Flashbacks
Bekas mug yang berisi hot chocolate panas di letakkan atas meja dimana rakan sebiliknya sedang tekun menelaah di meja itu. Sambil pandang, dia gerak mengambil tempat di atas katil menghadap meja belajar itu.
"Rajin betul kau study?Aku fikirkan kau dah siapkan semua tesis dan tugasan bertulis ni awal minggu lepas?Kenapa kau buat semula?"
Danzo yang sedang tunduk menulis itu diam untuk seketika sebelum bersuara.
"Ini bukan aku punya kerja. Tapi Sabrina."jawab Danzo dengan ceria.
Bergerak-gerak cuping telinga dia secara refleks lepas dengar.
"Sabrina?Dah kenapa pulak kerja dia, kau yang settle kan?Memangnya dia tak ada mata tangan sendiri ke nak buat?"soalnya sedikit jengkel. Selama setahun mereka berdua sebilik, kawannya ini langsung tak cuba nak belajar sebut perkataan 'tak nak'. Yang mana buatkan dia sakit hati sendiri.
"Sabrina kata dia busy. Jadi tak sempat nak buat....sebagai teman lelaki dia yang baik....aku tolong la siapkan...."ujar Danzo dengan senyuman bangga di bibir saat menepuk dadanya sendiri.
"Oohh....please la. Ini namanya bukan baik. Tapi push over! Kau ni sayang sangat la dekat Sabrina tu. Sampaikan dia guna-gunakan kau pun tak sedar."kepalanya di geleng kesal.
"Marah ke?Relaks la..bukannya selalu."
"Memang aku marah. Sebab ini bukan first time kau tolong orang lain siapkan kerja dia orang....Danzo kalau kau buat semua ni semata nak puaskan hati orang lain...in the end...kau sendiri yang sakit. Better kau berhenti. Berapa kali aku nak beritahu. "
Tidak semena Danzo ketawa dengan komen itu. Lelaki itu angkat kepala lalu toleh memaling kepala ke arahnya di katil.
"Sebab itu ke kau buat-buat tak kenal aku bila kita dekat luar?Sebah kau malu ada kawan push over macam aku ni?"soal Danzo dengan senyuman sedih di bibir.
Dia yang dengar pandang tidak berkedip akan Danzo waktu itu. Jelas-jelas dia nampak dari tatapan itu Danzo kelihatan terdesak seperti hendak katakan sesuatu. Tapi entah kenapa Danzo tidak mahu katakannya!
End of flashbacks
"Kau dah dapat maklumat tentang Mizuki ke?"tanya Jarrel semasa membetulkan neck tie di baju uniform yang dipakai.
"Awak nak cari tahu tentang Mizuki lagi buat apa?"tanya Jessica kedengaran jengkel. "Awak nak kita semua kena tembak dengan sniper misteri tu lagi ke?"
"Hahaha....fobia ke Cik Jessica?" sakat Tyler di meja komputer semasa lelaki itu sedang membaca buku. Kakinya terangkat di atas meja itu.
"Baru kena tembak sikit dah fobia?Apa barang....ni baru dekat dalam akademi... nanti masa war betul-betul takkan lari?" tambah Gray pula saat lelaki itu berdiri di hadapan rak fail membelek dokumen di situ.
Sambil buat muka tidak puas hatinya, Jessica jeling ke arah dua rakannya itu lantas berkata.
"Ini bukan soal fobia la."Jessica tarik tali leher supaya longgar dari kolar baju."Aku cuma tak nak berada dalam masalah terutama sekali masa akhir-akhir ni. Ingat sikit, aku kena graduate. Atau parents aku sekat semuanya dari kehidupan aku dan kena berkahwin pada usia muda."
"Alah....buat relaks je la. Kau gelabah-gelabah pun bukannya berlaku apa-apa." beritahu Tyler.
Gray tidak mengatakan apa-apa. Dia pandang ke fail yang dipegangnya lantas meneliti butiran yang tertera di atas kertas itu.
Jarrel pulak termenung, dia pandang Jessica semasa gadis itu sibuk bercakap dengan mereka. Lantas matanya dikerling keluar jendela. Waktu itu dia ternampak kelibat Mizuki sedang bermain salji dengan ahli kadet junior di situ. Mungkin sedang beriadah sebelum latihan kawad dijalankan.
"Aku still tak boleh brain kau tahu.." Tyler toleh ke Jarrel. "Kenapa lepas 2 tahun baru nak cari tahu apa yang berlaku?"
Jessica berdengus kecil. "Kau ni itupun nak tanya ke?Of course la sebab kes tu telah ditutup. Kalau tak di tutup tak ada siapa boleh siasat sendiri melainkan atas arahan pihak berkuasa. Lagipun kes ni diklasifikasikan sebagai bunuh diri."
Waktu itu sepasang mata mengerling ke arah Jessica saat tangan itu dalam diam mengepal erat jari jemari dalam genggaman. Berasa berang akan kenyataan bahawa kematian kawan baiknya ditutup begitu saja tanpa pengadilan!
Bukan baru hendak disiasat, sebenarnya sudah 2 tahun siasatan di jalankan. Tapi satu pun tiada hasilnya!Pelbagai cara di lakukan untuk dapatkan bukti dan dedahkan kejadian sebenar, tapi satu klu pun tidak berjaya di peroleh!
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
Share this novel