Semasa rehat, ada sesuatu berlaku di kantin. Beberapa orang kadet berkumpul dan tumpu pada satu arah. Mereka bergosip sesama sendiri tentang sesuatu yang kedengaran begitu serius.
"Kau tahu Jimmy?"
"Kenapa dengan dia?"
"Aku dengar dia masuk hospital lepas ditemui tidak sedarkan diri di bawah tangga. Orang kata dia terjatuh dari tangga...."
Mizuki baru sahaja selesai membeli makanan itu ambil tempat di bangku kosong yang ada. Tiba-tiba perbualan di depan meja tempat dia makan menarik perhatiannnya. Akhirnya dia tahu punca keriuhan yang berlaku. Mizuki pandang akan tiga orang kadet yang duduk membelakangkan dia di situ. Mereka yang ada ikut sama memasang telinga dan memberi renungan tajam.
"Serius la?Teruk sangat ke kecederaan dia tu?"
"Teruk la jugak. Bila orang jumpa...darah dah bertakung banyak dekat tempat dia terlantar."
"Ehh...kesiannya. Takkan la dia terlantar dekat situ dengan lama tanpa sesiapa sedar?"
"Itulah...dengar cerita lagi dia jatuh semasa semua orang dah tiada...kira-kira tengah malam jugak dia terjatuh..malam tadi."
Mizuki suap makanan ke dalam mulut sebelum dikunyah dengan berselera. Dia teringat akan wajah kadet lelaki yang ditemui hari itu. Rasanya macam baru je dia bercakap dengan lelaki, sekarang sudah terlantar di hospital?
Hilang sudah peluang dia hendak bertanya lebih dengan lelaki tu!
"Kau rasa sebab hal tu ke?"
"Hal apa??"
"Yalah...kau sendiri tahu kan dia kuli Joacquin...entah-entah sebab Joacquin tak perlukan Jimmy...dia hapuskan Jimmy.."
"Ish..kau. Jangan cakap main lepas aje...kalau orang dengar macam mana?Kalau Joacquin dengar macam mana??Tak ke naya nanti."
"Tak adalah...semua orang dekat sini tahu..."
"Dah la...makan aje..masalah orang jangan dihiraukan. Jangan jadi macam pelajar senior tahun sebelum ni...dia cuba tegakkan keadilan...akhirnya nyawa dia jadi taruhan."
Lantas dua orang itu berhenti berbual untuk meneruskan makan mereka.
Sementara Mizuki di belakang waktu itu sudah siap makan. Dia bangun meninggalkan meja tersebut dan bergegas keluar dari kawasan kantin. Setelah itu dia keluar dari bangunan itu untuk ke bangunan sayap utara. Naik ke tingkat tiga sebelum berhenti di depan pintu slidding kaca tinted itu.
Knock!
Knock!
Tangannya mengetuk permukaan kaca itu beberapa kali.
Knock!
Knock!
Untuk seketika slidding door kaca itu tidak bergerak. Mizuki di situ berdiri dengan kening berkerut. Cuba berfikir macam mana nak dapatkan manusia yang ada di dalam ruangan ini.
Ternampak akan pasu kecil di tepi dinding, Mizuki tunduk mengutipnya. Dia berada di situ memandang pad pintu keselamatan yang ada di situ. Dah tak boleh bukak secara sopan, better guna cara tak sopan!
Settle!
Mizuki angkat pasu itu dengan tinggi ke atas kepala lalu di hayun hendak di hempas.
"Haiyaa!"serunya dengan bersemangat.
Waktu itulah slidding door kaca itu terbuka. Berdirinya seseorang di situ dengan tangan bersilang di dada.
Kaku berdiri di situ Mizuki dengan pasu di atas kepala. Matanya di kedipkan beberapa kali. "Heheheh.....haiiii!"sapa dia.
Gray pandang Mizuki dari atas ke bawah dengan muka tak puas hati. "Kau nak apa?"
Cepat-cepat Mizuki berikan pasu itu ke Gray. "Nah ambik ni.."kata dia sebelum gerak ke tepi dan masuk ke dalam pejabat tersebut dengan selamba. Nak jumpa Jarrel sekejap!
Terdiam Gray waktu itu, dia tunduk memandang pasu yang di letakkan ke dadanya lalu pandang semula ke belakang. "What the hell you doing right now?"soalnya sebelum berjalan masuk hendak dapatkan Mizuki semula.
Dan...dan waktu Mizuki masuk, mata dia terus ternampak akan Jessica berada di atas riba Jarrel dan mereka dua orang itu sedang bercumbuan.
"And what the hell you guys doing?"soal Mizuki dengan sengih nakal di bibir. Iihh...tak malu. Buat PDA depan-depan!
Jessica tenang di atas pangkuan Jarrel sewaktu mereka berdua menjarakkan diri semata hendak memandang gadis beruniform biru gelap di depan mereka.
"Apahal kau dekat sini?Nak cari pasal lagi?"tanya Jessica sewaktu turun dari pangkuan Jarrel sambil itu membetulkan skirt dia yang ternaik sedikit.
Mizuki kerling ke Jarrel. Tidak menghiraukan Jessica."Ada something yang saya perlukan dari awak semua di sini."kata dia.
Gray waktu itu muncul dari tepi Mizuki lalu mengambil tempat di kerusi yang ada. kakinya di silang saat sandar ke belakang. "Keluar...kita orang tak nak berurusan dengan orang macam kau."
Mizuki pula yang menyilangkan tangan ke dada. "Oh really?Kalau macam tu awak semua pun tak kisah la kalau saya dedahkan satu persatu kerja jahat yang awak semua buat dalam tempat ni?"sengih dia selepas itu.
Jarrel pandang Mizuki dengan renungan tidak berminat dia sebelum gerak ke papan kekunci di situ. "Kalau kau nak tanya pasal Danzo Luth, rasanya Tyler dah ceritakan semuanya pada kau hari tu?"
Mizuki mengangguk kepala. Dia pandang ke Jarrel sebelum sandar ke depan di meja itu. "Duh...obviously. Tapi semua tu tak cukup untuk beritahu saya apa yang dah berlaku pada Danzo sebenarnya..."
Jessica berdengus kecil, Dia sandar pada kerusi Jarrel lalu duduk di arm rest kerusi tersebut semasa tangannya melingkar ke sekeliling bahu lelaki itu. "Memangnya atas urusan apa kau cuba dari tahu punca kematian Danzo Luth?"
"Well....nak dijadikan cerita...saya ditugaskan untuk siasat kematian Danzo Luth memandangkan pihak akademi langsung tak nak buka mulut untuk ceritakan hal sebenar..."beritahu Mizuki. "Sebab itu saya perlu cari tahu apa yang sebenarnya telah berlaku..."
Gray ketawa kecil. Dia pandang funny selepas dengar kenyataan itu. "Hahaha...lawak apa?Kau nak siasat?Sebelum tu better kau berdoa supaya umur kau Panjang untuk teruskan siasatan ni.."
Mizuki palingkan kepala ke Gray dengan kening berkerut tidak faham. "Dah kenapa pulak?"
Jarrel diam sebentar sebelum duduk tegak dan merehatkan kedua-dua tangan atas meja itu.
"Kita orang sendiri tak ada maklumat yang banyak mengenai Danzo. Dari awal dia masuk sehingga la hari kematian dia, semuanya rahsia. Profile dia telah di private kan. Segala rekod kesihatan dan perubatan jugak dah di rahsiakan. Kau nak ugut aku sekalipun tak ada gunanya sebab kita orang tak ada akses untuk semua maklumat dia."
"So sebelum nyawa kau yang jadi taruhannya, baik kau give up dari buang masa. Beritahu pada orang yang upah kau tu supaya berhenti cari tahu kematian Danzo."tambah Jessica selepas itu.
Mizuki buat muka. "Kalau macam tu awak tahu apa yang terjadi pada Jimmy?"
Gray pandang ke Mizuki lalu lentokkan kepalanya sedikit kerana pelik. "Dari mana kau kenal Jimmy?"
Mizuki hadapkan badannya ke Gray.
"Dari cerita orang?Ramai kadet dekat luar sana cerita tentang kemalangan yang menimpa Jimmy."
Jarrel termenung memandang ke skrin komputer sebelum pintu slidding automatik terbuka dan Tyler berjalan masuk ke situ dengan fail di tangan.
Semua orang di situ ikut memandang ke arah yang sama sehingga la Tyler ambil tempat di meja kerja lelaki itu. "Kau datang jugak ke sini?"tegurnya semasa mengerling ke Mizuki. "Seingat aku...kau dah dapat apa yang kau nak.."
"Tak semuanya. Saya masih perlukan jawapan."jawab Mizuki.
"Kenapa kau tak tanya sendiri pada Joacquin?"tanya Tyler dengan nada sinis. "Bukan ke kau dah rapat dengan dia?"
Gray, Jarrel dan Jessica di situ pandang ke Tyler apabila mendengar rakan mereka berkata begitu.
"Kenapa kau cakap macam tu Tyler?"
Dengan sengih mengejeknya, Tyler jeling ke Mizuki sebelum berkata. "Aku Nampak Joacquin berduaan dengan Mizuki dalam kelas siang tadi. Bukan main mesra lagi aku perhatikan.."
Jessica berdecit benci.
Sementara Jarrel dan Gray buat muka setelah dengar hal itu. Rasa macam tak guna aje!Gara-gara lelaki itu mereka berempat kena tembak dan cedera!
"Apa yang kau cuba lakukan Mizuki?"soal Jessica. "Jangan beritahu aku, kau cuba dekati Joacquin semata hendak cari tahu tentang Danzo..."
"Gali kubur sendiri nampaknya.." sengih Gray.
Tyler menjuling mata menyampah sebelum duduk di kerusi lalu mula menyalakan skrin monitor.
"Kau dekati dia hanya kerana aku beritahu kau yang dia adalah orang terakhir bersama Danzo?"soal Jarrel bernada tak percaya.
Mizuki termenung memandang Jarrel sebelum teringat akan maklumat yang dia baca dalam majalah tempoh hari. menurut bacaannya dia dapati setiap rekod yang dipegang oleh Danzo dulu kini di miliki oleh Joacquin. Dari lencana sehingga la pencapaian ada dalam rekod Joacquin. Sebab itu dia kena cari maklumat lebih banyak lagi. Tapi keempat-empat orang abang dan kakak depannya ini sikit pun tidak membantu
"Like I said before...Saya perlukan maklumat...maklumat kenapa Danzo mati...macam mana dia mati...apa punca kematian..."beritahu Mizuki dengan perlahan.
"Sebagai senior...aku cuma boleh nasihatkan pada kau Mizuki. Jaga tepi kain sendiri kalau nak hidup lama."beritahu Jessica dengan sengih meleretnya.
Gray, Tyler dan Jarrel buat tidak endah selepas itu.
Mizuki melepaskan keluhan kesalnya.
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
Share this novel