Bersama renungan dalam tidak berkedip, dia pandang akan carta yang ada di depannya. Rekod yang tertera di situ sudah cukup untuk buatkan dia tidur dengan lena selama sebulan ni. Jari telunjuk runcingnya gerak dari atas ke bawah meneliti nombor gred yang diperoleh setiap seksyen yang terlibat dalam sesi kuliahnya.
Menurut catatan di situ, Sabrina memperoleh markah penuh untuk semua seksyen kecuali bahagian tembakan jarak dekat dan seni pertahankan diri. Buatkan kedudukan dia berada di rank kedua selepas kadet lelaki yang mendapat tempat pertama berturut-turut dalam bulan itu.
"Well...nampaknya ada orang dapat rank kedua lagi untuk bulan ni?"tegur suara itu di belakangnya tiba-tiba.
Tanpa susahkan diri untuk menoleh, Sabrina silangkan tangan ke dada sambil membuat muka tidak puas hati. "Jangan nak berlagak Joacquin...kau sendiri dapat top1 lepas seksa ramai kadet kan?"soalnya.
Berdiri Joacquin di sebelah Sabrina waktu itu dengan tangan di seluk ke dalam poket seluar. "Kau pun apa kurangnya. Aku dengar kau palsukan rekod penilaian pembacaan peta kau lagi?berapa banyak kau sogok pelatih kau kali ni?"
Barulah kepala Sabrina berpaling ke kanan dimana Jaocquin sedang berdiri. Keningnya mencerun tajam kerana marah. "cakap tu cover sikit eh...tak boleh kuat lagi ke biar satu akademi ni dengar.."ujarnya bernada sinis.
Joacquin ketawa jahat. Senyuman berlagak kemudiannya tersungging di hujung bibir. "Kenapa?Betul kan kata-kata aku. Selama ni kau lulus exam dan dapat sijil sebab kau sogok mereka yang ada dekat sini kan?Termasuk geng The Covenant tu...si Jarrel and the geng."
Nafas Sabrina mula naik turun. Dia pandang penuh kebencian akan Joacquin seakan mahu menelan lelaki itu hidup-hidup. "Paku dulang paku serpih...kata orang dia lagi lebih.."sengihnya selepas itu. "At least aku tak adalah sampai nak bunuh orang tak bersalah hanya kerana tamakkan kedudukan dan kuasa..."
Berketik rahang Joacquin apabila mendengarnya. Urat belirat mulai timbul apabila lelaki itu mula menahan diri dari melenting di situ. "Kau cakap tu pandang-pandang sikit ya..."
"Kenapa??Kau nak ugut aku?Jangan lupa Joacquin. Kalau bukan disebabkan kau, Danzo takkan mati"
"Dan kau pun jangan lupa...kalau bukan sebab kau tolong aku..Danzo takkan mati"
Kedua-dua itu saling membalas tatapan penuh aura membunuh masing-masing. Joacquin dengan renungan gelapnya. Sementara Sabrina balas tatapan itu dengan renungan penuh nekadnya.
"Kau nak apa sebenarnya ni?Datang-datang nak menyakitkan hati aku?Kita dah deal kan takkan ganggu antara satu sama lain kan?"soal Sabrina yang mengalihkan pandangan terlebih dahulu dan kembali memandang papan carta di depannya. Dia tidak kuasa hendak memandang lama muka menyampah Joacquin itu.
Joacquin menjuling mata kejengkelannya sebelum merenggus kasar.
"Ada something yang aku nak kau tahu...."
"Apa?!"
"Ada seseorang cuba siasat kematian Danzo di dalam akademi ni secara rahsia.."
Mata Sabrina terbutang kaku. Dia memalingkan kepala semula Joacquin bersama nafas tertahan tanpa sedar. "Apa kau cakap?Ada orang cuba siasat semula kematian Danzo?"
"Ya...si keparat tak guna adalah budak baru bernama Mizuki Aesira. Dia cuba dekati aku...tapi aku terlebih dahulu dekati dia..dan bagi amaran pada dia.."
Sabrina buat muka. "Mizuki?"siapa pulak perempuan ni? "Apa kau dah buat pada dia?"
"Aku hantar dia pada tiga orang samseng kelab malam aku. Entah apa dia orang dah buat aku tak tahu sebab tak dengar berita pasal dia sejak malam semalam lagi. Dan budak perempuan tu tak masuk akademi beberapa hari ni"jelas Joacquin dengan nada tidak berminat.
"Sejauh mana dia dapat tahu tentang kematian Danzo?"
"Dia cuma tahu aku dan Danzo ada kaitan. Selain tu dia tak tahu apa-apa. Sebab itu aku beritahu kau awal-awal tentang hal ni. Lambat laun dia akan tahu tentang kau. Jadi pandai-pandai la kau jaga diri. Aku takkan pedulikan apa yang bakal berlaku pada diri kau. Apa aku tahu, kau bukak mulut pasal aku dulu...tahu sendiri apa aku buat pada kau..."
Mata Sabrina tidak berkedip dari memandang wajah kacak Joacquin semasa lelaki itu beri amaran.
"Siapa hantar dia ke sini?"soal Sabrina dengan nada separa berbisik.
Soalan itu buatkan Joacquin terdiam beberapa saat kerana dia sendiri tidak tahu.
"Macam sh*t je!Dah 2 tahun berlalu kenapa baru sekarang nak cuba ambik tahu!Dah la waktu macam ni waktu genting aku nak graduate..."gerutu Sabrina tidak suka semasa membuat muka kejengkelan memandang papan carta di depannya.
"Kau cakap macam kau seorang aje nak graduate. Aku pun sama lah. Sebab itu aku beritahu kau semua ni. Kau tutup mulut kau. Aku tutup mulut aku."
"Hish!"tidak berlengah Sabrina berpaling pergi dari situ dengan hentakan kaki tidak puas hati. meninggalkan Joacquin tanpa pamitan.
Sementara Joacquin berpaling ke arah bertentangan. Meninggalkan koridor papan carta itu kesunyian.
Namun begitu, tidak lama ia ditinggalkan, seseorang muncul keluar dari celah tepi dinding di situ. Berdiri di tempat sama dua orang itu tadi berdiri. menghadap papan carta tersebut dengan renungan dinginnya.
Nama Joacquin Royal dan Sabrina Haydn dipandang dengan lama.
Share this novel