3. Suhu Baru

Horror & Thriller Completed 8300

Tahu tak perasaan bila sentuh permukaan sejuk untuk tempoh yang lama? Terasa kebas yang sakit tapi tidak terasa apa-apa bila di sentuh?

Nah!

Itu perasaan yang dia rasakan saat menjejak kaki keluar dari kenderaan pancuan empat roda yang menjadi tungangannya selama beberapa jam lepas. Seluruh kakinya berdenyut aneh apabila menginjak lantai tanah yang di selaputi salji. Dia tidak tahu hendak ceritakan bagaimana deria rasa dia rasakan waktu itu.

Selama 19 tahun ini dia sentiasa hidup dengan suasana terkurung. Ini pertama kali dalam usia 19 tahun dia dapat hirup bau segar suasana luar. Selain Thea dan computer AI, dia tidak pernah menemui manusia lain sejak kali terakhir dia telah membeku tiga orang perawat yang bertugas menjaganya semasa berusia 10 tahun. Akibat dari tindakannya itu, dia telah direnjat dengan eletrik!

Jangan salahkan dia okay...budak 10 tahun kut..tahunya apa selain rasa nak seronok?

            "Ini adalah tempat tinggal kamu selepas ini."beritahu Federico semasa muncul di sebelah Mizuki sebaik keluar dari kereta.

Bersama senyuman lebar di bibir, Mizuki dongak memandang ke langit yang sedang menjatuhkan salji ke bawah. Dia tadah tangannya naik menakung kepingan putih yang jatuh perlahan-lahan ke atasnya. Matanya berkedip perlahan apabila kepingan putih itu hinggap di pipi.

This is it!

Sejuk adalah kawan dia.

Panas adalah makanan dia.

Tapi manusia?

Hahah...try make a guess!

Side dish?Nope!

Appetizer?Nope!

Dessert?Nope!

               "Kata nak hantar aku ke akademi?Kenapa ke sini pulak melencongnya?"soal Mizuki sambil seluk tangan ke dalam poket hoodie yang dipakainya. Sejuk pulak!

               "Mulai detik ini...kamu akan tinggal di sini. Arahan dari Pusat Sierra sendiri." jawab Federico sambil aju tangan ke arah tangga depan mereka untuk Mizuki didaki.

Mata Mizuki gerak kanan dan kiri. Cuba hendak cari sesuatu yang menarik perhatiannya. Sekali tu dia ternampak pokok renek yang berderet sepanjang perjalanan ke depan pintu itu. Gatal punya tangan dia pun pegang la...sekali tu daun yang hijau tadi terus bertukar menjadi ais kristal. Habis hilang terus daya pokok hidup itu. Terkejut Mizuki lepas dia tengok pokok tu layu. Sempat mengerling ke Federico, dengan muka selamba tak bersalah dia seluk tangan dalam poket semula dan jalan ke samping lelaki itu.

Apabila mereka berdua tiba di lobi Utama kediaman tersebut. Federico di sambut dengan teriakan nyaring yang memeranjatkan.

Melompat terkejut Mizuki selepas itu. Dia terus menyorok belakang Federico sebab ingatkan haiwan mana terlepas dari kandang kan!

Rupa-rupanya...

              "LEPASKAN LAH!AKU NAK CARI ANAK AKU!MANA ANAK AKU!!"seorang wanita berambut gerebang keluar dari sebuah pintu di koridor depan mereka.

              "Sudah lah tu mommy!"marah suara lain yang muncul di belakang lantas memeluk tubuh kurus itu.

Mizuki jengahkan kepalanya ke balik lengan Federico lalu melihat seorang lelaki muda bergelut hendak mengekang pergerakkan wanita penuh histeria itu.

Siapa mereka ni?

              "Kenapa ni Dante?"tanya Federico semasa lekas mendapatkan isterinya itu.

Perasan ada orang lain di situ, lelaki lampai berpakaian serba hitam yang sedang memeluk ibunya mengangkat kepala lantas terpandang akan gadis berhoodie biru gelap di situ. Keningnya berkerut saat memandang Federico

             "Mommy kamu tak makan ubat dia ke?"soal  Federico semasa memeluk tubuh isterinya itu lalu di tepuk perlahan untuk menenangkannya. Dia pandang wajah keruh anak lelakinya itu. "Kita bincang kemudian. Sekarang kamu bawa tetamu kita ke biliknya. Ayah bawa mommy kamu ke bilik dia."

Dante membuat muka tidak sukanya selepas mendengar arahan itu.

             "Kenalkan...Mizuki Aesira...ini anak lelaki bongsu saya. Dante Luth."ujar Federico semasa palingkan kepala ke Mizuki.

Kening Mizuki terus terangkat tinggi. Dia buat muka comel tanpa sengaja.

              "Hello...panggil aje Mizuki...atau Aesira..atau Aes...atau..Ice"lambai Mizuki pandang lelaki kacak di depan Federico. Senyumannya semakin lebar kerana teruja.

Dante tidak menghiraukan sapaan itu. Dia malah memandang Federico dengan muka kesalnya.

             "Kan Dante kata...Dante boleh lakukannya?"

             "Kemudian saja Dante. Ayah uruskan mommy kamu dulu."kata Federico sebelum pergi dari situ meninggalkan Dante dan Mizuki sendirian.

Mizuki pandang Dante.

Dante pandang Mizuki.

Bila hujung bibir Mizuki terjungkit tinggi, waktu itu lah Dante berkata seakan lelaki itu tahu apa yang Mizuki hendakkan.

             "Don't you ever think about it."Dante beri amaran pada Mizuki awal-awal. Dia tahu perempuan asing ini mahu cuba hendak mendekati dia. Jangan mimpi!

Jatuh terus senyuman dari bibir Mizuki lepas dengar.

What the hell? Garang betul!Baru aje senyum dah kena sound macam tu. Harap aje muka handsome. Perangai mengalahkan computer Ai dia. Berlagak!

             "Sini. Ikut aku."arah Dante dengan dingin menuju ke arah anak tangga.

Sambil menjaga jarak mereka, Mizuki jalan dengan tangan di belakang badan. Tepi muka Dante di tatapnya dengan senyuman lebar penuh bermakna. Agak-agaknya la kan...lelaki di sebelah dia ni ke 'makanan' yang Federico beritahu tu?Bila dia boleh sentuh ya?

Dante mendiamkan diri semasa mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Sambil berjalan itu, Dante teringat akan perbualan bersama ayahnya dua hari lepas.

            "Kenapa ayah tak berikan Dante saja yang lakukan hal ni?"

            "Sebab kamu anak ayah..."

            "Sebab itulah Dante lebih layak.."

            "Tidak!Ayah tidak mahu kehilangan anak lelaki ayah lagi. Mommy kamu takkan mampu menerima sebarang tekanan lagi. Sejak abang kamu meninggal, kemurungan dia semakin parah hingga buatkan dia meroyan.."

            "Jadi ayah nak bawak budak perempuan yang entah apa-apa tu tinggal bersama dengan kita?"

            "Hanya itu saja caranya. Kalau dia terkorban sekalipun, ayah masih ada kamu. Masih ada anak ayah. Ayah takkan ambil risiko dengan meletakkan kamu dalam bahaya. Ayah takkan ulang kesilapan yang sama!"

 
            Dante melepaskan hela nafas yang panjang sebelum tolak pintu putih bertombol emas ke dalam. "Ini bilik kau.."ajunya.

Mizuki menjenguk kepala dulu. Dia intai dengan kening terangkat sebelah. Dia ingatkan dirinya bakal di rendam dalam cecair hangat lagi semasa hendak tidur. Rupa-rupanya bilik itu dipenuhi dengan perabot dan katil. Malah mempunyai jendela real bukan jendela yang dipancar LCD bentuk honogram.

             "Bilik aku?"soal Mizuki semasa tunjuk dirinya sendiri.

             Masih tidak berminat, Dante pandang muka Mizuki yang kelihatan ceria dan nampak normal itu. Ingatkan muka tu macam mayat hidup ke apa, tapi bila face to face biasa aje. Tak ada beza mana pun. "Ya..bilik kau. Segala keperluan kau akan diuruskan oleh maid bertugas. Buat masa sekarang rehat dulu dalam bilik ni."beritahunya dengan kerutan di kening.

Mizuki tersengih lagi bila perhatikan muka ketat Dante. Tangannya di keluarkan lalu diangkat sebelum menyentuh kerutan di kening itu. Dia tak boleh kawal diri lagi. Bibirnya mengukir senyuman jahat!Akhirnya!

              Sentuhan itu malah buatkan Dante semakin   berkerut kening. Mata lelaki itu naik memandang jari itu tidak faham."Kau dah kenapa?"

Mizuki kehairanan. Dia turunkan tangannya lalu di tilik pelik. Aik?

               "What ever la..."keluh Dante sebelum berpaling dari situ meninggalkan Mizuki.

Masih tidak faham apa yang berlaku, Mizuki pandang jarinya lalu ke belakang kepala Dante. Huh?Kenapa sentuhan dia tak beri sebarang kesan pada lelaki berlagak ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience