48. Kelab Malam.

Horror & Thriller Completed 8300

l

Suasana bingit di kelab malam memenuhi lantai menari. Lampu berkerlipan merah biru membias ruangan yang gelap dan malap di situ. Ramai pengunjung pada malam itu kerana hujung minggu. Tambah-tambah lagi ianya hari outing buat pelajar akademi ketenteraan di situ. Memang penuh la tempat itu dengan kehadiran para kadet ke situ.

Rentak lagu remix dimainkan pada waktu itu. Membuatkan mereka menari dengan gembira bersama pasangan dan rakan mereka berdekatan. Sama ada berpelukan mahupun seperti orang hilang kesedaran di situ.

Di balik kesibukan itu kelihatan pasangan yang duduk di sebuah penjuru ruangan bersudut yang tidak dibias cahaya.

Bergelapan di situ *CENSORED*

*CENSORED PART*

Sejak tadi sebenarnya...

Telefon di tepi mereka bercahaya. Minta di angkat panggilan itu. Namun tidak terangkat.

Getaran pada telefon itu boleh dirasai melalui permukaan kerusi itu tetapi pemiliknya langsung tidak mempedulikan panggilan yang diterima.

Jari jemarinya naik memegang tepi kepala itu sebelum membawa ia merapat walaupun kedudukan mereka berdua sudahpun rapat yang tiada ruang dan jaraknya langsung. Kepalanya di ubah kedudukan ke kanan sesaat kemudian.

Brit!

Brit!

Sekali lagi telefon di tepinya bergetar.

Tahu siapa yang menghubunginya waktu itu, Mizuki dengan jengkel menjarakkan wajahnya.  Nafasnya di atur naik turun mencari udara semasa tunduk memandang telefon di tepi kakinya.

Semasa dia mencapai telefonnya, *CENSORED*

           "Ganggu betul.."sungut Mizuki sewaktu Dante meneruskan kucupan pada sekitar rahang dan lehernya tanpa henti.

Bila dilihat ke skrin, Mizuki baca nama 'Gray' terpapar di situ.

Huh!

Button hijau di slide ke tepi.

           "Hello?"sambut Mizuki sambil merenggut rambut belakang kepala Dante dengan lembut apabila tangan Dante mencengkam kuat kulit pinggangnya yang terdedah.

           "Kau ada dekat mana?"tanya Gray dalam panggilan itu.

            Mizuki tersengih *CENSORED PART*"Kelab malam yang awak beritahu saya semalam..." bawah bibir digigit terdesak setelah itu. "Adakah rakan-rakan awak telah tiba ke sini?"matanya di pejam kerana khayal dibuat haba yang diserap setiap sentuhan yang terjadi bersama Dante waktu itu.

           "Aku hantar pesanan pada kau 15 minit lepas...memangnya kau baca ke tak?Jangan buang masa. Dia orang punya klien akan sampai tak lama lagi.."

Well...

Nak buat macam mana...

Dia busy...

Ada distraction yang tidak dapat elakkan!

          "Sorry...bilik mana?"tanya Mizuki dengan nafas di kawal supaya tidak kedengaran mengah!

          "Tingkat 3, bilik sebelah kanan. Ada plak VVIP dekat tepi pintu tu. Kau tengok bilik VVIP 5."maklum Gray lagi dengan suara separa berbisik.

            Tiba-tiba Mizuki merasa sakit di tepi leher kanannya. Buatkan dia menahan nafas dengan tajam. "Auw.."aduhnya semasa jarakkan lehernya dan pegang kesan sakit itu. Apa tu?

            Dante ketawa dengan suara huskynya semasa memandang muka Mizuki waktu itu. Sengih nakal terukir di hujung bibir.  "Sorry...kuat sangat ke?"dia cuba tarik kepala Mizuki mendekat kepadanya semula.

             Mizuki putuskan panggilan itu. "Apa tadi tu?"soalnya kehairanan. Nak dikatakan digigit tak terasa di gigit. Tapi sakit.

             Dante menarik sengih meleretnya sebelum turunkan telefon dari tangan Mizuki. "Kenapa.... kena pergi sekarang?"dalih dia saat *CENSORED PART*

Mata Mizuki lirik akan jam di lengan Dante sambil itu. Hampir masuk 12 malam. Rasanya pertemuan klien Jarrel dan kawan-kawan lelaki itu mula waktu yang sama.

           "Kita kena pergi sekarang..."arahnya semasa Dante memegang lehernya untuk mudahkan lelaki itu mengucupnya dengan lama lagi.

           "Sekejap lagi please..."minta Dante semasa mahu mendapatkan bibir Mizuki semula.

           Mizuki menolak muka itu. "Sekarang Dante..."beritahunya mahu turun dari duduknya di riba Dante.

           Tapi tangan Dante gerak mendudukkan Mizuki semula. "Beritahu aku...kalau aku tolong kau kali ni..apa upah yang aku dapat?"

           "Jangan nak mengada-ngada. Lepaskan saya...kita kena bangun sekarang."beritahu Mizuki membetulkan rambut Dante yang berselerakan dibuat dia tadi.

             Sambil melepaskan keluhan Dante menjatuhkan kepala ke dada Mizuki kerana malas. "Tak boleh ke dalam sehari tu kita lupakan sekejap misi ni?"

Sambil jalan berdua, Dante yang berpakaian serba hitam dan bertopeng mulut itu berada di belakang Mizuki. Jalan dengan kedua-dua tangan ada di dalam poket jaket yang dikenakan. Mata dan telinga dia tajam mengerling sekeliling dan dengar apa yang ada di sekitar waktu itu. Hendak pastikan kawasan yang mereka lalui itu selamat.

Tiba di hadapan pintu berplak 'VVIP 5', Mizuki berdiri di situ untuk memeriksa jam di tangannya. Yakin tepat jam 12 malam, pemegang pintu di pegang lantas daun pintu itu di tolak ke dalam.

Berdiri saja di depan pintu itu, Mizuki di sapa dengan pemandangan dimana, Jarrel, Tyler, Jessica dan Gray. Mereka semua di situ duduk santai dengan minuman di tangan masing-masing.

            "Long time no see old friends..."sapa Mizuki dengan senyuman lebar di bibir waktu itu.

Terkejut dengan kehadiran Mizuki di situ, Jarrel bangun dengan mengejut, mengakibatkan Jessica yang asalnya duduk di ribanya tadi jatuh ke tepi secara paksa.

Dan waktu itu la Dante berjalan masuk. Berdiri di belakang Mizuki seperti pengawal gadis itu. Topi hitam yang ada di atas kepalanya di betulkan supaya wajahnya terlindung. Wajah setiap seorang di situ di lirik dengan benci.

            "Apa kau buat dekat sini?"soal Tyler dengan kening mencerun.

            "Kau!"tunding Jarrel dengan marah ke arah Dante. Kes kena tembak tempoh hari masih berbekas dalam fikirannya.

Dante tersenyum puas dari balik topeng mulut. Seronok ke jumpa!?

            "Bawa bertenang semua. Silakan duduk..."beritahu Mizuki kepada mereka di situ semasa dekati set sofa yang terletak di tengah bilik karaoke itu.

            "Jarrel?Halau perempuan ni!Kita tak boleh ada dia dekat sini...ada klien yang nak jumpa kita"marah Jessica pula.

Gray yang merencana pertemuan itu hanya diam memerhatikan curiga akan lelaki yang berdiri di belakang sofa Mizuki sedang duduk. Lalu pandangannya turun ke wajah blushing Mizuki. Jarang dia lihat wajah pucat itu blushing!

             "Keluar sekarang!"arah Jarrel yang mahu mendapatkan Mizuki di kerusi itu.

             Mizuki malahan menyilangkan kaki dengan yakin. Buatkan skirt yang dipakainya ternaik sedikit. Menampakkan tepi pehanya sambil itu. "Jangan risau...sebab klien yang awak tunggukan tu adalah saya sendiri..."beritahunya dengan sengih bangga.

            Terkaku terus Jarrel sebaik mendengarnya.  "Kau?"

            "Hm-hm.."angguk Mizuki sambil mengedipkan mata dengan senyuman lebar. "Saya ada urusan yang saya mahukan dari awak semua dekat sini.."liriknya seorang demi seorang sebelum berhenti pada Gray. Dengan manja dia kenyitkan mata ke Jessica selepas itu.

Dante di situ hanya diam berdiri. Memandang Jarrel yang masih berdiri di depan Mizuki.

            "Urusan apa?Kau pun nak buat kerja kotor macam orang lain dalam akademi tu jugak ke?"soal Tyler dengan sinis.

            Bila Mizuki dengar, dia tersenyum lebar. "Awak jual maklumat pada saya...sebagai bayarannya awak semua dibebaskan dari mana-mana kesalahan."ajunya.

            "Jangan nak bergurau la!"getus Jarrel sebelum duduk di samping Jessica. "Jual maklumat?Bukan ke kau dah ambil semua maklumat dari data base komputer kita orang.."

             "Tak semua...apa yang saya ambil tu hanya sedikit daripada apa yang awak semua dah lakukan selamat tiga tahun di akademi kita?So...macam mana?On?"

              Jessica buat muka funny sebelum ketawa kerana tak percaya dengan apa yang dia dengarkan. "Itu sama aje kau mintak kita orang gali kubur sendiri..."

            "Well...at least awak diberi pilihan"tambah Mizuki.

            Gray curi-curi mengerling ke Jarrel sebelum memandang Mizuki. Giliran dia pula! "Maklumat apa yang kau nakkan tu?"

             Pandai abang seorang ni...Mizuki pandang ke Gray dan buat-buat seperti mereka berdua tiada kaitan langsung. "Simple aje. Tak banyak pun. Saya perlu nama, bukti fizikal serta maklumat Sabrina Hadyn memberi rasuah dan menipu sepanjang sesi akademi dia....termasuk la bayaran yang dia berikan kepada awak semua untuk tutup semua pemalsuan akaun kewangan milik Sabrina selama ni.."

Jarrel pandang dengan kening mencerun hampir hendak menyampah seranah Mizuki waktu itu. Namun dia terpaksa kawal kerana berasa awas dengan kehadiran lelaki lampai di belakang Mizuki waktu itu.

            "Gila ke apa?Kau fikir kita orang ni bodoh sangat ke sampai nak buat apa kau mintak."marah Tyler.

            "Kau nak bayar berapa sekalipun kita orang takkan setuju!"bantah Jessica pula.

             "Saya ada rahsia awak semua...sementara awak ada rahsia Sabrina...kita tukar?Macam mana?"tanya Mizuki lagi sewaktu menilik setiap seorang di situ dengan senyuman penuh maksudnya.

Tinta tak dapat nak buat ayat sesuai jadi Tinta cut certain part dan ganti dengan CENSORED PART ya. Jangan keliru. But don't worry part tu tk jejaskan flow cerita cuma tinta try nak tapis je content writing tinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience