49. Kalau...

Horror & Thriller Completed 8300

"Sejuk?"soal Dante di sebelah.

          "Nope. I'm fine."

          "Nak pegang aku dulu?"

           Mizuki ketawa mendengar tawaran itu. "Awak selesaikan dulu kerja menggodam awak tu...baru saya pegang awak.."

           "Peluk aku pun tak apa."jawab Dante sebelum memandang ke skrin laptop semula. Matanya meneliti tulisan-tulisan coding yang terpapar di skrin. Jari jemarinya tidak henti menaip code hacker untuk ke system maklumat akademi ketenteraan Mizuki.

Sambil baring di atas belakang badan Dante yang sedang meniarap, Mizuki termenung memandang siling sambil bermain dengan cube di tangan. Pelan satu dia telah terlaksana. Seterusnya ialah pelan kedua dia. Iaitu Joacquin. Lelaki itu adalah punca segalanya bermula.

             "Dante??"mula Mizuki yang teringat akan isi kandungan diari yang ditemuinya. Dia tidak simpan. Hanya diletakkan semula ke tempat asal supaya tiada yang curiga.

            "Hm?"jeda Dante tidak bergerak dari posisi. Masih tekun memandang skrin. "Kenapa?"

            "Kalau Danzo masih hidup...apa kata-kata  awak kepada dia sekarang ni?"

            Untuk seketika jari jemari yang laju menaip tadi berhenti dari bergerak. Dante termenung memandang skrin dengan tatapan kosong. "Kenapa kau tanya?"dia kerling mata ke bahu sambil tu.

           "Kalau saya cakap yang Danzo sebenarnya selama ni tak pernah rasa bahagia...awak percaya tak?"

            Mendengar pertanyaan itu buatkan Dante bergerak. Dia ubah kedudukan meniarap kepada duduk di permaidani bilik bacaan itu. Betul-betul menghadap perapian di situ. "Apa yang buatkan kau cakap macam tu?"soalnya kemudian.

Serentak itu juga Mizuki bangun dan bersila betul-betul menghadap Dante. Dia pandang segenap inci wajah itu dengan perasaan tidak dapat dijelaskan. Selama ni kan Dante bencikan Danzo. Kalau boleh dia mahu Dante tahu hal sebenar tentang Danzo supaya Dante sedar dan berhenti dari terus membencikan Danzo.

           "Kan awak pernah cakap sejak awak lahir hinggalah besar, Danzo sentiasa ditatang bagai minyak yang penuh dengan mommy dan ayah awak?"

          "Hm..betul."angguk Dante dengan reaksi skeptikal. Bincang tentang Danzo buatkan dia sensitive sikit. "Dah tu?"keningnya berkerut tidak suka. Hidup ke mati!Semuanya tentang Danzo!Siapa aje yang tak sakit hati!Sampaikan Mizuki sendiri asyik fikir tentang abangnya yang telah mati tu!

          "Awak pernah terfikir tak apa perasaan Danzo sepanjang masa dia dilayan begitu?" tanya Mizuki lagi. Kepalanya terlentok saat tangannya memegang kedua-dua belah kaki rapat ke dada.

          Seketika itu, Dante terfikir mengenainya. Dia balas tatapan berkerut Mizuki dengan kening berkerutnya sendiri. "Selama ni aku fikir Danzo mesti happy sebab ayah dan mommy selalu lebih kan dia. Apa yang terbaik dan berkualiti, mereka akan serahkan kepada Danzo. Termasuk la tawaran masuk ke akademi tempat Danzo belajar....dia orang sanggup buat pendaftaran secara senyap tanpa pengetahuan aku...."

          "Awak fikir begitu dari sudut pandangan awak kan?"Mizuki melepaskan hela nafas pendek lalu mencapai tangan Dante untuk di ramas lembut. "Macam mana dari sudut pandangan Danzo sendiri?"

          Dante membiarkan tangan Mizuki memegang    jari jemarinya waktu itu. "Dari sudut pandangan Danzo?"

         "Macam mana kalau Danzo sebenarnya tak happy dengan semua perhatian yang mommy dan ayah awak berikan kepada dia?Macam mana kalau sebenarnya selama ni Danzo menderita sebab perlu menjadi sempurna di mata ayah dan mommy awak?"tanya Mizuki lagi.

          Terkedu Dante saat itu. Dia pandang Mizuki tanpa berkedip sepanjang waktu Mizuki bercakap. Pertanyaan itu buatkan otak dia ligat hendak memproses memori-memori lama yang tersisa dalam fikiran dia waktu itu. "Tapi aku selalu nampak dia senyum... ketawa... happy bila bersama dengan ayah dan mommy...bila dengan aku..."

          "Iya...macam mana kalau semua tu hanya lakonan semata-mata?Macam mana kalau bila dia dengan awak...Danzo tunjuk karakter sebenar dia...sementara tu..bila depan parents awak...dia masking emosi dia supaya parents awak happy?"

           "Mizuki...apa yang kau cuba beritahu ni?"

            Mizuki pandang ke arah bingkai gambar lama yang tergeletak di nigh stand sebelah katil Dante. Gambar lama keluarga Dante sewaktu Danzo hidu dan Ruby masih sihat. "Saya cuma terfikir...sebab itu saya tanya..."isi coretan dalam jurnal lama Danzo berlegar-legar dalam kepala dia waktu itu. Kalau dia beritahu Dante, apa reaksi Dante nanti?Adakah Dante akan semakin bencikan keluarga lelaki ni?Atau salahkan diri sendiri atas kematian Danzo?

             "Kau takkan tanya kalau tak ada sebab..."

Mizuki tersenyum sendiri. Dia terus sandarkan dirinya ke dada Dante dan merehatkan kepala ke bahu itu. Tangan dia di lingkarkan ke sekeliling pinggang.

            "Hei...aku tanya kau ni.."Dante pegang belakang badan tu saat tunduk hendak memandang wajah Mizuki tetapi gadis itu hanya sandarkan pipi ke dadanya tidak mengatakan apa-apa.

             "Saya akan beritahu awak semuanya selepas segalanya selesai...."beritahu Mizuki semasa mengeratkan pelukannya ke sekeliling tulang rusuk Dante.

Selepas itu Dante tidak berbalah . Dia biarkan sahaja kenyataan Mizuki tergantung tanpa penjelasan walaupun dia terdesak sangat nak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience