55. Kejam

Horror & Thriller Completed 8302

Pada hari itu, hujan turun tidak lama selepas salji datang. Membuatkan cuaca pada hari itu sejuk yang lembab.

Dan paling mengeruhkan lagi keadaan, pada hari itu mereka diberitahu ada perhimpunan mengejut oleh dekan akademi.

Mahu tak mahu terpaksa la bersiap awal dan lengkap mengenakan uniform rasmi akademi.

Ramai kadet berjalan meredah hujan renyai-renyai yang turun pada awal pagi tersebut. Mereka ada yang berpayung, ada yang tidak berpayung.

Antara ramai-ramai di situ kelihatan Mizuki sedang berdiri sendirian dalam barisan menghadap pentas kecil di dalam dewan perhimpunan itu.

Dan muncul seseorang dari belakang tempat dia berdiri. Orang itu berdiri di samping Mizuki tanpa mengatakan apa-apa. Tidak lama kemudian, muncul seorang lagi, mereka ambil tempat di barisan kedua dimana Mizuki berdiri dan sebelum dua orang muncul selepas itu.

Sambil memandang ke depan, Mizuki perasan yang Jarrel,Tyler, Jessica dan Gray masing-masing ada di kiri kanan belakangnya.

         "Sesuatu dah berlaku..."beritahu Gray tanpa memandang Mizuki.

         Mizuki diam di situ dengan senyuman di bibir. "Apa yang dah berlaku?"

        "Semalam, sewaktu Sabrina dalam perjalanan untuk ke mahkamah, kemalangan telah terjadi..."bisik Gray.

Hal itu buatkan Mizuki hampir hendak memalingkan kepala, terkejut mendengarnya. Macam mana boleh kemalangan pulak? Disebabkan dia tak nak orang lain mencurigai Gray di situ terpaksa la jugak tahan diri dan pandang ke depan aje.

        "Disebabkan keadaan jalan yang licin kerana bersalji, kereta yang Sabrina naik hilang kawalan sebelum bergolek beberapa meter dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbelah dua..."maklum Gray sewaktu ekor matanya ternampak akan kelibat Joacquin tidak jauh dari tempat dia berdiri. Seperti tiada apa-apa berlaku, Joacquin kelihatan begitu ceria!

          "Teruk ke keadaan Sabrina?"

          "Teruk. Dia mengalami pendarahan di dalam otak hingga doktor sahkan dia brain dead."

Rahang Mizuki berketik. Keningnya berkerut kerana berasa penuh kengerian. Sampai seteruk tu?

         "Semalam Jarrel laporkan diri untuk jadi saksi kes Sabrina. Dia maklumkan jugak yang pada hari persidangan tu Sabrina ada beritahu dia mempunyai rakan komplot yang melakukan cara sama untuk dapatkan rekod cemerlang....dan..dan Sabrina kemalangan."

Pada waktu itu Mizuki terus palingkan kepala, dia cari kelibat Joacquin. Tak payah nak susah-sudah cari atau fikir siapa yang menjadi dalang kemalangan Sabrina. Sebab dia tahu siapa orang tu!

          "Baik!Perhatian kepada para kadet. Sila berdiri dalam keadaan rehatkan diri. Tangan di belakang dan senyap. Perhimpunan akan dijalankan tidak lama lagi..."maklum MC di depan pentas tidak semena.

Hal itu buatkan Gray jarakkan diri dari Mizuki dan berdiri dalam barisan sama dimana Tyler berada.

Waktu itulah dekan akademi muncul. Seorang lelaki berjambang putih yang pendek dan beriak wajah serius berjalan ke pentas. Lantas berdiri di samping MC yang sedang memegang mic.

          "Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pendidik dan kadet-kadet yang berhimpun pada hari ini..." lelaki bernama Albert Lee itu mula berucap.

Secara refleks keadaan dewan perhimpunan itu menjadi lengang tiada suara. Semua di situ memberi hormat kepada dekan di depan pentas itu untuk berucap.

         "Saya tahu pasti kamu semua hairan dengan makluman perhimpunan yang dilaksanakan secara mengejut. Hal ini kerana terdapat beberapa kenyataan yang hendak saya sampaikan...."

Para kadet yang sedia maklum apa yang terjadi sedikit pun tidak terkutik dengan apa yang bakal disampaikan oleh dekan mereka. Kerana mereka telahpun tahu ianya mengenai apa.

          "Dengan duka citanya saya maklumkan bahawasanya Sabrina Haydn, pelajar akademi ini telah meninggal dunia kerana kecederaan yang dialami olehnya akibat kemalangan lewat malam semalam."maklum dekan sambil memandang sekitar dewan itu.Ratusan kadet yang berdiri dalam barisan itu di tilik seorang demi seorang dengan perasaan kesal.

Tergamam semua orang di situ setelah dengar.

Lain yang mereka sangka, lain pula yang terjadi.

          "Sabrina meninggal dunia?"

         "Serius?"

         "Apa yang tengah berlaku sekarang ni?"

         "Kenapa ramai orang mati dan hilang kebelakangan ni?"

Suara bisikan para kadet mulai kedengaran. Semua di situ kelihatan cemas dan kerisauan.

Mizuki yang paling tergamam dekat situ sebab pelan dia rosak gara-gara kematian Sabrina. Dia fikir Sabrina sempat bawa naik nama Joacquin dalam persidangan gadis tu!Siapa sangka!Umur Sabrina pendek dari yang dia jangkakan! Tak pasal-pasal dia kena pelan rancangan lain untuk mengenakan Joacquin!

         "Sh*t!"lafaz Mizuki sebelum palingkan kepala ke kanan barisan mereka. Dia nampak kelibat Joacquin. Lelaki itu hanya membuat poker face semasa pandang ke dekan. Sedikit pun tidak terjejas dengan apa yang baru di maklumkan.

Jaocquin semakin melampau!

Seakan tahu dirinya di pandang, Jaocquin berpaling ke arah Mizuki. Mereka berdua saling bertentang mata. Dan waktu itu senyuman meleret terukir di bibir Joacquin. Sempat lelaki itu mengenyitkan mata pada Mizuki sebelum kembali memandang ke depan.

Flashbacks

Di dalam bilik tidur Joacquin, berdirinya Sabrina dengan wajah cengkung tidak bermayanya.

        "Kau tahu hari ni persidangan aku kan?"

         "Hm."

         "Aku beritahu kau Joacquin...kalau aku jatuh...kau akan jatuh sekali!"

Mendengar amaran itu Joacquin mengangkat matanya. Dengan tajam dia balas renungan bengang Sabrina.

         "Kau nak buat apa?"

         "Aku akan ceritakan segalanya yang terjadi pada mereka!Biar dia orang siapa diri kau sebenarnya. Termasuk la kematian Danzo dan Jimmy!"

           Marah-marah Joacquin bangun dari kerusi belajarnya. Dia berarak mendekati Sabrina sebelum memegang tepi lengan itu dengan kuat. "Berani kau nak naikkan nama aku?Kau yang punya masalah...asal nak libatkan aku?"

          Sabrina menarik sengih mengejeknya sebelum ketawa. "Mestilah!Kau ingat aku nak biarkan kau seorang aje yang lulus?Keluar dari sini dengan senang lenang lepas apa yang kau dah buat selama 3 tahun dekat sini?memang tak la!"

SLAP!

Satu tamparan mengenai muka kiri Sabrina.

           "Hai betina!kau dengar sini ya!Kalau kau pandai uruskan rahsia kau!Hal takkan jadi serumit ni!"

           "ARGHHH!!!!"teriak Sabrina selepas di tampar. Dia memukul dada bidang Joacquin sekuat hati. "Salah kau sebab tak bunuh perempuan tu dari awal!SALAH KAU!!!!!!!Dan aku akan beritahu jugak pada mereka!Biar kau rasa apa aku rasa!"akhir katanya sebelum buka pintu bilik itu dengan kasar dan berlalu pergi dari situ.

Joacquin yang di tinggalkan sendirian pandang penuh kebencian akan pintu dimana Sabrina lalu tadi. Sambil itu dia mengocek poket seluar. Telefon dikeluarkan dari situ. Nama yang tersenarai dalam contact di cari. Dan bila telah ditemui, dia panggilan.

Tiga saat bunyi nada dering, akhirnya panggilan itu dijawab. Dan masa itulah Joacquin berkata.

          "Aku nak kau uruskan seseorang!Dan pastikan dia takkan dapat bukak mulut lagi!"

End of flashbacks

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience