Panas.
Panas lawannya sejuk,
Asasnya, panas itu diukur sebagai suhu. Tapi boleh didefinisikan sebagai hangat, gerah, sinar, bernyala dan banyak lagi.
Dan PANAS jugak bermaksud Positive and Negative Affect Schedule. Skala yang terdiri daripada pelbagai jenis perkataan yang menggambarkan perasaan serta emosi.
Ada kiasan jugak mengenai panas,
Tapi bukan itu yang hendak diceritakan
Ceritanya sekarang adalah mengenai seseorang yang tidak pernah tahu atau kenal apa itu panas. Selama hidupnya dia hanya tahu apa itu rasa sejuk dan gembira. Tidak pernah rasa tahu apa itu marah, sedih atau perasaan yang berasal dari perkataan panas ni.
Semuanya bermula dari sini
Digelar sebagai Sierra Program.
Ianya merupakan program rahsia yang didanakan oleh kerajaan di sebuah pusat Kajian Kimia. Awalnya program ini hanya melibatkan latihan sulit serta ciptaan senjata untuk membantu para tentera berperang.
Namun sesuatu telah berlaku.
Salah seorang pengkaji di situ telah melakukan kesilapan dengan menyuntik bahan ujikaji ke badannya sendiri sebagai test. Perbuataan itu dilakukan sebelum saintis itu tahu bahawa dia telah hamil beberapa bulan.
Apabila saintis tersebut mengetahui dirinya telah melakukan kesilapan dengan menyuntik bahan kimia asing ke badannya, maka bayi dalam kandungannya ikut dipengaruhi bahan asing tersebut sepanjang tumbesarannya di dalam rahim saintis itu.
Dari awal sehingga akhir kehamilan saintis itu, wanita tersebut telah berjaya menghasilkan senjata dimana apabila cecair tersebut di suntik kepada para tentera dan pejuang, mereka tidak akan mudah terluka, badan kebal dengan sebarang toksin atau virus.
Walaupun begitu, pengorbanan saintis itu telah membawa kepada kematiannya sendiri saat melahirkan anak yang dikandungnya itu akibat pelbagai komplikasi.
Dan nasib anak yang dilahirkan itu lebih kurang malangnya dengan nasib ibu yang melahirkan.
Kenapa?
Well obviously...
Kenyataan yang darah dan dagingnya itu membesar dengan bahan uji kaji berharga pusat kaijan tersebut, bayi itu telah dijadikan bahan uji kaji mereka. Dari hasil tulang, darah, sel kulit dan sebagainya tercipta la ubat-ubatan yang mampu menyelamatkan banyak nyawa. Membantu membangunkan dan memajukan dunia ketenteraan.
Di scan beribu kali.
Di suntik berjuta kali.
Di uji hampir seumur hidup seperti tikus makmal.
Di kurung ibarat haiwan dalam zoo.
Hidupnya tidak normal seperti manusia di luar sana.
Oleh kerana tubuhnya tidak mempunyai suhu panas atau hangat, dia perlukan pemerhatian sepanjang masa. Perlu di berikan dadah untuk mengawal suhu dalam badan supaya organnya tidak lumpuh. Dan direndam dalam cecair khas bagi menghangatkan badan yang dingin ibarat mayat itu.
Ketagih pada suhu badan manusia. Jadi kalau bersentuhan sahaja dengan benda hidup yang mengeluarkan habas, serta merta akan mati kerana beku. Sebagai hukumannya dia akan direnjat setiap kali ada kecenderungan hendak menyentuh manusia.
Akhirnya selepas 19 tahun berlalu,
anak ini menjadi seorang gadis. gadis yang membesar dalam incubator gergasi demi meneruskan kelangsungan hidupnya yang tiada siapa tahu bila dan bagaimana bakal berakhir!
Masa inilah, muncul Minister of Defences, Federico Eaton. Seorang lelaki berpengaruh dalam dunia ketenteraan Navy Airforce. Datang dengan yakinnya mahukan gadis ini!
Semua ini bersebab.
Bukan saja-saja hendak gunakan gadis ini.
Ianya merupakan pilihan terakhir yang Minister of Defences ada untuk pertahankan dan membela nasib anak lelaki yang terbunuh dalam akademi latihan ketenteraan tempat anak lelakinya itu belajar. Anak lelaki beliau meninggal dunia secara mengejut tanpa sebab. Beliau cuba cari tahu tapi pihak akademi mendiamkan diri dan enggan memberita lebih lanjut selain menuduh anak lelakinya telah mengambil dadah dan melakukan hal salah hingga nekad bunuh diri.
Federico tidak mempercayai tuduhan itu kerana dia kenal anak lelakinya bagaimana. Berasa teraniaya dan nama anaknya tercemar, Federico nekad ingin menghapuskan mereka yang menjadi asbab kematian anak lelakinya. Dia minta bantuan seseorang.
Seseorang yang dia yakin mampu untuk bersihkan nama baik anaknya.
Menurut khabar angin, gadis ini mempunyai kemampuan yang luar biasa sejak lahir lagi.
Ramai yang menggelar dia Hell Girl. Namun ada juga nama panggilan berbeza yang digelar kepadanya.
Inhuman.
Pitiless.
Unfeeling.
Cold.
Stony.
Insensitive.
Gadis ini dinamakan sebagai Mizuki Aesira, 19 tahun. Seorang gadis yang mempunyai keistimewaan dimana dia boleh buatkan apa saja permukaan yang disentuhnya menjadi beku mengikut kehendaknya. Kalau dia giankan rasa kehangatan tu dia akan serap apa saja benda dan objek yang mempunyai suhu hangat sekalipun manusia!
Sebab itu tiada siapa berani nak berurusan dengan manusia ais ini.
Bip!
Bip!
BIp!
Mesin pembaca kad itu berbunyi setelah tangan itu swipe kad pada peti yang ada di tepi pintu kaca tersebut.
Tiga orang lelaki bersut pengawal keselamatan dan seorang lelaki bersut tentera berjalan masuk ke ruangan kaca itu. Disambut dengan seorang manusia di dalam sut pakaian hazardnya.
"Selamat pagi Tuan Federico!"tabik orang dalam hazard suit itu. "Saya Thea, supervisor sut incubator ini."
Bersama renungan dingin Federico memberi anggukan kecil.
"Maaf sekiranya tuan tidak selesa dengan suhu tempat ini. Ianya bakal berasa sangat panas seakan di gurun selepas tuan masuk lebih dalam.."beritahu Thea semasa tunjuk ke satu arah supaya mengikutnya.
Mereka yang baru berdiri beberapa saat di situ sudah mulai berasa bahang. Hairan sekejap bila tengok Thea pakai pakaian hazard itu. Tempat itu memang luas, dinding semuanya mempunyai lampu sonar Uv ungu yang membahang. Tiga orang yang ada di situ sudah mula membuat muka tidak selesa kerana kepanasan yang semakin lama semakin menjadi-jadi.
Banyak cerita tentang manusia ais yang tinggal dalam tempat ini. Katanya orang itu akan serap tenaga haba dari benda hidup macam tu aje tanpa belas.
Mereka bertiga tidak boleh brain sama sekali. Kenapa Menteri Pertahanan mereka ini buat keputusan untuk dapatkan bantuan dari sini.
Yalah...banyak-banyak manusia, gadis ais batu ini jugak jadi pilihan?
Gadis misteri dengan kuasa anehnya...
Share this novel