63. Promise To Be Broke

Horror & Thriller Completed 8300

Mizuki duduk di sebelah Dante. Memang kebiasaan kalau setiap kali setelah makan malam mereka akan duduk di dalam bilik tidur tu untuk luangkan masa. Tidak berborak atau bercakap, Dante dengan buku-buku lelaki itu, Mizuki rehatkan kaki atas riba Dante. Sebelah tangan memegang ipad, sebelah lagi sibuk menyuap buah-buahan campur yang dipotong dadu ke dalam mulut.

Hubungan rapat yang terjalin antara mereka berdua buatkan masing-masing selesa walaupun tidak bercakap atau berbual untuk suatu jangka masa yang lama. Hanya kehadiran sahaja cukup untuk beritahu segalanya.

Jam hampir ke angka 10 malam. Suasana seakan mahu hujan kerana adanya kedipan kilat di langit malam. Sesekali angin bertiup. Saling diselangi dengan bunyi kersikan api dari perapian di tepi set sofa dalam bilik tidur tersebut.

Dante mengeluh panjang. Tengkuknya sudah lenguh kerana lama sangat tunduk membaca yang ditelaah. Tangannya naik mengurut belakang leher sebelum bersandar letih ke belakang.

          "Hmm..."hela Dante saat memejamkan mata. Tangannya hinggap di atas kaki Mizuki yang berada pada pangkuannya ketika itu.

           Mizuki perasan. Ipad yang di tegakkan atas perutnya di jatuhkan lantas dia pandang Dante dengan kening berkerut. "Dah habis study?"soalnya sebelum duduk tegak dari baring. Skrin ipad yang sedang memaparkan imej beberapa orang lelaki bersut tentera kelihatan sewaktu Mizuki meletakkan ipad itu ke tepi.

           "Rehat sekejap...ada sikit lagi."

           Satu idea muncul di dalam kepala Mizuki. "Saya urut ya. "dia perlahan-lahan gerak duduk di atas pangkuan Dante, menghadap muka itu. Sebaik selesakan diri di situ, bahu tegang Dante di pegang. Mula diurut perlahan.

Sengih terukir serta merta di bibir Dante waktu itu. Namun dia hanya membiarkan sahaja. Mata terus dipejam. Pada masa yang sama kedua-dua tangannya gerak hingga di tepi pinggang Mizuki.

            "Mama happy betul hari ni...apa yang kau dah buat dengan dia?"soal Dante tidak lama selepas itu.

             Jari jemari Mizuki mula gerak ke leher Dante, masih mengurut. "Nothing."jawabnya. "Mungkin dia happy sebab ada orang yang sudi nak makan Masakan dia..." matanya melirik akan mata terpejam di depannya dengan senyuman lebar. Mujur Encik Federico tiada di rumah kebelakangan ni, dapatlah dia luangkan masa bersama Dante tanpa rasa takut! Nanti bila dia dah keluar dari sini, mesti susah nak lupakan manusia kegemarannya ini.

Perlahan-lahan Dante membuka mata, kepalanya yang bersandar pada sofa itu kemudiannya di tegakkan. Membuatkan hidungnya bertemu dengan hidung Mizuki. Dan mereka berdua saling membalas renungan.

           "Baru aku perasaan kebelakangan ni...kau tahu?"bisik Dante di depan muka itu.

           Barulah tangan Mizuki berhenti mengurut, dia lingkarkannya ke sekeliling leher Dante pula. "Tak tahu..."sengihnya pula.

Suara kecil lepas dari Dante sebelum dia kucup hujung hidung Mizuki.

         "Yang sejak kau ada dekat sini, keadaan rumah aku kembali pada suasana yang sama sewaktu Danzo masih ada..."tangannya naik ke belakang badan Mizuki sebelum hinggap pada tepat dimana tulang belakang Mizuki berada. Dia usap naik turun dengan lembut.

          "Really?I wonder why?"Mizuki melentokkan kepalanya sambil menarik sengih meleret kerana suka dengan sentuhan yang diberikan Dante. Dia pun apalagi, ikut sama mengusap belakang tengkuk Dante sebagai balasan.

Mereka berdua tersenyum sewaktu mata mereka berdua saling bertentangan.

         "Ayah aku dah mula luangkan masa untuk kerja di luar, mama mula jalani rutin harian dia seakan tiada apa-apa berlaku. Dan aku dapat fokus dalam life aku seperti orang lain dekat luar sana...thanks to you..."

          Kata-kata itu membuatkan senyuman di bibir Mizuki pudar sedikit. Diam-diam dia pandang ke arah pintu rahsia yang menghala twin room milik Danzo. Sebab itu yang Danzo akan lakukan kalau lelaki tu hidup.. "Baguslah kalau macam tu..."ucapnya separuh berbisik sambil bermain dengan rambut belakang kepala Dante.

           Tidak semena, Dante menumbangkan mereka berdua ke atas sofa itu. Mizuki dibawah, sementara dia di atas. "Untuk tu ada ganjaran hasil kerja keras kau..."ucapnya sambil tu.

Dengan nafas tertahannya, Mizuki pandang tidak berkedip akan Dante yang ada di atasnya waktu itu. Kening terangkat tinggi kerana ingin tahu. Memangnya hari ni semua orang nak berterima kasih pada dia ke apa?

           "Jangan nak mengada-ngada!"Mizuki tepuk kedua-dua belah bahu Dante. "Bangun. Study cepat. Esok ada paper penting kan?"

           "Hahaha...tak salah kalau rehat sekejap kan?"Dante bawa tangannya ke bawah badan Mizuki. Memegang belakang bahu itu dengan kemas sambil mendekatkan wajahnya ke muka gadis itu.

           "Apa yang awak-"kata-katanya tersekat taktala bibirnya di pagut secara mengejut oleh Dante. Sambil tersenyum, lengan Dante dipukul.

Hal itu buatkan Dante tersenyum dari balik kucupan itu.

Selepas seketika, barulah Dante berhenti. Namun masih dalam kedudukan yang sama, dia mengatakan sesuatu yang mana buatkan mata Mizuki terus berkaca seakan mahu menangis.

          "Please stay. Don't go. I need you here."bisik Dante sambil bermain dengan cuping telinga kemerahan Mizuki. Senyuman terukir di bibirnya yang merah.

Terkedu kerana tidak tahu hendak membalas apa, Mizuki hanya mampu tersenyum dengan ajakan itu.

           "Janji dengan aku...kau takkan pergi macam tu aje sampai aku sendiri yang hantar kau balik ke Sierra."

Masih diam.

           Berkerut-kerut kening Dante bila Mizuki tidak menghiraukan permintaan dia itu. "Promise me...please."desaknya.

           Dengan senyuman sedih di bibir, Mizuki pandang tatapan Dante.Dia tak tahu kenapa dada dia sakit, dan mata dia ikut panas seperti ada air yang mahu mengalir. Sedih ke dia? "Hari terakhir awak ambil exam..adalah hari terakhir saya di sini Dante..."bisik hatinya sambil mengangguk kepala.

            "Kau dah janji tau."Dante terus rebahkan badannya menghempap Mizuki lalu memeluk erat tubuh itu. "Nanti aku suruh ayah aku uruskan untuk kau..supaya dapat tinggal dengan kami di sini"

Stay?

Bukan pilihan dia untuk buat keputusan tu...

Lagipun...

Janji dibuat untuk dimungkiri

Bukan semua janji boleh di tepati...

Saat Mizuki memejamkan mata, akhirnya setitis air mata mengalir turun dari tepi kelopak. Dia balas pelukan itu dengan perasaan kecewa dan terkilan yang amat sangat. Sebab Mizuki tahu, hubungan dia bersama Dante takkan berkekalan lama walaupun dia mahu!

12 human 1 body. 6 bulan rehat....setahun bekerja The mathematics not mathematical

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience