15. Hunter Being Hunt

Horror & Thriller Completed 8302

Selepas sejam tidak mendengar sebarang berita dari Tyler, dia sendiri yang datang mencari kawannya yang satu ini untuk cari tahu hal sebenar. Mereka biasanya berkumpul di ruangan pejabat. Namun tidak hari ini kerana ada sesuatu telah terjadi yang menyebabkan mereka berempat berpecah entah ke mana-mana kerana begitu terkejut.

Sampai la di depan sebuah bilik latihan operasi IT. Berdiri dua lelaki lampai di situ. Seorang mencekak pinggang, seorang sudah berkerut kening susah hati semacam.

             "Apa maksud kau pass kau boleh hilang kemudian kau temui dekat pejabat?"tanya Gray dengan kening berkerut.

              "Itu soalnya...aku tak faham. Aku ingat lagi malam tu aku sediakan baju aku..aku siap gantungkan pass tu dekat hanger. Esok pagi masa aku nak pakai tak ada...tiba-tiba Jessica call aku. beritahu dia jumpa pass aku dalam pejabat terselit dekat tepi meja komputer Jarrel."jelas Tyler sambil mencekak pinggang sebab begitu frust.

Gray tercengang. Untuk beberapa saat dia pandang muka berkerut Tyler. Cuba nak faham situasi dekat situ.

              "Dan kau nak tahu apa yang lagi kebetulan...masa kau hilang pass jugaklah pihak polis tentera turun ke sini buat tahanan sebab kes cocaine?"tanya Gray tidak lama selepas itu dengan nada berbisik keras.

Bulat mata Tyler bila dengar.

              "Apa?"soalnya dari balik nafas.

               "Ya!Sekarang Jarrel tengah uruskan kes tu sebab hal ni melibatkan banyak nama. Kalau ayah Jarrel tahu pasal ni kita semua boleh masuk penjara tahu tak!"

              "Tak mungkin...semua maklumat tu ada dalam komputer Jarrel. Macam mana sampai ada yang tahu?"

              "Thanks Sherlock for the information..."sindir Gray kejengkelan. "itu masalahnya... pass kau hilang. Sekarang kes cocaine tu ketahuan...kau rasa?"

             Nafas Tyler mula naik turun tidak tenang. Dia pandang cemas ke Gray. "Bukan aku.....serius aku beritahu..."

              "Kau beritahu hal tu pada Jarrel.."Gray pandang kanan dan kirinya dengan kesal. Kepala dia jadi blank lepas berita mengenai pendedahan nama dan penjualan cocaine secara haram dalam akademi ni. Beberapa nama telah naik berserta bukti akaun bank. Bukti dah jelas, memang tak boleh nak cilok mana-mana dah!

              "Sumpah!Aku memang tak bersalah dalam hal ni!"geleng Tyler begitu terdesak waktu itu.

Gray buat muka tidak terkata dia. Serius dia sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Jessica sendiri beritahu hal ni pada Jarrel. Sah-sah Jarrel akan fikir Tyler yang jadi punca pecah maklumat mereka pada pihak berkuasa ketenteraan.

Sudahlah bukan setakat atasan aje yang terlibat, malah lima cabang atasan ketenteraan turut terlibat dalam siasatan ni!

Kes dadah kut...siapa aje nak lepas tangan.

Mesti la ramai yang cuba siasat.

           "Siapa aje yang kena tahan?"

           "Baru lima orang...itupun cuma 'tikus' yang tolong edarkan cocaine...dia orang tak tahu siapa pengedar Utama...jadi buat masa ni kita tak apa-apa.."beritahu Gray.

Waktu itulah pintu lif tidak jauh dari mereka waktu itu terbuka.

Secara refleks perbualan mereka terhenti.

Bila Gray pandang, dia melihat Jessica yang berjalan keluar dari lif itu. Wanita itu jalan dengan renungan mencerun hendak naik angin.

          "Jarrel nak jumpa kau sekarang.." maklum Jessica tanpa berhenti dari berjalan dia terus melepasi mereka berdua meluru ke depan.

Berpaling kepala Tyler dan Gray waktu itu, mengekori langkah lekas Jessica. Masing-masing dah kecut perut sendiri sedangkan bukan salah mereka.

Mereka bertiga kemudiannya tiba di pejabat tempat mereka berkumpul. Waktu itu Jessica dah masuk dulu. Jadi Tyler yang masuk kemudiannya langsung tak jangka apa yang bakal terjadi selepas itu.

            "B*****T TAK GUNA!"tumbukan terlebih dahulu melayah ke muka Tyler sebelum mendengar suara Jarrel menyampah seranah!

Tercampak tubuh Tyler ke meja hingga menerbalikkan kerusi berdekatan jatuh ke lantai bersama-sama dengan dia waktu itu.

Kaku terkejut Gray apabila dia masuk kemudian. Langsung tidak menyangka situasi itu yang terlebih dahulu menyambut mereka.

           "Macam mana dia orang boleh tahu tentang akaun tu?Sedangkan yang boleh masuk tempat ni cuma kita berempat?"soal Jarrel sewaktu berdiri di situ dengan kepala penumbuk di kedua-dua belah tangan.

          Sambil sedarkan diri dari rasa sakit, Tyler pegang rahangnya yang terasa seperti sudah lari dari kedudukan di buatkan tumbukan padu Jarrel tadi. "Bukan aku Jarrel..."

          "Bukan kau?Kalau macam tu jelaskan pada aku..macam mana pass kau boleh hilang pada hari yang sama pihak polis ketenteraan turun ke sini untuk tahan pengedar yang lain atas kes cocaine?Sekali dengan bukti akaun duit jualan tu disalurkan?Beritahu aku?"deram Jarrel dengan bengis. Timbul-timbul urat belirat di leher dan tepi kepalanya.

            "Aku tak tahu...mungkin ada orang yang selinap masuk bilik aku dan curi pass masuk tu untuk ke pejabat ni"beritahu Tyler dengan bersungguh.

            Jessica yang bersandar di meja waktu itu pandang judging akan Tyler. Berasa syak pada rakan mereka ketika itu. "So kau nak kata ada orang pecah masuk bilik kau dan masuk ke pejabat yang ada rakaman CCTV ni tanpa di kesan?macam tu?Kau nak cakap pass kau ada kaki jalan sendiri masuk dalam pejabat ni macam tu?"

            Waktu itu Tyler pandang ke Jessica. "Apa maksud kau?"

            Jarrel menerpa ke Tyler. Dia cekau kolar baju rakannya lalu digoncang ganas. "Menurut rakaman CCTV pejabat dan koridor, orang terakhir yang keluar dari pejabat ni semalam adalah kau,..baru Jessica itupun masa dia jumpa pass masuk kau dalam pejabat ni...dan..dan sejam kemudian aku dapat panggilan lima orang 'tikus' aku kena tahan...kau kata kau tak tahu apa-apa?"

             Gray yang berasa risau mendekati Jarrel. Cuba hendak leraikan Tyler dari terus di sakiti. "Sabar dulu Jarrel...kita tak tahu Tyler bersalah atau tidak. Kita kena fikir dengan logic...selain dokumen penting tentang cocaine ni...maklumat apa lagi yang tersimpan dalam komputer kau?"

             Dengan laju kepala Jarrel berpaling ke Gray. "Semuanya. Semuanya tersimpan dekat dalam komputer ni. Sebab selama lima tahun aku simpan semuanya dekat sini tak pernah sekalipun tertangkap...sampai la-"reaksi keruh Jarrel jadi bungkam sesaat kemudian apabila ada yang terlintas dalam fikirannya waktu itu.

Tyler dan Gray masing-masing pandang hairan.

           "Kenapa?"Jessica menyampuk seketika kemudian.

Jarrel lepaskan kolar Tyler kasar-kasar saat dia toleh memandang ke mejanya semula. Dia pandang CCTV lalu ke komputer dia. Untuk seketika matanya dikecilkan kerana berasa curiga.

             "Beritahu aku...selain kita, ada tak orang luar pernah masuk ke pejabat baru-baru ni?"tanya Jarrel tidak lama kemudian.

             "Baru-baru ni?"tanya Gray dengan muka tidak fahamnya.

             "Kalau ada pun...budak baru hari tu lah.."jawab Jessica pula.

             Tyler yang sedang tenangkan diri dari terkejut dan takutnya berkerut-kerut kening. "Ada apa ni Jarrel?"

            "Budak baru?"soal Jarrel semasa memusingkan badan menghadap mereka bertiga. "Si Mizuki tu?"

            "Dia aje la yang masuk pejabat kita baru-baru ni."jawab Jessica. "kalau orang lain...tak ada selain kita berempat.."

           "F*ck!"tidak semena Jarrel tumbuk meja di tepinya dengan kuat. terus dia ketap gigi melemparkan pandangan ke arah pintu slidding kaca tinted pandang dalam pejabat itu. "Cari budak perempuan tu..bawa dia jumpa dengan aku serta merta!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience