo!!!"teriak Mizuki dengan mata terkedip-kedip sakit gara-gara air sejuk yang pecah meledak di muka dia. Kakinya meronta-ronta menghentak tilam.

               Dante menarik sengih meleret jahatnya saat tunduk memandang wajah basah kuyup Mizuki. "Dah bosan sangat ke nak cari pasal dengan aku malam-malam macam ni?" tanya dia.

               Sambil bergelut memusingkan tangannya supaya terlepas dari cengkaman Dante, dia berkata. "Saya tak tahu yang awak sedar saya masuk ke bilik awak?"tanya Mizuki waktu itu dengan sengih lebar di bibir.

               "I can smell you far from here..." Dante eratkan lagi cengkamannya pada pergelangan tangan itu. Kaki dia mengekang bahagian bawah badan Mizuki agar gadis itu tidak dapat bergerak.

Ciss!

Macam mana mamat ni boleh bau?

                Kening Mizuki terangkat tinggi. "Bau?Saya tak pakai minyak wangi pun.."dia cuba palingkan kepala ke kanan. Menghidup pakaiannya sendiri. Takkan la kuat sangat bau badan dia ni.

                 "Aku ada deria yang sangat sensitif. Thanks to your DNA in me.."Tidak mahu bangun dari situ, Dante hanya membiarkan Mizuki terbaring di bawahnya dalam keadaan basah begitu. Siapa suruh cari pasal dulu.

                Mizuki berdecit menyampah. Memandang Dante yang ada di atasnya dengan renungan tidak berminat. "Fine. Sorry la kalau saya kacau. Saya bukan saja-saja nak ganggu awak...."

                "Kenapa?Nak aku ke?"kepala Dante terlentok sedikit semasa memandang wajah Mizuki dalam-dalam. Baru dia perasan mata Mizuki kelihatan terang dari biasa. Kulit gadis ini kemerahan tidak seperti biasa.

               "Awak ni...cakap macam saya ni nak gunakan  awak aje..."Mizuki terasa sikit bila Dante cakap macam tu. "Mana ada...saya cuma nak tengok-tengok awak je...beberapa hari ni awak sibuk kan..."tangannya masih bergelut hendak ditarik turun dari atas kepala waktu itu. Rasa gugup pulak bila lama-lama begini dengan Dante!

              "Tengok aku?"sengih Dante lagi dengan sinis. "Nak tengok atau rindu?"memang betul kata Mizuki. Beberapa hari ini dia sibuk. Semuanya disebabkan kuliah dan kerja yang perlu dia selesaikan. Demi menjaga rekod pelajar cemerlang berturut-turut di tempat belajarnya, nak tak nak dia kena jaga belajarnya.

              Tanpa sengaja Mizuki mengetap bibir kerana Dante cakap terang-terang begitu tanpa segan silu. "Jangan nak perasan!Lepaskan saya sekarang!"dah kenapa dia rasa something tak kena ni?Sesuatu menjalar naik dari dada ke leher lalu berderau naik ke telinga sebelum ke muka?

Tindakan itu buatkan mata Dante serta merta turun ke bibir Mizuki lalu kembali memandang mata. Jari yang mencengkam pergelangan Mizuki tadi perlahan-lahan melonggarkan lingkaran.

Mizuki apalagi, dia pun cepat-cepat la nak bangun dari situ, tapi tidak sempat tangan dia tolak badannya bangun, Dante pegang semula tangannya dan di pagar kanan kiri kepala sesaat kemudian.

What the!

Nafasnya tertahan tanpa dikawal.

Dengan jantung berdegup kencang dalam tulang rusuk, Mizuki memandang ke atasnya.

Kenapa makin jarang dia tengok Dante, makin handsome pulak lelaki ni?

Ke dia aje baru perasan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience