23. Kena Ngurat

Horror & Thriller Completed 8300

Knock!

Knock!

Permukaan meja itu diketuk dengan satu kepalan penumbuk lalu diikuti dengan satu air kotak dan sebungkus snek di letakkan pada meja.

Elok dia sedang membaca, kepalanya dongak memandang ke atas dengan mulut ternganga sedikit.

            "Hai.."senyum Joacquin semasa tarik kerusi kosong di situ lalu duduk di tepi meja Mizuki. "Tekun betul baca...baca apa tu?" soalnya semasa memandang muka comel depannya itu.

Mizuki pandang majalah yang dia pinjam dari perpustakaan tadi. Majalah lama yang mengandungi plantun dan nama-nama kadet dua tahun lepas.

            "Tak ada apa-apa...apa senior buat dekat sini?"tanya dia semasa pandang sekeliling kelas. Ingatkan ada orang, rupanya dah kosong. Tinggal dia seorang di situ rupanya. "Eh?"

            "Hahah..."Joacquin ketawa melihat reaksi bingung Mizuki yang lucu itu. "Saya nampak awak duduk seorang diri la saya datang tegur...kalau tidak...entah sampai habis baca pun awak tak sedar yang semua orang dah keluar kelas."

             Mizuki tersengih meleret. Dia tarik majalah itu lalu dibawa ke bawah laci meja. "Terima kasih senior."ucapnya semasa capai air kotak dan bungkusan snek di situ. "Nanti saya belanja senior pulak.."ujarnya semasa menanggalkan straw dari kotak itu lalu di cucuk pada kotak itu.

            Joacquin menopang tepi pipi dengan tangan kanan yang di sikukan atas meja saat menatap Mizuki. "Saya dengar awak pindah masuk ke akademi ini kerana isu disiplin di tempat belajar lama awak?betul ke?"

Burrr!

Tersembur minuman yang baru di sedut tadi.

             Mizuki terus bawa tangan ke mulut semasa pandang Joacquin. Hah?Dia pun dah lupa apa alasan keberadaan dia di sini. "Umm....yeah?"balasnya agak tidak pasti.

             "Hahaha...jangan risau. Saya tak marahpun. Sekadar bertanya...yalah..gadis cantik seperti awak ni tak mungkin la buat masalah kan...pasti ada salah faham di tempat belajar lama awak tu kan?"Joacquin keluarkan sapu tangan dari poket seluar lalu dia kesat mulut Mizuki dengan sapu tangan itu lemah lembut.

               Terkedu sendiri dengan tindakan itu Mizuki hanya mampu tersenyum senang kerana tidak tahu hendak bereaksi apa lagi. "Hehehe..."sengihnya.

                Joacquin pun ikut tersenyum. "Minum perlahan-lahan..."

Mizuki kerling ke lencana yang terpasang pada pakaian Joacquin. Lencana sama yang dia Nampak dalam majalah student yang dilihatnya sebentar tadi. Lencana berbentuk pedang dan shield. Yang mana hanya boleh diperoleh sekiranya seorang kadet itu lulus dalam ujian combat dan seni pertahanan diri. Dan ujian itu bukan semua orang boleh ikut.

                 "Cantik lencana tu..."ujar Mizuki setelah itu.

                 Kepala Joacquin terus tunduk memandang dada kiri. "Yang mana satu??"

                 Mizuki tunding jari telunjuk ke Lencana berkenaan. "Ini..."beritahu dia.

                 Joacquin pandang Lencana itu lantas tersenyum. Dia usap sedikit Lencana tersebut lantas memandang Mizuki dengan renungan penuh maksud. "Iya...Lencana ini ada banyak kenangannya. Dan paling berharga buat saya"

                 "Banyak kenangan?"Mizuki menjungkit kening tinggi ingin tahu. "Mind to share?"

                 "Boleh...tapi dengan syarat.."Joacquin kerling ke tangan Mizuki yang berglove itu lalu ke muka comelnya. "Hujung minggu ni outing. Kalau tak kisah..keluar dengan saya. Dan saya akan ceritakan kepada awak bermacam-macam rahsia.."

                 Mizuki mengangguk kepala. "Hahah...serius?Senior nak share story dengan saya?Tak apa ke?"kepalanya terlentok manja.

                "Of course..untuk gadis comel macam awak..apa-apa pun saya sanggup buat." tambah Joacquin lagi.

                "Okay..."setuju Mizuki tanpa berfikir panjang atau berasa risau. Iyalah..buat apa nak risau. Orang nak sentuh dia pun susah...inikan lagi cuba apa-apakan dia. "Saya tak kisah.."

                 Joacquin menarik senyum penuh kemenangan. Senang aje nak trick budak baru. Lagi-lagi kalau yang innocent macam Mizuki ni. "Kalau macam tu...jumpa saya dekat depan pintu pagar Utama petang Khamis nanti."'

                Dengan teruja Mizuki mengangguk kepala dengan laju. "Alright."

Di saat dua orang itu sibuk berbual di dalam kelas, tanpa disedari muncul seseorang dari luar koridor. Kebetulan melewati depan pintu bilik kuliah itu. nampak sahaja kelibat Mizuki dan Joacquin di situ, orang tersebut berhenti dari berjalan lalu sembunyi di tepi dinding untuk mengintai lihat akan dua orang itu.

              "Saya dengar awak beberapa kali gagal berenang...okay tak kena denda hari-hari?"

               "Hahaha...mana ada. Saya pandai berrenang aje..cuma teknik selaman tu yang fail.."

                "Nak saya ajarkan nanti?"

                "Eh?Susahkan senior aje..."

                "Apa yang susahnya...dah memang tugas saya mengajar kadet junior.."

                "Saya okay je...kalau senior tak kisah."

Perbualan tersebut di dengar oleh orang yang bersembunyi di balik dinding itu. Matanya terarah pada tepi muka Joacquin sebelum ke Mizuki yang ceria tersenyum seperti biasa itu. Selepas seketika, orang tersebut berlalu pergi dari situ tanpa di sedari sesiapa.

❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience