40. Aku benarkan.

Horror & Thriller Completed 8300

               "Dante...!"

              "Nak ke mana....?"bisik Dante semasa merendahkan badannya ke Mizuki. Tidak menghempap sepenuhnya kerana kaki kanan dia menyokong tubuhnya dari berbuat begitu. "Baru datang takkan la nak pergi...?"

Gulp!Air liur di telan. Sh*t! Mulut Mizuki terbuka sedikit kerana begitu tergamam apabila wajah Dante begitu hampir dengan hidungnya. Hei!Jangan dekat sangat la!Masalah nanti!

               "Ke bilik saya la?"jawabnya teragak-agak dengan nafas tertahan.

Untuk seketika, Dante diam tidak berkata apa-apa kerana bermain dengan rambut Mizuki yang bersepah di atas tilam dan bukunya waktu itu. Khayal sekejap dengan kehadiran gadis itu.

              "Beritahu aku...Mizuki."

               "Huh?"

              "Sepanjang masa kau tak sentuh aku...dari mana kau dapat haba untuk hangatkan badan kau?"jari Dante mengusap-ngusap permukaan tapak tangan Mizuki yang dia cengkam waktu itu semasa memandang tepat ke mata itu. Pandangannya dalam terarah pada sepasang mata itu.

Duhh!

Dah kenapa pulak ni!

Apa dia nak jawab?

Marah ke Dante kalau dia beritahu hal sebenar?

              Rapat sangat ni!Tak boleh nafas rasanya! Mizuki menelan air liur lagi sebelum tersenyum. "Mana ada saya sentuh sesiapa..."tipu dia. Kalau la Dante tahu apa dia dah buat beberapa hari ni mesti lelaki ini akan pandang benci pada dia?

               "Kau nak beritahu sendiri atau aku paksa kau beritahu aku Mizuki?"Dante dekatkan wajahnya ke tepi telinga itu.

Mata Mizuki ikut gerak ke tepi bila Dante mendekat dengan jarak yang begitu bahaya itu. Kalau bukan kerana Dante ini klien dia...sudah lama dia terkam lelaki ini dah sedut haba Dante semahunya! Tapi tak!

Mizuki kawal kegilaan dia waktu itu dengan terpaksa!Dia tak nak Dante membencikan dirinya ini.

Yalah. Bukan senang nak dapat manusia yang dia boleh sentuh tapi tak mati!Dan bukan senang nak dapat kawan lelaki yang takkan jauhkan diri dari dia lepas tahu siapa dirinya ini.

Dah dekat ada satu ni...takkan dia nak sia-siakan macam tu aje.

Kalau Dante tak bangun dari dia sekarang!Dia tak janji yang dia boleh control dengan lama!

            "Betul...saya tak sentuh sesiapa." angguknya dengan terpaksa. "Please... jauhkan diri awak dari saya Dante.."arahnya dengan terdesak kerana sudah tidak dapat kawal dari serap haba dari badan hangat di atasnya ini.

Tidak menghiraukan permintaan itu, Dante terus mendekatkan dirinya.

             "Tapi bukan itu yang aku dengar dari ayah beberapa hari ni?"bisik Dante lagi hingga nafasnya menyapa tepi cuping telinga itu. "Seem like you having fun by yourself... without me."

Oh!

My!

Gosh!

               Terpejam terus mata Mizuki waktu itu. Dia atur nafasnya perlahan-lahan supaya dapat tenangkan diri. Jari jemarinya di kepal erat. "Kawal Mizuki!Kawal!Jangan biarkan nafsu menguasai diri!"Desak Mizuki dalam hati waktu itu. "Dante..."panggilnya sambil menggigit bawah bibir.

              "Hmm?"Dante menjungkitkan kening kirinya saat khayal bermain dengan rambut Mizuki di hujung jarinya.

               Sambil membuka mata perlahan-lahan, dia berkata. "Please... jauhkan diri awak dari saya. Saya tak nak gunakan awak lagi..."pintanya dengan lemah.

              Dante jatuhkan badannya ke atas Mizuki sebelum menekapkan bibirnya ceruk leher itu. Mengucupnya dengan lembut sebelum berbisik. "Kalau macam tu gunakan la aku... semahu kau."

Memang tak la!

Seakan dirasuk, Mizuki terus gunakan tenaga yang memang dia jarang guna setiap kali bersama Dante. Dengan mudah, dia bangun dari baring dan menumbangkan Dante ke atas tilam. Gilirannya pula duduk di atas badan itu.

              Terlentang saja di atas katil, Dante berdengus kecil saat tersengih meleret melihatkan Mizuki berada di atasnya. "Wow." tangannya jatuh hinggap di atas peha Mizuki di tepinya ketika itu.

Mizuki selak rambutnya ke belakang telinga kerimasan.

               "Dengar...saya suka awak...tapi memandangkan awak kata hari tu awak bersama dengan saya sebab terpaksa...saya pun terpaksa jauhkan diri dari awak Dante. Awak tak tahu betapa seksanya perasaan ketagih saya sepanjang minggu ni. Bukan niat saya nak sentuh sesiapa...keadaan yang memaksa.."luahnya dengan geram.

            "Jadi kau sentuh orang lain la ni?" Dante pandang judging ke Mizuki di atasnya waktu itu.

            Mizuki jatuhkan tangannya ke tepi kepala Dante. Memandang wajah itu sambil menjilat bibir sendiri kerana sudah tidak sabar. "Sorry?"ucapnya dengan kening berkerut-kerut minta maaf. "Please don't hate me..."

               Sambil tersenyum, Dante bawa tangannya naik  memegang belakang kepala Mizuki. Sebelah lagi hinggap di belakang badan sebelum berhenti di pinggang gadis itu. "Lepas ni kau boleh cari aku bila-bila masa kau nak...aku bagi kebenaran."beritahu dia sebelum bawa kepala Mizuki turun mendekatinya dan dia angkat kepalanya serentak.

Mizuki yang tidak menjangka hal itu hanya membenarkan tindakan Dante itu. Dia diam di situ dengan mata terbuka kagum kerana waktu itu dia merasakan tenaga haba dari badan Dante menyerap masuk ke badannya dengan penuh nikmatnya.

Dante memejamkan matanya semasa bawa badan Mizuki turun supaya baring ke atas badannya lantas memeluk erat tubuh gadis itu.

Senang dengan hal itu, Mizuki ketawa kecil dan senyum membalas pelukan Dante.

CENSORED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience