Gray melepaskan hela nafas panjang dan kembali berkata.
"Aku kenal Danzo. Dia bukan seorang yang jenis cepat putus asa atau berfikiran negative macam tu...jadi kematian dia sebab bunuh diri tu...aku tak pernah percaya."
Detik mendengar penjelasan itu. Mizuki terus tersedar sesuatu. Mengingatkan kembali apa yang dibacanya dalam jurnal Danzo ianya meyakinkan dia bahawa kes ini bukanlah sekadar kes bunuh diri. Ianya adalah kematian yang dirancang!
"Dan saya percayakan kata-kata awak tu jugak.."Mizuki mengangguk dengan senyuman meleret di bibir.
"Aku dapat tahu Joacquin dan Sabrina bekerjasama dalam penglibatan akan kematian Danzo. Aku dengar perbualan dia orang tempoh hari.."
Kening Mizuki terangkat sedikit. "Tentang apa?"
"Tentang pengakuan yang dia orang berdua ada kaitan dengan kematian Danzo..." pandang Gray dengan renungan sinis. "Sejak awal Danzo dan Sabrina bercinta Danzo yang siapkan tugasan Sabrina. Tak kira la sakit atau lapar, Danzo akan luangkan masa siapkan tesis dan ujian Sabrina. Dan Danzo jugak punca kenapa Sabrina dapat nama...paling pelik...lepas Danzo meninggal dunia...segala rekod dan pencapaian Danzo telah dimiliki oleh Joacquin...kau tak nampak pelik ke dengan semua ni?"
Mendengar hal itu, Mizuki teringat akan majalah yang dia pernah baca tempoh hari. Jadi betullah sangkaan dia. Joacquin telah palsukan rekod Danzo supaya semua maklumat itu menjadi rekod Joacquin. Kejadian di kelab tempoh hari juga tunjuk bahawa Joacquin tak nak dia siasat akan kematian Danzo kerana risau apa yang Joacquin miliki akan musnah.
"Aku percaya...yang Sabrina dan Joacquin hapuskan Danzo sebab nak elakkan kebenaran dari terdedah. Mereka berdua takut kalau hal sebenar diketahui...kalau orang tahu yang selama ni semua kejayaan yang dia orang peroleh adalah usaha Danzo sendiri..segala nama baik dan rekod yang dia orang peroleh akan dirampas. Untuk itu sebelum hidup dia orang musnah..dia orang musnahkan hidup Danzo dulu.."desis Gray lagi dengan benci.
Wow~
Mata Mizuki terbuka sedikit kerana terkejut. Macam mana Gray boleh ringkaskan segalanya apa yang sedang bermain dalam kepalanya waktu itu.
Well played!Hujung bibir Mizuki terjungkit sinis. Dia tolak dirinya dari bersandar setelah itu.
"Aku akan tolong kau siasat kematian Danzo..tapi dengan syarat..."aju Gray dengan perlahan.
Mizuki mengangkat mata ke tatapan dingin Gray. "Syarat apa?"
"Beritahu aku dulu siapa yang hantar kau ke sini?"kening Gray berkerut-kerut sedikit saat memandang Mizuki. Adakah gadis ini ahli keluarga Danzo?
Berdengus kecil Mizuki dibuat soalan itu.
"Hahah..ditanya lagi. Mestilah saya ni orang upahan keluarga Danzo. Mereka hantar saya sendiri ke sini untuk menyiasat kematian anak sulung lelaki mereka yang telah menyebabkan si ibu diserang penyakit meroyan yang parah...."
Menahan nafas Gray serta merta. Dia pandang sedikit tergamam. "Danzo bukan anak yatim?Aku ingat dia anak Yatim sebab sekalipun dia tak pernah ungkit tentang ahli keluarga dia.."
Mizuki menjungkit bahu. "Maybe protocol keselamatan yang buatkan Danzo ambil keputusan untuk low profile."
Selepas itu Gray tidak mengatakan apa-apa lagi. Dia hanya mendiamkan diri kerana masih bingung.
"Memandangkan awak sendiri nak bantu. Kita akan proceed terus ke pelan seterusnya. Tapi awak kena tabah tau....jangan mudah melatah atau marah."pesan Mizuki.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
Bersama renungan penuh maksudnya Mizuki pandang wajah bingung Gray. "It's gonna be a roller coaster ride..."ujarnya dengan ceria.
"Apa yang kau akan lakukan nanti?"Gray cuba dekati Mizuki tetapi gadis itu malah bergerak ke kiri seakan cuba jauhkan diri.
"Pertama sekali kita akan bersihkan akademi ni dari mereka yang korupsi."pandang Mizuki dengan tangan di belakang badan. "Itu bermakna, kawan awak yang lain juga akan terlibat sama..."pandangnya dengan senyuman sinis di bibir.
"Termasuk aku sekali?"soal Gray sedikit cuak.
"Kalau awak tak bersalah...tiada apa yang perlu awak takutkan lainlah awak lakukan kesalahan." beritahu Mizuki bersama senyuman sukanya di bibir. Federico pernah berpesan...lelaki itu tidak mahu kes Danzo di bawa keadilan. Lelaki itu tidak mempercayai undang-undang atau mahkamah, 2 tahun Federico bergelut mahu mencari kebenaran atas kematian Danzo tetapi tiada seorang pun yang mahu membantunya. Oleh itu Federico sendiri ambil keputusan untuk menemui dia. Meminta dia yang berikan keadilan di atas kematian Danzo.
"Kemudian...apa?"
"Kemudian...hahah...surprise."Mizuki buat tangan semasa berkata. "Awak akan tahu lambat laun...yang penting. Jaga diri jangan sampai ketahuan dengan sesiapa mengenai pertemuan kita ni....."dia kemudiannya berpaling ke arah pintu sambil tu.
Mata Gray memandang belakang kepala Mizuki dengan kepalan penumbuk di tangan. "Bersihkan nama baik Danzo untuk aku Mizuki..."mintanya.
Mizuki dengar tapi dia tidak menoleh, hanya mengukir senyuman di bibir dengan lebar.
Share this novel