50. Busted!

Horror & Thriller Completed 8302

Laman sosial dan papan kenyataan eletronik milik akademi penuh dengan pelbagai imej dan maklumat rahsia. Semuanya dibuka untuk tontonan umum. Dari gambar sehingga la maklumat peribadi mereka yang terlibat. Semuanya didedahkan seakan artikel murahan dalam majalah tabloid.

Dan MVP pada hari itu tidak lain tidak bukan...

            "Serius la wei selama ni Sabrina bayar orang untuk dapatkan markah?"

            "What the hell?Aku ingat dia pelajar cemerlang sebab potensi diri dia sendiri."

            "Aku dah agak punya!Bukannya boleh percaya perempuan macam dia ni!"

Semua kadet yang lalu lalang di situ berbual sesama mereka semasa tunduk memandang telefon dan skrin ipad masing-masing. Membaca butiran yang terpapar di skrin. Awal-awal pagi lagi mereka dikejutkan dengan artikel begitu. Penuh wall mereka dengan status yang di upload oleh anonymous. Profile private yang tidak diketahui asal usulnya.

Sejak itu seluruh akademi digemparkan dengan kebenaran bahawa Sabrina Haydn adalah penuntut yang menggunakan wang untuk mendapatkan status dan rekod cemerlang. Selain itu dia juga dikaitkan dengan kisah kematian Danzo Luth dua tahun yang lalu.

Seluruh badan majlis kadet akademi kelam kabut. Mereka tidak dapat menyangka bahawa ahli majlis mereka terlibat dengan kes memalukan itu. Mahu tak mahu mereka buat kenyataan bahawa Sabrina telah di tendang keluar dari badan majlis pelajar akademi.

Selain itu, pensyarah yang terlibat dengan kes sogok menyogok oleh Sabrina juga di dedahkan hingga beberapa orang Pendidik yang terlibat di buang kerja serta merta pada hari itu juga kerana bukti terlampau jelas. Segala butiran yang ditunjuk dalam media social dan papan kenyataan akademi menyebabkan rekod kecemerlangan Sabrina dimansuhkan dan dilabel sebagai 'invalid' dalam rekod.

Seperti dibadai taufan, segala yang dibina selama tiga tahun di situ musnah begitu hanya dalam satu hari.

BAM!

            "Jaocquin!"muncul empunya kisah di depan pintu bilik tidur lelaki itu. "Kau memangkan!"marah Sabrina sambil berarak mendekati katil dimana Jaocquin sedang berbaring.

           Gitar yang dipegangnya di turunkan ke bawah perlahan-lahan. "Kau dah kenapa?Gila dah?"

           "Kau kata kau akan uruskan perempuan bernama Mizuki tu kan?Kenapa dia masih hidup?Kau tengok apa dia dah buat sekarang!"

           Joacquin masih bersahaja di situ. Langsung tidak terjejas dengan marah Sabrina itu. "Bukan masalah aku.."

           "Bukan masalah kau?Hei jantan tak guna!Kau dengar sini!Kalau aku jatuh!Aku takkan jatuh sendiri!Kau yang jadi punca hidup aku tunggang langang macam ni!"

           "Dah kenapa aku pulak?"

           Sabrina pukul hujung kaki Joacquin yang melunjur di atas katil itu dengan marah. "Jangan buat-buat tak tahu ya!Kau tahu apa yang aku cuba cakapkan sekarang."

          "Oh..please Sab...cerita lama. Lagipun apa yang berlaku antara kita cuma one night stand. Tiada sebarang ikatan. Kau pun enjoy kan?"

           Berdengus jijik Sabrina bila dengar. "Kepala otak kau!Kau dadahkan aku!Masa tu aku tak sedar apa aku buat!kau tiduri aku tanpa aku sedar..."

          "Well at least you enjoy it..."dengus Joacquin dengan sengih mengejek.

            Dada Sabrina naik turun hendak mengamuk di situ. Dia pandang Jaocquin dengan kepalan penumbuk dalam genggaman. "Aku nak kau selesaikan semua ni!Kau yang menyebabkan Danzo mati...kalau kau tak buatkan dia mati...semua ni takkan terjadi. Perempuan pelik bernama Mizuki tu takkan datang ke sini dan cari pasal dengan kita semua!"

Kata-kata Sabrina buatkan jari Joacquin yang memetik tali gitar tadi berhenti.

             "Kalau Danzo tak tahu aku curang dia dengan bersama kau...dia takkan cuba ugut untuk dedahkan semua rahsia kita pada dekan!Kalau bukan disebabkan perangai sombong berlagak kau tu, Danzo takkan mati!"bentak Sabrina kerana begitu bengang. "Mizuki datang jumpa aku. Ugut aku untuk sakiti ahli keluarga aku kalau aku tak bukak mulut.Dan sekarang semua rahsia aku terdedah!"
 
            Tidak semena Joacquin ketawa. Dia letakkan gitar atas katil dan turun dari situ. Dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar sweatpant dia jalan dekati Sabrina. "Dan kau rasa...siapa dalam akademi yang simpan semua rahsia kau tu?"tanya dia dengan kepala terlentok sedikit ke bawah kerana ingin bertemu mata dengan gadis depannya itu.

Perlahan-lahan kening Sabrina yang berkerut itu menjadi kendur. Gadis itu pandang seakan menyedari sesuatu.

            "Dah tahu?"tanya Joacquin.

            "Sh*t!Jarrel dengan kawan-kawan dia. Aku bayar dia orang untuk tutup mulut...dah kenapa pulak dia orang berani tikam aku dari belakang!"

Joacquin menarik sengih jahat meleretnya.

Dia tak sebodoh Sabrina yang sanggup percayakan orang lain untuk simpan rahsia sendiri. Dari dia suruh orang simpah rahsia dengan wang..baik dia bunuh saja mereka!Habis cerita! Lagipun kalau Sabrina dibuang dari akademi ni, anugerah pelajar cemerlang bakal menjadi milik dia.

            "Better kau pergi cari dia orang sebelum dia orang yang cari kau dulu"beritahu Joacquin.

            Sabrina memandang tatapan penuh muslihat Joacquin dengan renungan benci. "Itu tak bermakna aku akan biarkan kau macam tu aje!Kalau hidup aku musnah!Kau pun kena rasakan benda yang sama.."

            "Good luck..."ucap Joacquin sedikit pun tidak berasa gentar dengan ugutan itu. Dia pandang wajah Sabrina dengan lama. Yalah...takut nanti dah tak dapat tengok muka tu lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience