11. Victim

Horror & Thriller Completed 8300

Sambil memegang satu cawan kertas berisi kopi hangat tanpa gula di tangan, mata di balik cermin mata bulat itu perhatikan gerak geri kadet perempuan berhoodie kelabu yang sedang bingung-bingung pandang kiri dan kanan seakan mencari sesuatu. Tanpa membuang masa, dia berjalan menyelangi kerumunan kadet di situ lalu berdiri di belakang kadet tersebut.

Seperti yang diduga, kadet perempuan itu menoleh menghadap Tyler lalu perlanggaran terjadi. menyebabkan minuman panas tadi tumpah mengenai kadet perempuan itu. Habis basah bahagian depan pakaian dan lengan itu. Namun begitu reaksi tenang Mizuki yang tidak terkesan dengan suhu panas minuman itu kelihatan tidak terjejas.

           "Oops...sorry.."ucap Tyler dengan muka serba salahnya.

           "Auch?"keluh Mizuki dengan hairan kerana dia tidak tahu hendak beri reaksi apa. Panas ke?Sejuk ke?Entah la!Well..at least bagi reaction kan..dari diam aje..mesti orang akan pelik.

          "Awak tak apa-apa?Mesti panas kan?Mari...saya temankan awak cuci.."pelawa Tyler semasa memegang siku kiri Mizuki. Dia Tarik lengan itu untuk keluar dari kawasan kantin tu.

          Seperti anak itik kehilangan ibunya, Mizuki menurut tanpa melawan. Kakinya terkedek-kedek mengikut langkah luas lelaki misteri di depannya itu. "Kita nak ke mana?"soalnya semasa tunduk memandang hoodienya yang sudah kotor. Hish!

          "Ke tandas....pasti awak melecur dengan air panas tadi...kita tak boleh biarkan.."cemas Tyler beritahu sedangkan waktu itu dia menarik senyuman penuh muslihatnya.

          "Saya okay aje la...tak panas mana pun.."blur-blur Mizuki beritahu.

Tyler palingkan kepala. Dia lirik akan reaksi tenang bersahaja Mizuki untuk seketika sebelum pandang ke depan semula.

Mereka berjalan untuk beberapa minit sehingga la tiba di sebuah pintu kaca tinted pandang dalam biru gelap. Sampai di situ, Tyler letakkan pas masuk pada pad pintu di dinding sebelah kiri lalu pintu slidding automatik itu terbuka dengan sendiri..

            Mizuki pandang dari atas ke bawah, kiri ke kanan kerana tidak faham. Yalah kata hendak ke tandas, kenapa special betul tandas ni?Siap ada slidding automatik berpas lagi tu...hebat! "Wah....tandas apa ni siap ada pas keselamatan bagai?"tanya dia dengan teruja. Kemudian dia Nampak ada CCTV terpasang di atas penjuru dinding bilik tu. Aik?Lain macam betul?!

           "Adalah..."Tyler tarik siku Mizuki supaya gadis itu lekas ke depan.

Dengan sengih riangnya, Mizuki turutkan saja tarikkan pada lengannya waktu itu apabila mereka berjalan masuk ke dalam sebuah bilik lapang yang dikelilingi meja dan computer yang banyak.

Apabila Tyler berhenti, waktu itu muncul tiga orang beruniform biru langit di situ. Seorang berdiri dengan tangan bersilang di dada, seorang lagi duduk di atas meja menghadap mereka, seorang lagi duduk di kerusi dalam keadaan sandar seperti bos besar.

Bunyi pintu slidding door automatik tertutup di belakang.

            Terkebil-kebil Mizuki waktu itu. Dia lirik setiap seorang di situ dengan hairan. Hmm?Siap bertemankan lagi?Hebat betul tandas akademi ni?"Wow?Tak tahu pulak tandas ada computer dan meja yang banyak..siap ada pengiring lagi tu..?"tanya dia apabila perasan Tyler ikut serta mengambil tempat di kerusi berdekatan. lelaki itu duduk di situ dengan kaki terkangkang luas.

            "So kau la budak baru yang berani cabar pelatih tu?"tanya Jessica semasa perhatikan Mizuki dari atas ke bawah dengan jelingan sinisnya. Tak adalah cantik mana...biasa je tengok.

            Kepala Mizuki beralih pada perempuan yang sedang duduk di atas meja dengan tangan di dalam poket gaya samsengnya. Untuk beberapa saat otak berkaratnya cuba proses semula memori yang tersimpan. Tentang apa eh perempuan ni cakapkan?Adalah sedikit cebisan yang tersisa. "Ohh....pasal tu ke?ha'ah...saya."angguknya dengan berani. "Siapa awak semua ni?"

            "Hebat sangat la tu?"Semua di situ mengerling dengan serentak ke Gray yang sedang bersilang tangan di dada memandang Mizuki dengan sengih mengejek meleret di bibir.

           Jarrel di kerusi belakang meja saat itu pandang tidak berminat ke Mizuki. Sempat dia pandang pakaian yang dikotori dengan air kopi. Baunya dari jauh lagi boleh dihidu. "Tak reti nak beri tabik hormat ke apa ke?"tegurnya.

           Perhatian Mizuki tersentak ke lelaki yang sedang duduk bersandar di kerusi berhadapan dengan dia. Lalu kepalanya terlentok sedikit ke kanan kerana tidak faham. Rasanya dekat sini semua orang tak pekak. "Siapa awak semua ni?"tanya dia lagi. Nak dia respect kena la beritahu dia dulu! Ini tidak kecoh aje memanjang aje dari tadi.

           "Ketua Pelatih Pengajar...Jarrel. Jessica, Gray dan Tyler. mereka bertiga adalah ketua jabatan dekat sini.."beritahu Jarrel semasa bangun dari duduknya lalu keluar dari belakang meja itu mahu mendekati Mizuki.

            Mata Mizuki lirik akan lelaki lampai yang menghampirinya waktu itu. "Ohh.. ketua..." dia mengangguk kepala. "So?...ada apa-apa yang dimahukan dari saya?"soalnya dengan sengih meleret. "Oohh...lupa. Nak tabik eh..."terus dia beri tabik empat orang dekat situ empat kali dia bagi. Amik!Puas hati?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience