EPISODE 09

Family Series 439762

Selepas apa yang terjadinya semalam Medina Atalia tak berani mendekati diri kepada majikkannya yang bernama Mikael Lutfi lagi.

Kejadian itu membuat dia serik dengan majikannya. Sumpah. Habis saja kerjanya di dalam rumah, dia berjalan ke belakang rumah. Sangkar kucing diperhatikan sangat lama.

Kesan gigitan Majikannya masih meninggalkan bekas merah, dia sudah fikir masak-masak untuk berhenti kerja.

Jika dia harus mati di tangan lelaki yang mengejarnya beberapa tahun lepas. Dia rela..

"Untung lah awak Cubby,. Sedap je boleh baring golek sana sini cukup masa makan je huh. Tak adil.." Medina bermain dengan Kucing bernama Cubby.

Cubby hanya mendiamkan dirinya di sebalik sangkar..

"Aku ni jangan kata nak bersedap tengah buat kerja pun kena ketu. Eh apakah ketu..? Hahaha." Medina mengaru dahi.

"Dahi ni pulak, Nasib baik maut tak menjemput kalau tak dah lama arwah. Nanti orang cakap arwah dulu model orangnya. Eh tiberr. Haha.."

"Boleh tak Medina nak join sekali tidur dalam tu sekali..? Penatlah bagi lah eh.. eh.." Hampir saja Medina ingin masuk ke dalam sangkar, tiba-tiba ia di cuit oleh seseorang.

"Janganlah Medina, Nanti Tuan marah lagi.." Qila duduk di sebelah Medina.

"Er Makcik Qila.. Dah lama ke skodeng Medina dekat sini.?" Medina senyum sambil memeluk erat pinggang Qila.

"Dah lama. Tapi Makcik tak nak lah ganggu awak tengah dating dengan Cubby tu dari tadi.." Rambut gadis itu di belai dengan penuh kasih sayang.

"Ouuh skodeng eh nanti kene ketumbit mata tu baru tahu hihihi.."

"Hurmmm.. Medina sayang.."

"Ye Makcik, ada apa..?" Medina melepas pelukkan dari pinggang Qila.

"Sakit lagi ke nak.?" Bahu Medina di tolak sedikit. Qila memeriksa leher Medina agak lama.

"Erm takde sakit pun Makcik, Hihihi rasa macam kene gigit dengan nyamuk je ni.. Kenape.?"

"Semalam Makcik dengar kamu menangis sampai ke pagi. Makcik minta maaf se-sangat sebab tak tolong kamu semalam.." Kulit tangan Medina di usap-usap lagi.

Mikael Lutfi pula hanya mendiamkan diri di dalam ruang kerjanya. Wajah polos gadis itu diperhati lama.

Semakin hari dia tak boleh berjauhan dengan Medina Atalia. Mungkin dari cara gadis itu tersendiri membuat dia hilang kewarasan hidup..

"Maafkan aku.. Medina."

Makanan di atas meja terhidang dengan beberapa lauk pauk yang di masak Zara, mereka bertiga hanya menunggu di belakang majikan.

Majikannya mereka pula menjamah makanan tadi dengan tenang tanpa berkata apa-apa pun.

Sesekali Mikael Lutfi mengerling ke dapur mana tahu Medina Atalia tiba-tiba muncul di sana, tapi tiada.

"Bibik dah makan malam ke..?" Mikael ingin bertanyakan Medina tetapi dia segan. Kejadian semalam itu amat memilukan jika di fikiran semula.

"Sudah, Bibik Qila buatkan Maggie tadi.." Qila menunduk kepala sedikit.

"Maggie.. Kenyang ke dengan makan macam tu saja..?"

"Alhamdulillah kenyang Tuan, lagipun Makcik ada buatkan sorang sebungkus.."

"Oh baiklah.." Mikael mengangguk tanda faham ia kembali menjamu selera.

*Dia masih marahkan aku ni, Konfirm.* Mikael Lutfi mengangguk kepala lagi.

"Lepas ni makan lah nasi, ajak anak dara tu sekali makan kalau selalu amalkan makan Maggie pun tak bagus juga untuk usus.."

*Anak dara..? Buang tabiat kau ni Mikael.* bibir bawah digigit sedikit kuat. Dia tak suka dengan perkataan itu.

"Biy, esok I nak ajak Mama datang tidur sini boleh tak..?" Maria melepaskan sudu ke dalam piring.

"Ada apalagi.. Baby..?" Wajah Maria di pandang sekilas.

"I nak tengok movie dengan Mama, I dah download video baru tau dekat Dff.."

"Up to you, tapi jangan guna bibik sampai larut malam takut esok pagi diorang tak boleh buat kerja pula." Dalam lunak suara nya ada tegas nya.

"I pinjam Medina kejap je dalam pukul dua pagi macam tu dia boleh pergi tidur, Bolehkan..?"

"Hm.." Mikael memberi jelingan maut pada isterinya.

"Boleh eh, thank you.."

Qila dan Minah tak terkutik langsung. Mereka hanya mampu mendengar saja tak boleh berkata apa-apapun.. semua kembali mendiamkan diri.

Dengan segala tenaga yang ada di kumpul di dada dengan rasa gemuruh di hati. Mikael Lutfi terus bangun dari kerusi empuk milik nya.

Mikael Lutfi berjalan keluar dari bilik kerja dengan teratur sekali. Jam di dinding depan mata nya di pandang sekilas saja bibirnya mengertap perlahan.

Tak terasa langkah nya sudah berada di depan pintu bilik keempat-empat bibiknya.

"Nak ketuk ke tak nak..? Nak ke tak nak. Haih buntu sungguh aku nak fikir ni.."

"Tuan, tuan Mika buat apa di sini..?"

"Bik..? Buat apa malam-malam dekat sini..?" Mikael terus beralih ke belakang.

Minah sudah ada di depannya.

"Tuan nak makan atau minum ape-ape ke..?" Tanya Minah lagi.

"Er.. ermm.. Saya dahaga.."

"Makcik buatkan air untuk Tuan ya, kejap.." Minah berjalan ke dapur suis lampu di ketik sesaat.

"Bik,.." panggil Mikael perlahan.

"Ya.. ada apa Tuan?"

"Ermm tadi Medina ada makan malam tak..?" Malu hendak bertanya. Tetapi perduli apa Medina juga pembantu rumahnya.

"Tadi Medina ada makan roti dengan air milo kenape Tuan..?"

"Dia tak makan nasi ke..? Lauk-pauk ada lagi tak.."

"Dah habis Tuan.." Nescafe suam di hidang di depan Mikael.

"Habis..? Tapi Medina tak makan lagi. Nanti perut dia sakit siapa yang susah bik..? Saya juga yang susah."

Minah terdiam sendiri.

"Masak nasi dengan lauk sekarang bik lepas tu panggilkan Medina ke sini.." arah Mikael sedikit tegas.

"Baiklah.. makcik masak dulu.." Minah kembali membuat kerjanya.

*Sekarang baru nak kisah tentang budak tu, sebelum ni bukan main garang lagi dengan Medina.* Minah mencebik bibir.

"Cepatlah bik.."

"Baik Tuan, dalam sepuluh minit nanti siap.." Minah terus ke bilik untuk mengejutkan Medina di dalam sana.

"Medina.. Medina bangun nak.." Minah duduk di birai katil yang sedia dua set atas bawah itu.

"Kenape Makcik..? Medina mengantuk ni.."

"Tuan, Tuan Mika ade dekat dapur tu.." jelas Bibik Minah lagi..

"Yelah tapi kenape kejutkan Medina pula..?" Dia terus bangun dari baring.

"Tu pergi dating dengan tuan Singa awak tu Medina. Dia ada dekat dapur siap suruh Makcik kejutkan kamu lagi."

"Hmmm apalagi Tuan Singa tu nak! Tak habis-habis menyusahkan orang lah."

"Shhh.. jangan bising nanti Tuan dengarlah!.." Bibir Medina di tutup rapat dengan tangannya.

"Biarlah dia hmm hmmm..!!!!"

"Shtt diam-diam.." Minah terus menekup kuat mulut Medina agar suara gadis itu tak kedengaran sampai ke dapur.

"Ihii Makcik ni.." Medina terus menolak tangan Minah.

"Keluar cepat pergi sapa Tuan Singa awak tu Medina.." Minah terus keluar dari bilik itu dan terus ke dapur.

"Mana Medina..?" Tanya Mikael lagi. Padahal dia dengar semua perbualan gadis itu dengan bibiknya tadi. Sengaja dia ingin bertanya lagi.

"Medina ada dekat dalam, Tuan. Dia baru bangun tu.."

"Makcik..." Medina terus memeluk tubuh Minah dari belakang.

Sengaja dia gedik dengan Minah kerana dia tahu Mikael Lutfi sedang memerhati dirinya dari tadi.

Ehemm..

Mikael Lutfi merasakan dirinya tak berada di situ lagi, Bibirnya di ketap sedikit.

"Pergi cuci muka dulu, Ini biar Makcik siapkan nasi ya sayang,.." Pipi montel Medina di cium Minah.

"Okay makcik." Medina segera beredar ke bilik air di belakang dapur.

Mikael Lutfi segera mengikuti langkah Medina Atalia dari belakang. Sampai saja di depan pintu tubuh Medina Atalia di tolak ke dalam bilik air agak kasar.

"Argh..!!!" Medina terus menolak tubuh Mikael yang sudah menindih dirinya ke dinding.

"Diam. Jangan takut aku ni Mikael.."

"Hummm.." Medina mengangguk perlahan matanya sudah berkaca ingin menangis.

Ia menekup mulut dengan kuat. Dia bukan tunggul kayu yang tiada suara.

"Hmm.. Jerit macam aku nak rogol kau pulak!!! Asal kau jerit macam tu..?"

"T-tuan buat ape dekat sini..?" Airmatanya sudah mengalir deras ke pipi.

"Hye aku bukan nak buat apa-apa pun, tak payah lah menangis.." Tegas saja suara Mikael.

"Lepas lah!! Saya nak keluar."

"Medina!!"

"Lepaskan saya, tuan!! Argh.."

"M-maaf aku terpijak kaki kau." Sumpah dia sendiri pun takut dengan keadaan begini.

Sudah lah gelap gelita tak sempat nak buka lampu pun, kau rasa.

Minah mendekati pintu tandas yang sudah tertutup dari dalam. Ia terkejut juga..

"Ya Allah, Tuan Mika ada dekat dalam.." Tangan-nya naik menekup mulut sendiri.

Mikael Lutfi cepat-cepat mengucup bibir Medina Atalia dengan terpaksa. Kerna suara gadis itu pasti sudah kedengaran di luar sana.

"Maafkan aku Medina, sebab aku hukum kau malam tu."

Kaku gadis itu didalam pelukan majikkannya, nampak gayanya mereka berdua akan berdiri begini hingga subuh menjelang nanti.

"Tuan tak salah. Medina yang salah sebab isk.."

"Medina, aku yakin kau tak bersalah dalam hal ni.. aku percayakan kau Medina."

Medina Atalia menggeleng kepala, Sudah terlambat lelaki itu mengatakan hal ini. Dia takkan termakan lagi dengan kata-kata bagus dari lelaki itu mulai sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience