65. Ending

Horror & Thriller Completed 8302

SPRANG!

Gelas kaca yang dipegang terhempas jatuh ke lantai.

Maid berdekatan datang mendekat ke arah Puan Ruby.

            "Ya Tuhanku!"lafaz Puan Ruby dengan tangan bertekup ke mulut dan mata terarah pada skrin televisyen dimana sedang menyiarkan siaran berita Utama mengenai seorang kadet lelaki di tahan pihak polis atas cubaan membunuh dan membunuh beberapa orang kadet dari sebuah akademi ketenteraan.

              "Mama!"panggil suara Dante pula dengan cemas sambil memegang ipad di tangan. Skrin ipad itu juga memaparkan siaran yang sama. Lelaki itu muncul dari anak tangga.

Ketika maid sedang tunduk mengemas sepah di bawah kaki Puan Ruby, wanita itu bergerak hendak tumbang ke belakang. Namun disokong oleh sofa berdekatan. Riak diwajah jelas beritahu betapa terkejutnya Puan Ruby saat itu.

             "Laporan mengesahkan bahawa Kadet Commander Elit Joacquin Royal di dapati bersalah atas kematian beberapa orang rakan sekuliahnya iaitu Sabrina Hadyn tiga bulan lepas, Jimmy Lee empat bulan yang lalu dan Danzo Luth atas kesalahan membuli hingga membawa kepada kematian pada 2 tahun yang lalu. Kadet berusia 22 tahun ini juga merupakan anak kepada bekas Commander Ketenteraan laut yang sangat disegani isitu Royal Abraham. Bukti disahkan akan perbuatannya apabila sebuah lama media social tidak dikenali telah mengadakan live streaming pertemuan mereka di bumbung salah satu bangunan di akademi tempat mereka berjalan. Live streaming tersebut telah ditontoni hampir 500k ribu orang pengunjung laman tersebut. Dari bukti itu, Joacquin Royal telah ditahan oleh pihak polis bagi menjalani siasatan lanjut."

          Dante yang dalam keadaan terkejut di situ terus mendapatkan Puan Ruby. Dia mendakap sekeliling bahu mamanya dengan erat untuk menenangkan orang tuanya. "Mama..."

         "Tak....kamu dengar tadi tu?Mama tak salah dengar kan?"tanya Puan Ruby dengan linangan air mata di pipi. "Danzo bukan bunuh diri.tapi dia di bunuh...." ruangan itu bergema seluruh ruang tamu itu. Dengan terdesak tangan itu mencengkam kuat lengan baju Dante.

          "Mama....jangan macam ni..."

          "Anak mama...."raung Puan Ruby sambil menumbuk-numbuk dadanya. "Danzo...."

           Sebak mendengar suara tanggisan itu Dante tarik kepala Puan Ruby ke dalam pelukan. "Di mana ayah saya?Dapatkan dia sekarang!" arahnya sambil tu. Apa yang telah berlaku?Danzo mati di bunuh?Kenapa? Macam mana?

Baru sahaja maid di situ berpusing hendak keluar dari ruang tamu itu, secara mengejut maid tersebut berhenti dari berjalan. Wanita itu kelihatan terperanjat saat memandang ke arah pintu keluar ruang tamu.

           "Dah kenapa berdiri lagi dekat situ?Pergi cari ayah saya sekarang!"arah Dante setelah menyedari maid tadi tidak bergerak dari depannya.

             "Tak perlu. Ayah ada di sini."mendatar suara Encik Federico dari belakang ketika itu.

Dengan pantas kepala Dante berpaling. "Ayah apa semua ni?"

              "Seperti yang kamu lihat..."

               "Ini?"Dante tunjuk ke arah televisyen. "Musnahkan hidup seseorang dengan melakukan hal yang tak sepatutnya?"

               "Ianya rancangan Mizuki sendiri. Lagipula...dia tidak menyakiti sesiapa untuk dedahkan hal sebenar akan kematian abang kamu, Dante..."Encik Federico jalan mendekati Puan Ruby. Dia pegang lengan isterinya lalu ditarik bangun dari lantai.

               "Rancangan Mizuki?"Puan Ruby pandang wajah Encik Federico dengan kening mencerun dan wajah basah dengan air mata.

"Ya sayang....Mizuki telah jelaskan kepada saya semua ni dari awal sebelum kejadian berlaku."Encik Federico menyeka air mata dari pipi Puan Ruby dengan kasih. "Dia beritahu saya, Joacquin Royal adalah lelaki yang bertanggungjawab membuatkan anak lelaki kita mati. Lelaki tu cemburukan Danzo kerana Danzo lebih pandai...dia gunakan kepandaian Danzo...dan bila Danzo cuba hendak dedahkan rahsia dia...lelaki tu bunuh Danzo dengan memaksa Danzo terjun dari bangunan tu. Dan ayah budak tu tolong cover perbuatan dia selama ni.."

Rahang Dante berketik, dia pandang Encik Federico dengan riak keberangan. Lain yang dia mahukan lain yang berlaku!Selama ini dia fikir segalanya kembali menjadi sedia kala. Ayah dia tidak lagi memikirkan soal Danzo...mama dia tidak lagi meracau menyebut nama abangnya itu. Rupa-rupanya Mizuki telah merancang dalam diam kesemuanya sekali. Hari ini adalah hari terakhir dia menjawab kertas peperiksaan. Dan dia fikir dapat meraikannya bersama ayah, mama dan Mizuki bersama. Tapi tidak!

             "Danzo!Danzo!Danzo!Memangnya dalam hidup ayah dengan mama ni cuma ada seorang anak aje ke!"tempik Dante. "Habis Dante ni siapa?Bukan anak ayah dengan mama ke?"

             "Cukup Dante!"

            Puan Ruby yang dengar menggeleng kepala. "Bukan macam tu Dante..."

             "Dekat mana Mizuki?Kenapa dia tak balik lagi?" soal Dante.

             "Iya...dimana Mizuki?Anak tu tak apa-apa ke?Cedera ke dia?Pasti dia kesusahan hanya kerana hendak dapatkan keadilan buat Danzo..."rintih Puan Ruby dengan cemas sekali.

             Encik Federico usap belakang badan Puan Ruby sewaktu memandang Dante. "Dia telah dihantar pulang terus ke Pusat Program Sierra kerana kecederaan yang dialami selepas Joacquin melepaskan tembakan ke arahnya petang tadi..."

            "Apa?"membulat mata Dante.

             "Apa awak kata Fed?Mizuki cedera?Bagaimana keadaan dia?Teruk ke?"

             "Jangan risau...dia tak apa-apa. Pasukan perubatan mereka di sana boleh bantu dia. Dan Doktor Kanzo akan merawat Mizuki dengan baik..."jelas Encik Federico masih cuba hendak menenangkan Puan Ruby.

            "Dante nak jumpa Mizuki. Dante nak tanya dia sendiri!"Dante berpaling hendak pergi.

            Namun begitu Encik Federico berkata. "Kamu nak tanya dia apa lagi?"

Bersama wajah merah padma kerana begitu marah., Dante kepal penumbuk dalam genggamna dengan erat. "Dante nak tanya...adakah selama ni dia hanya gunakan Dante sebagai sumber haba dia atau bukan?Dia dah janji dengan Dante!"

           "Perlu jelas bagaimana lagi Dante... sudah semestinya. Kamu hanya sumber haba dia sahaja. Jadi apa sahaja perasaan yang kamu rasakan itu tidak benar sama sekali. Mizuki di sini hanya kerana tugas dia sahaja. Jadi berhenti cari Mizuki dan jalani hidup kamu dengan baik. Peperiksaan akhir kamu telah tamat bukan?Bersedia untuk kem musim panas Olympiad kamu pula nanti."

             "Kenapa ayah cakap macam tu?" semakin berderau darah Dante waktu itu.

            "Sebab ayah yang larang dia dari bercinta dengan kamu. Ingat Dante. Mizuki itu hanyalah objek. Tentera. Dan bahan uji kaji yang tiada masa depannya. Dari kamu habiskan masa kamu dengan orang seperti Mizuki, baik kamu latih diri kamu supaya menjadi lebih baik!"deram Encik Federico.

             "Federico!"marah Puan Ruby. "Tarik balik kata-kata awak. Mizuki telah lakukan banyak untuk keluarga kita.."

             "Dan saya telah melabur banyak demi keluarga kita.."tegas Encik Federico sewaktu memandang Puan Ruby.

              "Sehingga Danzo putus asa dengan keluarga kita..itu yang awak maksudkan?"soal Puan Ruby sewaktu menolak kasar dada Encik Federico.

Pandangan Dante mengerling terus ke Puan Ruby. Keningnya mencerun tidak faham.

           "Awak tahu kenapa Danzo berputus asa untuk jadi pelajar terbaik dalam akademi tu?"tanya Puan Ruby. "Sebab dia penat jadi sempurna di mata awak...."

           Giliran Encik Federico pula yang kebingungan. "Apa yang awak cakapkan ni.."

           Setitis air mata jatuh ke pipi. "Ya...memang betul 2 tahun ni saya tidak berfikiran rasional...dan awak rasa kenapa semua ni terjadi?"Puan Ruby menyeka cepat air mata tu. "Saya jumpa jurnal Danzo...di dalamnya tertulis catatan luahan perasaan dia mengenai sikap awak dan saya yang terlalu mengawal dia dan mahukan dia sempurna..."

Dante ternganga di situ. Dia pandang dua orang tuanya di depan dengan nafas naik turun hendak mengamuk.

           "Jurnal?Bukan ke saya arahkan barang-barang anak tu di buang?"

            "Memang...tapi Mizuki yang berikan jurnal tu kepada saya dua hari semalam selepas menemui jurnal itu di dalam bilik Danzo. Dia suruh saya baca dan fahamkan kenapa Danzo pilih untuk meninggalkan dunia ni..sedangkan Danzo ada pilihan untuk teruskan hidup... selama ni Danzo pilih untuk lindungi Dante...lindungi saya dari sikap egois awak tu...tapi tak...malahan kita yang sakiti anak kita.sebab itu saya kesal..Danzo meninggal dunia dalam keadaan sedih!Saya simpan sebab Mizuki minta saya jangan marahkan sesiapa sebab semua ni pilihan Danzo...malah awak paksa Dante lakukan hal sama seperti mana Danzo lalui"tersedu sedan Puan Ruby meluahkan rasa.

Terundur ke belakang Dante waktu itu. Dia terduduk di lengan sofa belakangnya saat mata termenung memandang ke lantai.

           "Tak...semua ni tak mungkin."lafaznya dengan perlahan. Mizuki tahu semua ni dari awal...tapi ambil keputusan untuk mendiamkan diri!Jadi inilah perkara yang Mizuki beritahu dia sewaktu mereka berbual di dalam bilik tidur tempoh hari. Mengenai kisah sudut pandangan dia sekiranya menjadi Danzo? Mizuki tahu dari jurnal Danzo yang abang dia boleh hidup sehingga kini kalau bukan disebabkan desakan ayah dia yang sukakan pada kesempurnaan? Jadi betullah Mizuki hanya gunakan dia sahaja!?

Encik Federico pandang Puan Ruby dengan renungan dinginnya lantas berkata.

           "Apapun...kematian Danzo telah terbela. Awak telah sembuh dan sihat. Dante telah berjaya ikuti sesi pembelajaran dia dengan baik. Dan semua tu dah tak penting buat saya. Apa yang lepas biarkan berlalu. Sekarang kita fikir ke masa depan. Soal Mizuki tak perlu susah payah memikirkan soal dia. Gadis tu sendiri telah membuat keputusan dia. "

            Puan Ruby palingkan kepala ke kanan sambil menyilang tangan ke dada. Memandang Dante dengan perasaan berkecamuknya. "Maafkan mama Dante...mama patut beritahu kamu semua ni dari awal...supaya kamu berhenti bencikan Danzo...tapi mama tak kuat..."

Dante melepaskan dengusan mengejek. Macam tak percaya pun ada!

             "Baguslah...semua orang ada happy ending dia orang sendiri.."senyum Dante dengan kelat sewaktu memandang Puan Ruby lalu ke Encik Federico. "In the end...I'm the losing one."Air mata yang bergenang di tubir tumpah ke pipi. Kepalanya tergantung ke bawah kerana kecewa dengan keputusan Mizuki. Gadis itu hanya mempergunakan dia sahaja. Dia sangka Mizuki juga ada perasaan yang sama seperti dia?Rupa-rupanya hanya khayalan dia.

Nak buat macam mana...nama pun gadis ais. Hati pasti dingin tiada perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience