41. Twin Room

Horror & Thriller Completed 8300

Flashbacks

Sambil memegang gelas kaca yang kosong dia dekati maid yang ada di tepi island dapur. Ketua Maid Camila. Dia kenal pun pada malam wanita itu bantu dia panaskan peralatan dalam bilik tidur pada hari pertama kedatangan di rumah ini.

          "Hai Camila..."sapa Mizuki dengan ceria.

            Wanita bersanggul itu berpaling. Sambil memandang gadis muda yang ringkas mengenakan pakaian serba tebal di badan itu dia sibuk mengilap gelas kaca berkaki di situ. "Selamat pagi Cik Mizuki...ada apa-apa yang saya boleh bantu?"soalnya.

             Gelas kosong yang dipegangnya di goyangkan ceria. "Saya nak minum. Tapi air dalam bilik saya dah habis..."beritahunya.

             "Baik. saya akan minta maid lain untuk refill semula air di dalam bilik cik nanti.."Maid Camila mengangguk kepala patuh saat hulur tangan untuk capai gelas dari tangan Mizuki.

             Dengan cermat Mizuki serahkan gelas itu supaya mereka tidak bersentuhan. "Terima kasih"ucapnya.

Lantas Maid Camila dekati mesin air di tepi cabinet dapur. Dia isikan gelas itu dengan air suam separuh penuh. Hal itu di perhatikan oleh Mizuki dengan senyuman penuh maksudnya.

             "Puan Ruby bagaimana?Dia meragam lagi macam malam tadi ke?"soalnya sewaktu Maid Camila datang kembali menghampiri bersama gelas berisi air.

            "Ya..maaf sekiranya lena cik terganggu."

             Dia menggeleng kepala. "Tak apa...saya faham. Oh ya...saya diberitahu Federico untuk dapatkan barang Danzo...boleh awak tolong?"Mizuki capai gelas itu dengan berhati-hati lalu di sisip sedikit.

             Air muka Maid Camila berubah serta merta. Wajah itu kelihatan bingung. "Bukan saya tak nak tolong. Tapi bilik mendiang tuan muda sulung bersambung dengan bilik tidur tuan muda bongsu. Sejak kematian tuan muda Danzo, kami tidak dibenarkan dekati bilik itu sama sekali."

           Mizuki meletakkan gelas itu di atas kaunter sebelahnya sebelum seluk tangan ke dalam poket hoodienya. "Bersambung?Maksudnya?"

             "Twin room...bilik tidur Tuan Muda Dante adalah pintu masuk bilik Tuan Muda Danzo. Kalau cik nak, cik kena minta kebenaran tuan muda Dante sendiri."

              "Dekat mana tu?"

               Maid Camila mengetap bibir kerana teragak-agak hendak beritahu. Tapi tak lama. Dia bercakap kemudiannya. "Dekat kanan bilik tuan muda Dante ada sebuah almari dua pintu. Itu bukan almari tapi pintu bilik Tuan Muda Danzo."

              " Kenapa Dante tak izinkan sesiapa masuk ke bilik tu?Ada sesuatu ke dekat situ?"

         Maid Camila menggeleng kepala saat mengetap garis nipis di bibir. "Tuan muda Dante cuma tak nak ada sesiapa usik barang tuan muda Danzo selepas Tuan Federico arahkan kami untuk hapuskan barang tuan Danzo kerana Puan Ruby meroyan teruk. Sejak tu...tuan Dante tak nak sesiapa masuk ke ruang tu. Takut kalau ada yang cuba buang barangan dalam biliknya."

End of flashbacks

Kepalanya di palingkan ke kanan. Memandang Dante yang sedang terlena. Mata itu terpejam rapat. Selepas sesi 'get back' mereka, Mizuki ajak Dante untuk cuddle bersama di bilik itu. Namun ianya berakhir sehingga la Dante terlena beberapa minit kemudian.

Masa untuk pelannya.

Pelan mencari tahu klu tersembunyi.

Dengan berhati-hati tangan yang melingkar di sekeliling pinggangnya di alihkan. Kepala Dante di atas bahunya di letakkan atas bantal dengan perlahan. Namun baru sahaja dia mahu gerak ke tepi, tangan Dante naik semula dan buatkan Mizuki jatuh ke atas bantal semula. Dan lelaki itu naikkan kepala ke ceruk lehernya dengan erat.

Kejung membatu Mizuki di katil tu. Dia lirik akan Dante dengan cemas. Takut dia kalau Dante bangun. Kalau tidak susah la dia nanti. Sekali lagi dia bangunkan diri. menolak Dante baring atas bantal semula. Dan kini dia gunakan bantal golek di situ untuk jadi tempat Dante peluk yang mana berjaya.

Tanpa berlengah dia turun dari katil. Sedang dia merangkak turun mata Mizuki lirik ke arah tepi bilik tidur itu. Ada dua buah almari. Seperti yang diberitahu siang tadi dia jalan ke arah almari pertama yang ada dua pintu.

Sebelum dia buka, sempat lagi Mizuki toleh ke arah katil. Perhatikan Dante untuk pastikan lelaki itu tidak terjaga. Lima saat dia ambil masa untuk pastikan keadaan clear, lepas tu baru la tombol pintu almari itu di tarik keluar. Terbuka sahaja pintu itu, pandangan matanya di sapa dengan baju yang digantung.

Fake hope betul!

Kening Mizuki berkerut sebelum dia tutup pintu almari itu dan gerak ke almari kedua. Cepat-cepat dia tarik pemegang almari itu. Dan terbuka sahaja ia, satu laluan menghala ke sebuah ruang yang gelap kelihatan.

Dalam keadaan teragak-agak, Mizuki langkau kaki ke dalam almari itu lalu tutup pintu tersebut. Telefon dalam poket skinny jean di keluarkan dari belakang. Flashlight dari telefon itu di hidupkan. Cahaya putih itu di tala ke sekitar apabila niatnya mahu mencari suis lampu. Hampir beberapa minit la jugak baru dia temui suis lampu di situ.

Flick!

Bercahaya bilik itu. Menerangi sekitar ruangan yang tak ada bezanya dengan bilik tidur Dante. Becanya hanyalah kain putih yang menutupi kawasan katil dan perabot di situ.

Perlahan-lahan Mizuki jalan perhatikan sekeliling bilik itu. Seperti bilik seorang lelaki mudah, ianya kelihatan simple dan sofistikated. Dia berhenti di hadapan sebuah rak buku. Mungkin kerana sudah lama tidak terusik, ada debu yang tersisa pada barang-barang di situ.

Sedang Mizuki melirik barangan di situ, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya. Ianya adalah jurnal berkulit merah yang pernah dia temui dalam bilik stor tempoh hari. Bercangkung di situ, Mizuki keluarkan jurnal yang terselit di bawah rak itu.

              Bila dia keluarkan jurnal itu habuk berterbangan. Serta menusuk ke hidungnya dan rasa gatal menjalar. Mizuki pun berkerut hidung untuk hilangkan rasa tidak selesanya. "Jurnal sama?"soalnya sendiri semasa bersila di situ dan mula membuka butang pada jurnal itu. Dan bila dia selak muka pertama, gambar polaroid sama dilekatkan padanya.

Terangkat tinggi kening Mizuki kerana begitu kagum.

              "Couple apa kau orang berdua ni?"sengih dia semasa selak muka surat kedua. Ianya merupakan catatan jadual dan rutin harian Danzo semasa hayat lelaki itu. Selepas seketika dia menyelak muka surat jurnal di situ, Mizuki berhenti di satu muka surat yang menarik perhatian dia.

Ianya adalah coretan luahan hati Danzo untuk seseorang. Mulanya Mizuki ingatkan untuk perempuan. Sekali bila dia baca nama yang ada dalam coretan itu, dia tergamam sendiri.

             "Takkanlah....."gumam Mizuki dengan wajah terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience