27. I Bring You Hell!

Horror & Thriller Completed 8300

Dengan renungan dinginnya Mizuki lirik akan tiga wajah asing di depannya silih ganti. Otak dia ligat cuba memproses segalanya dalam satu masa. Kepalanya mula berpinar dan segalanya Nampak berwarna warni.

Kalau la mereka semua tahu bahawa dadah takkan beri apa-apa reaksi pada badan dia...apa agaknya reaksi mereka?Lagi-lagi kalau dadah ni hanya menjadi trigger dia untuk menjadi lebih galak lagi!

             "Hehehe....jom ikut abang ya. Jangan risau...abang layan awak baik-baik."ujar lelaki pertama yang tolong pegangkan pintu tadi kepada Mizuki. Lelaki itu gerak memegang kedua belah bahu Mizuki untuk paksa tubuh itu baring ke kerusi itu.

              "Awak sure nak sentuh saya?"tanya Mizuki apabila dia terbaring di situ dan lelaki di atas dia mula menanggalkan jaket yang dipakai.

               "Budak ni relaks betul...tak jerit tak bergelut  kan?"tegur lelaki kedua yang berikan minuman kepada Mizuki tadi.

               Mizuki tersenyum sebelum gerak menanggalkan glove di tangan dia dengan senang hati. "Nak buat apa bergelut...rezeki dah ada depan mata kan..tak kan nak lepaskan. Membazir je.."kata dia saat campak glove dia ke tepi.

Lelaki yang ada di atas Mizuki hairan dengan kata-kata itu. Belum sempat dia hendak sentuh Mizuki dengan mengejut, gadis itu pegang lehernya lalu bangun sebelum duduk di ribanya dalam sekelip mata.

                "Welcome to hell..."senyum Mizuki sebelum tekap kedua-dua belah tangan pada leher itu dan menyerap seluruh haba di badan lelaki itu dalam masa beberapa saat sahaja. Habis kebiruan muka lelaki pertama itu saat terbutang mata memandang siling dengan mulut ternganga. Seperti orang high, Mizuki buka mata dia dengan perasaan penuh kenikmatan.

Dua lelaki tadi langsung tidak menjangka hal itu. Mereka fikirkan apa, sekali bila Mizuki turun dari rakan mereka di kerusi itu, barulah mereka Nampak situasi yang sebenar terjadi.

               "The f*ck?"seru lelaki ketiga dengan mata bulat terbutang taktala melihat rakan mereka sudah kebiruan seperti beku di sofa itu.

               "Next...turn siapa?"Mizuki turunkan kardigen   dari badan dia semasa panjat meja di situ. Mata dia terarah pada dua lelaki di situ.

Lelaki kedua sudah kalut. Dia cuba hendak keluarkan telefon dari poket jaketnya, namun disebabkan gelabah, telefon dia terjatuh ke lantai masa itu jugak.

               "Ja-jangan dekat!Kalau tak mati aku kerjakan!"arah lelaki kedua yang jalan ke belakang hendak jauhkan diri, tapi terjatuh apabila terlanggar meja kecil di situ sebelum terbaring di atas sofa itu.

               Mizuki menghampiri lelaki kedua dengan senyuman jahat di bibir. Tidak membuang masa, dia capai tangan itu, di genggam dengan penuh perasaan. "Nak ke mana?Kata nak hiburkan saya."tanya dia.

              "To-argh!"kaku lelaki kedua itu apabila dia mula merasa segalanya kejung dan sesaat kemudian mukanya menjadi biru dan seluruh permukaan kulitnya mengeluarkan kepingan ais seperti berada dalam freezer.

               "Ahhh."lafaz Mizuki dengan puas apabila merasakan haba manusia mula menjalar dalam tubuhnya. Sudahlah dia didadahkan, semakin khayal dia dibuat serapan haba itu kebadan dia. Dan hal itu buatkan dia semakin craving!

               "Sh*t!"lelaki ketiga yang berdiri di tepi kerusi itu pandang penuh terror ke arah Mizuki waktu itu. Dia yang begitu terkejut menyaksikan kejadian aneh di depan mata waktu itu tidak langsung sempat terfikir hendak larikan diri.

               "Lah....kenapa berdiri dekat situ aje...sini la.."ajak Mizuki semasa lompat dari sofa itu lalu berjalan penuh lenggok ke lelaki itu. Renungan gelap terarah pada mangsanya tanpa berkedip.

               "Tak...tak!Jangan dekati aku!"kelam kabut lelaki itu bergegas ke arah pintu hendak selamatkan diri. Sampai telefon dia dibiarkan atas lantai tadi.

Ah-ah...not so fast!Mizuki ikut berlari ke arah pintu itu. Sepantas kilat dia tiba di belakang lelaki itu sebelum mencengkam kolar itu lalu mencampak badan lelaki tersebut ke belakang hingga jatuh terlentang.

                  "Arggg!!!"teriak lelaki itu penuh kengerian.

                   "Hahahaha..kenapa lari. Kata nak hiburkan saya tadi...mari la enjoy..."kata Mizuki semasa dapatkan lelaki yang sedang mengesot mahu jauhkan diri. tapi dia capai kaki itu dengan mudah sebelum duduk menghempap badan itu dari atas.

Lelaki itu mula meronta. Dia hayun penumbuk dan penampar ke Mizuki dengan cemas. Kaki dia cuba bergerak hendak membangunkan diri dari situ.

                   Tidak terkesan dengan tindakan itu, Mizuki  pegang dada yang terdedah itu dengan satu kali sentuhan. Kepalanya dongak memandang ke atas. "Oh my god...your heat make me turn on so bad.."lafaznya dengan mata terpejam taktala menyerap haba dari badan itu sebanyak mungkin.

Pergelutan lelaki itu semakin lama semakin perlahan. Kaki yang meronta tadi terenjat sedikit sebelum berhenti sepenuhnya apabila nafasnya sudah sampai ke hela yang terakhir.

Dengan mata terarah pada wajah senyum Mizuki, lelaki ketiga itu pandang buat kali terakhir sebelum tubuhnya menjadi biru kebekuan sesaat kemudian.

Dan..dan...waktu itulah pintu bilik karaoke itu terbuka.

Masih dalam keadaan khayal tidak warasnya, Mizuki dapat mengesan kehadiran haba lain di situ. Dia pun bangun dari tubuh tidak bernyawa tadi perlahan-lahan lantas berpaling ke arah pintu.

Dante di situ pandang dengan riak tidak dapat ditafsirkan setelah melihat keadaan bilik itu dan tiga kujur badan yang kaku di situ.

                "Hai...."sengih Mizuki dengan kepala terlentok ke kiri. Muka pucat gadis itu buatkan penampilannya sedikit menakutkan buat pandangan sesiapa.

               "What have you done?"soal Dante dengan nafas naik turunnya kerana telah terlewat hendak mendapatkan Mizuki kerana baru sahaja berjaya jejak ke beradaan gadis itu dalam tempat yang seluas lima tingkat bangunan hotel ni.

                Terumbang-ambing Mizuki jalan mendekati  Dante seakan mabuk ekoran dadah yang diminumnya tadi. Dia tiba di depan Dante lalu menekup kedua-dua belah pipi itu. Dia cuba serap sebanyak mungkin haba yang ada di badan itu. "Hmmm...."helanya kelegaan sebelum gerak melingkarkan tangan ke sekeliling leher itu. Dibawah bukan kesedarannya, dia kucup tepi rahang dan pipi itu beberapa kali.

                 Tidak terkutik, pandangan Dante terarah pada tiga jasad yang terlantar di bilik itu dengan renungan tidak berminat. "Bukan ini rancangan asal kita Mizuki.."keluhnya semasa merasakan kucupan pada sekitar lehernya.

Sepatutnya Mizuki korek rahsia dari Joacquin dengan menggunakan kuasa gadis ini... tapi lain pulak jadinya.

                Mizuki ketawa manja saat jarakkan kepalanya dari leher itu untuk memandang wajah Dante. "Sorrylah...saya terpaksa ubah pelan sebab Joacquin dua langkah kehadapan dari kita. Lelaki tu tahu kita siasat tentang Danzo...untuk itu dia bagi amaran pada saya dengan menerima bayaran dari tiga lelaki ni untuk sakiti saya"bisiknya di depan muka itu.

                Dante tundukkan pandangan dia ke muka Mizuki. Wajah blushing itu diteliti dengan kening berkerut. "Kau mabuk?"soalnya dengan dingin. Baru tinggalkan sekejap...dah berkecah semuanya!Haih!

                "Tak adalah..."Mizuki menggeleng kepala sebelum meletakkan kepala ke ceruk leher Dante dan mengeratkan pelukan pada tubuh itu. Dia mahukan haba lagi...haba yang banyak! "Mereka dadahkan saya..."hela nafas Panjang dilepaskan kerana berasa lega dibuat haba badan Dante saat itu.

                  Sambil membuat muka kesalnya, Dante tunduk lalu mendukung tubuh Mizuki gaya pengantin lalu keluar dari bilik itu. "Kau betul-betul menyusahkan aku la..."keluhnya saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience