Flashbacks
Mata dia lirik akan jari Federico yang sedang memegang picagari berisi cecair putih. Berasa gerun sendiri dengan jarum tebal yang terpasang pada hujung alat itu.
"Kamu dah jumpa cara untuk cari pembunuh anak lelaki saya Mizuki?"soal Federico semasa tunduk ke bawah menusuk picagari itu ke lengan Ruby yang sedang termenung memandang ikan berenang-renang dalam akurium di tengah ruang tamu agam itu.
Mizuki pula sedang bercangkung atas meja kayu sebelah sofa.Menghadap pasangan suami isteri itu. "Ya...Dante dan saya telah dapatkan bahan untuk tarik perhatian mereka yang menyimpan rahsia di akademi ketenteraan itu. Dante masih cuba cari maklumat yang berkaitan dengan Danzo...tapi sampai sekarang belum jumpa lagi..."
"Kemudian...apa keperluan kamu untuk temui saya di sini?"tanya Federico.
"Well...Dante nak tanya sendiri tapi dia takut tuan marah dia...jadi Dante beritahu saya dia minta izin dari tuan untuk bekalkan dia satu kelengkapan senjata sniper jarak jauh dan pakaian khas..."beritahu Mizuki dengan blur. Masih bercangkung di situ perhatikan Federico lakukan tugas sebagai suami untuk merawat isteri yang sakit.
Elok Federico tunduk mengemas barang perubatan di situ, lelaki tersebut berpusing memandang Mizuki dengan kening terjungkit. "Untuk urusan apa?"
"Kata Dante lepas ni mungkin nyawa saya dalam bahaya. Untuk itu dia perlukan sesuatu untuk lindungi saya dari jauh tanpa di kesan... sebab itu dia perlukan kelengkapan tu.."
Federico berdengus kecil. Dia tutup beg berisi bahan ubat-ubatan isterinya lalu di zip. "Apa rancangan kamu berdua sebenarnya ni??Cuba jelaskan pada saya?"
End of flashbacks
"Hahahah."Mizuki ketawa lagi kerana waktu itu dia ternampak bintik merah seperti laser di kepala Jarrel. Dia tak tahu nak cakap macam mana lagi sebab berasa lucu kerana apa yang dirancang oleh Dante berjalan dengan lancar.
Berang dengan reaksi Mizuki, Jarrel yang tidak sabar terus mencampak Mizuki ke bawah. Dia rampas pistol dari tangan Grey lalu melepaskan tembakan tepat di bahu kanan Mizuki.
SPLAT!
Darah terpercik mengenai muka dan leher Mizuki sesaat kemudian sebelum lantai bersalji di bawah gadis itu mulai kemerahan.
"Sebelum aku bunuh kau betul-betul!Baik kau beritahu aku siapa hantar kau ke sini PEREMPUAN!!!!!"
Jesssica di belakang sudah tersenyum puas. Dia dengan bersenang lenang sandar pada batang pokok di situ dengan tangan diseluk dalam poket kot tebalnya. Sementara Tyler hanya berkerut kening. Sementara Gray sendiri bungkam dengan tindakan berani Jarrel itu.
Terbatuk-batuk Mizuki dek kesakitan akibat tembakan itu. Rasa sakit pada bahu tidak dihiraukan. "Awak bunuh saya...semua maklumat awak akan tersebar dengan luas. Segala rahsia yang awak semua simpan dalam akademi ini akan terdedah. Awak nak ke nama baik ayah awak tercemar disebabkan tindakan awak tu Jarrel?"
Nafas Jarrel mula naik turun, dia pandang akan Mizuki seperti mahu menumbuk muka itu berkali-kali.
"Macam ni la...apa kata kita buat deal. Dan saya janji rahsia awak semua akan tersimpan dengan selamat..."muka pucat Mizuki semakin pucat kerana kedinginan dan darah yang mengalir banyak dari badannya waktu itu.
"Deal apa yang kau cakapkan sejak tadi ni?"deram Gray kerana kejengkelan.
"Awak beritahu saya siapa dan apa punca kematian Danzo Luth, kemudian saya pastikan rahsia awak akan tersimpan." beritahu Mizuki dengan sengih meleretnya selepas itu.
Nama itu buatkan Jessica yang bersandar pada pokok waktu itu berdiri tegak. Riak tenang wanita itu terus berubah.
"Danzo?"ulang Jarrel masih mengacukan pistol ke Mizuki.
Mizuki pandang akan bintik merah yang ada di bahu Jarrel pula. Nampaknya dia tiada waktu yang lama sebelum Dante mula beraksi. "10 saat..."
"Apa kaitan kita orang dengan kematian lelaki tak guna tu?"tanya Tyler.
"Kematian dia tak ada kena mengena dengan kita orang...!"tambah Jessica.
"9 saat...."hitung Mizuki.
"Apa yang kau hitungkan hah?"soal Jarrel.
"8 saat..."
"Danzo mati sebab salah dia sendiri...kita orang tak tahu apa-apa.."getus Gray dengan muka bercemberut.
"7 saat..."
"Berhentilah!Atau aku betul-betul leburkan kepala otak kau nanti!"marah Jarrel.
Bintik merah itu bergerak ke lengan Gray pula. "6 saat....."hitung Mizuki lagi.
"Loser macam dia memang patut mati...yang kau kisah pasal orang dah mati tu kenapa?Memangnya apa kaitan dia dengan kau?"soal Jarrel.
"5 saat...."Mizuki mula berasa pening-pening lalat hendak tumbang ke belakang. "Siapa yang menjadi punca kematian Danzo?"soal dia lagi.
"Bunuh aje la perempuan tu!"marah Jessica. "Habis cerita!"
BERDESUP!
SPLAT!!
BERDESUP!
SPLAT!!
"Arghh!!!"dengan serentak suara orang menjerit kedengaran.
Jessica jatuh terduduk apabila betis kiri dia ditembak. Gray terbaring ke tepi sambil memegang lengan kanan dia. Tyler terbaring mengerang kesakitan memegang bilah bahu kiri dia.
Melompat terkejut Jarrel waktu itu, dia pandang rakan-rakannya yang jatuh satu persatu dengan mata membutang luas. "Apa yang-"satu tembakan kemudiannya mengenai pistol yang dipegang. "Arggh!"teriak dia saat memegang tapak tangannya yang berlubang akibat tembakan itu. Dia jatuh melutut kedua-dua belah kaki kesakitan.

Nun jauh dari situ, tersembunyi seseorang dengan pakaian sniper bersalji dan gogel biru kehitaman. Senjata terpacak tegak atas salji putih. Terarah tepat dimana kedudukan Mizuki dan yang lain berada. Dan bila semua di situ tumbang kesakitan dia bangun dari situ. Mula mengemas segala kelengkapan dengan cekap. Sebelum mengorak langkah ke tempat kejadian dengan derap yakinnya.
Sementara Mizuki di situ terus jatuh terbaring tidak berdaya kerana kesakitan. Darah sedia membasahi tempat dia berdiri sejak tadi. Semua di situ dalam keadaan berdarah. Masing-masing mengerang kesakitan.
Sedang Mizuki terbatuk-batuk, muncullah kelibat itu di atasnya. Orang itu tunduk memandangnya sebelum menekap tangan pada tepi muka. "Tunggu dekat sini dulu.."pesan suara dari balik topeng yang dipakai.
Mizuki yang dengar hanya terkedip-kedip cuba hendak kekal sedarkan diri.
Dan waktu itulah Jarrel dongak memandang ke atas. Melihat orang misteri yang ada di depannya dengan muka berkerut kesakitan. Sakit pada tangan dia yang berlubang itu buatkan dia semakin cemas apabila orang misteri itu mengangkat pistolnya lalu diacukan tepat ke tengah kepala.
Klik!
Barrel pistol itu siap hendak di lepaskan tembakan. "Talk!"arah Dante pada Jarrel.
Awalnya Jarrel enggan bersuara.
SPLAT!
Satu lagi tembakan hinggap di lengan Gray oleh Dante waktu itu juga.
"Argghh!!!!"teriak Gray penuh kesakitan.
Terpejam terus mata Jarrel waktu itu. Sumpah dia betul-betul tak nak mati waktu itu! "Joacquin...Joacquin...dia orang terakhir bersama Danzo sebelum Danzo ditemui mati....please. Jangan bunuh kita orang....kita orang memang tak ada kaitan dengan kematian dia!"
Waktu itu kepala Dante terlentok sedikit selepas dengar. "Full name."sebutnya dengan mendatar.
Jarrel gigit bawah bibir kuat-kuat kerana menahan sakit. "Joacquin Royal." lafaznya dengan naik turun kerana sesak di dada.
Barulah Dante turunkan pistol itu. Dia tanggalkan senjata itu menjadi kepingan sebelum dicampak ke tepi begitu sahaja.
"Warning. Apa saja yang berlaku dekat sini, apa yang kau nampak. Apa yang kau dengar. Tiada siapa boleh tahu. Sekiranya hal ni diketahui oleh sesiapa. Semua rahsia kau orang akan didedahkan. Pilih untuk senyap atau mati."beritahu dia semasa tunduk memandang Jarrel.
Dalam keterpaksaan Jarrel mengangguk kepala. Dia sendiri tiada pilihan. Ayah dia tak boleh tahu. kalau ayah dia tahu memang lingkup dia dalam penjara seumur hidup. "Baik."
"Kau tahu siapa Danzo Luth??"Dante tanya lagi.
Muka Jarrel pucat lesi."Tak...aku tak kenal.."
"Kau kenal siapa Mizuki Aesira?"
Laju-laju Dante menggeleng kepala.
"Kau pernah nampak aku dekat sini?"
"Tak. Aku tak nampak apa-apa." terketar-ketar bibir Jarrel waktu itu.
Barulah Dante berpaling. Dia gerak mendapatkan Mizuki yang tidak berdaya di situ. Tubuh itu dukungnya. Menitis-nitis darah sepanjang perjalanan itu.
Sementara Jarrel yang ditinggalkan bersama rakan-rakan dia yang cedera hanya mampu perhatikan pemergian lelaki misteri itu dengan renungan penuh terror. Dia tak tahu apa yang berlaku. Apa yang dia tahu, dia kena jauhkan diri dari Mizuki dan jangan sesekali libatkan diri dengan urusan gadis itu lagi!
Share this novel