Kaki berkasut hitam high lace itu berhayun depan dan belakang dengan riang saat duduk di atas katil rawatan menunggu perawat menguruskan dia. Sebelah lengan kardigen melurut turun dari bahu. Mendedahkan lengannya yang berbaju tanpa lengan.
Di dalam ruangan itu, dapat di lihat sebuah bingkai kecil bergambar bunga dandelion hitam putih. Di tepi penjuru pula sebuah almari berlaci terletak. Atas almari itu ada sebuah jam bebuli silver. Di kanan penjuru barulah katil rawatan berada. Tempat dia sedang menunggu.
Mizuki perhatikan jururawat yang sedang berjalan ke hulu dan hilir bilik itu melakukan sesuatu. Buatkan dia yang tertanya-tanya semakin ingin tahu.
Masakan tidak, jururawat itu langsung tidak mendekati dia, malah sekejap ambil barang dari almari, sekejap keluar dari situ kemudian muncul sesaat kemudian dengan tray berisi picagari dan bebuli kaca berisi cecair hanya untuk di letakkan atas meja di hujung katil. Tak berhenti dekat situ, jururawat itu berjalan ke arah sinki. Mencuci sesuatu pula.
Takut sangat dengan dia.
Macam la dia makan orang!
"Hmm...mana doctor?"soal Mizuki dengan perlahan apabila diri dia tidak dihiraukan sejak ketibaannya ke situ.
Yup!Minggu medical check up!
Kalau pihak pusat kajian itu buat panggilan, Mizuki akan ke situ untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan berkala dia.
Federico yang hantar ke sini memandangkan Dante ada exam di kolej lelaki itu. Kalau tidak busy, memang Dante yang hantarkan. Biasalah...kuli tak berbayar kan. Tapi Federico sekadar menghantar sahaja la tidak temankan sekali.
Federico terpaksa tunggu di luar kerana lelaki itu bukan penjaga sah Mizuki. Nak tak nak terpaksa la sendirian Mizuki masuk ke ruangan tersebut.
Itu yang agak sendu sikit.
Sebabnya bukan sebarangan orang boleh follow Mizuki setiap kali dia jalani pemeriksaan. Semuanya atas faktor sekuriti dan confidential.
"Doktor akan tiba sebentar lagi." beritahu jururawat itu.
Mizuki mengangguk kepala. Dia menghayunkan kakinya depan dan belakang dengan perlahan untuk seketika sehinggalah pintu bilik rawatan terbuka dan seorang lelaki bercermin mata, berjubah doktor berjalan masuk ke situ.
Kehadiran doktor tersebut menyentak lamunan Mizuki. Gadis itu seperti biasa senyum dan menyapa dengan riang akan doktor khas yang ditugaskan untuk merawat dirinya sepanjang waktu dia berada di dalam pusat kajian ini.
Perkenalkan, doktor yang bertanggungjawab ke atas Mizuki Aesira sejak dilahirkan sehingga la sekarang. Hanzo Yuma. Orang yang memastikan kelangsungan hidup gadis ini sepanjang dia berada di dalam pusat kajian tersebut.
"Hai Doktor Hanzo."
Lelaki berumur 45 tahun berambut tebal nipis sedikit putih di kepala itu balas sapaan Mizuki dengan senyuman lebar di bibir. "Welcome back Mizuki.."
"Heheh....doktor sihat?Lama tak nampak sejak saya keluar dari sini.."Mizuki perhatikan doktor itu menghampiri katil dia duduk sebelum lelaki lampai itu berdiri menghadapnya.
Mata di balik cermin mata rabun jauh itu berkedip satu kali saat Doktor Hanzo tersenyum. "Saya sihat. Bagaimana luka kecederaan kamu...telah sembuh sepenuhnya ke?"dia mula menekap stestokop pada dada Mizuki. Cuba membaca rentak jantung anak gadis itu.
"Dah. Cuma parut aje nampak sikit-sikit."
Ketika dua orang berborak, jururawat yang berdiri di samping Doktor Hanzo dalam diam perhatikan mereka. Dia silih ganti memandang reaksi Doktor Hanzo setiap kali berborak dengan Mizuki. lelaki itu kelihatan mesra dan ceria setiap kali berjumpa dengan gadis yang terkenal dengan kuasa membeku itu.
Kalau orang tak tahu mesti ramai akan fikir yang dua orang ini anak beranak.
"Suhu badan kamu sedikit jatuh kebelakangan ni?"tanya Doktor Hanzo. "Adakah kamu tidak berada dalam keadaan panas dengan kerap beberapa hari ni?"
Mata Mizuki terkebil-kebil beberapa kali mendengar soalan itu. Memang tak la!Sejak kes dia bunuh tiga orang lelaki tu sejak tu dia tidak dapatkan sebarang haba dari Dante. Kalau adapun dia hanya harapkan comforter eletrik dia aje la."Bukan tak...tapi itulah..kan tempat saya tinggal itu dikelilingi salji..jadi sebab itu lah.."Kenyataan yang Dante terpaksa lakukan semua ini, buatkan Mizuki teragak-agak lagi hendak mendekati lelaki itu
"Adakah kamu mengambil ubat-ubatan kamu seperti biasa?"Doktor Hanzo mula mengambil picagari dari tray besi di tangan jururawat tadi. Cecair dalam bebuli kaca kemudiannya perlahan-lahan terisi di dalamnya.
Kepalanya diangguk. "Ya...setiap kali saya terasa macam nak pengsan atau pitam." jawab Mizuki.
Mendengar jawapan itu Doktor Hanzo yang sedang tunduk menyukat cecair di dalam picagari bertanya "Sukar ke tugasan kamu di situ?"
Mizuki buat muka sambil menggeleng. Dia mencebik bibir seakan mahu merajuk namun tidak lama sebelum tersenyum. "Boleh saya stay lama sikit dekat situ?Saya sukakannya. Doktor boleh kan pujuk mereka di sini untuk berikan saya lebih masa?"
Selesai menyukat, picagari tadi kemudiannya di bawa ke lengan Mizuki yang terdedah lalu di suntik sehingga kosong. "Jika ianya tidak membahayakan nyawa kamu. Saya boleh pertimbangkan."
Jururawat itu perhatikan tangan yang tidak berglove itu tersentuh akan kulit lengan Mizuki. Dia dengan cemas mengerling ke doktor di depannya. Risau kalau ada apa-apa berlaku. Tapi tidak, doktor Hanzo sama sekali tidak terkesan akan sentuhan itu.
What the heck?!
Jururawat itu pandang dengan kepala terlentok kehairanan.
"Yeah...doktor janji ya?"Mizuki mengeluarkan mengeluarkan jari kelingkingnya.
Doktor Hanzo memandang jari itu seketika sebelum mengangguk kepala. "Namun perjanjian mengatakan kamu hanya berada di situ selama tiga bulan sahaja. Berapa lama lagi yang kamu mahukan?"Doktor Hanzo naikkan lengan kardigen itu semula menutupi bahu Mizuki yang terdedah sebelum mengeluarkan pen torch light dari poket jubat putihnya itu.
"Hmm...untuk beberapa minggu boleh?"jawab Mizuki kedengaran tidak pasti.
Cahaya dari hujung pen itu kemudiannya terarah pada bebola mata Mizuki. Memeriksa pergerakan kornea tersebut sama ada berespon dengan normal ataupun tidak. "Baik."angguk Doktor Hanzo semasa menatap mata itu.
Senang mendengarnya, Mizuki menarik senyuman lebar senang hati. Selain AI kesayangan yang menjadi peneman dia, Doktor Hanzo adalah manusia yang dia sukakan di tempat ini. Satu-satunya manusia yang tidak pernah mengutuk atau memburukkan diri dia.
"Saya nak tanya sesuatu boleh?"kening Mizuki terangkat sedikit saat mata kirinya pula yang diperiksa.
"Apa lagi?"soal Doktor Hanzo, menurunkan tangan dari memeriksa mata Mizuki.
"Saya dapat tahu bahawa orang yang menerima mana-mana sel dari saya mereka mempunyai kekebalan sama seperti saya. Betul ke?"kening Mizuki berkerut sedikit semasa cuba memandang wajah serius Doktor Hanzo itu.
Hal itu menimbulkan kerutan halus di tengah kening Doktor Hanzo. "Bergantung pada seseorang tu jugak. Tak semestinya mereka akan kebal sepenuhnya. Ada yang ikut terkesan, ada yang tidak. Kenapa kamu tanya?"
Jadi betullah kata Dante tu!Hmm.Sambil mencebik bibir sedikit dia menggeleng kepala. "Kalau macam tu, boleh tak darah saya ni sembuhkan kemurungan seseorang?"soal Mizuki tentang hal lain pula.
Doktor Hanzo menjungkit kening kehairanan. Dah kenapa pulak anak gadis di depannya ini. Yang bukan-bukan sahaja soalannya. "Untuk apa kamu tanya begitu?"
Dengan lebar Mizuki menarik sengih lebarnya. "Kalau darah saya boleh selamatkan nyawa seseorang...boleh tak doktor lakukannya?"
"Siapa yang kamu maksudkan ni?"
"Ruby. Ibu Dante...lelaki yang terima tulang sumsum dari saya. Dia jugak yang beri saya haba tanpa sedikit pun terjejas setiap kali saya sentuh dia selama ni. Nak dijadikan cerita, Ruby tu suka menjerit-jerit tengah malam. Warghh...warghh sana sini. Lari sekeliling rumah agam tu dengan muka menakutkan dia...hari tu saya hampir pengsan sebab terkejut..."ceritanya Mizuki dengan beria siap dengan reaksi sekali.
Jururawat di belakang Doktor Hanzo waktu itu berdengus kecil kerana hampir hendak ketawa menengokkan gaya Mizuki itu. Tapi dia cepat-cepat mengetap bibir menahan diri dari tertawa.
"Serius....kadang-kadang Nampak normal..kadang-kadang menakutkan.... eee...seram!"Mizuki peluk badannya sendiri seakan ketakutan. "Kalau doktor boleh buatkan serum ke vaksin ke apa ke kan...sembuhkan la Ruby tu. Kesian saya tengokkan."
"Hahaha!"akhirnya jururawat itu ketawa kerana tidak tahan.
Sementara Doktor Hanzo buat muka tidak berminat dia saat dengar.
"Lihat la bagaimana nanti."jawabnya.
Share this novel