Maria Elena terjerit kecil dan terus berdiri, wajahnya sudah merah padam. Suasana di ruang tamu jadi tegang, tepu dengan kejutan dan kemarahan yang belum sempat disalurkan.
"Mikael! You dah gila ke?!" jerit Maria sambil meluru ke arah adiknya.
Qalsum turut bangkit.
"Mikael... kau nak malukan Mama depan semua orang ke? Mama tak pernah ajar anak Mama lamar pembantu rumah sendiri!"
Medina yang berdiri di tengah-tengah semua itu hanya menunduk. Air matanya sudah berjuraian. Tangan yang tadi diletakkan di dada kini menggigil, antara takut, keliru dan terharu.
"Tuan... saya..." suaranya nyaris tak kedengaran.
Mikael masih dalam posisi berlutut, cincin berlian masih terbuka dalam kotak baldu biru di tangannya. Matanya tidak lepas dari wajah Medina. Tenang, tapi penuh harapan.
"Sayang, abaikan semua ni sekejap. Fokus pada kita." suaranya lembut, tapi cukup kuat untuk membuat semua yang hadir terdiam seketika.
Dato’ Fakri, yang sejak tadi hanya memerhati, menarik nafas panjang. "Qalsum… jangan cepat melatah. Dengar dulu penjelasan anak kita."
"Penjelasan? You nak suruh I dengar penjelasan yang menjatuhkan maruah kita sekeluarga?" Qalsum menjerkah, tangan sudah mencengkam kerusi.
Firdaus dan Karl hanya memerhati tanpa sepatah kata. Mereka tahu api dalam rumah ini sudah mula menyala, dan hanya akan marak jika disimbah kata-kata salah.
"Maria, cukup," ujar Mikael perlahan, tapi tegas.
"Kau sendiri yang cabar aku hari tu. Kau nak sangat tengok aku berkahwin dengan wanita yang kau fikir 'tak layak' duduk sama taraf dengan keluarga kita."
Maria menggigil. Dia sudah tidak mampu berkata-kata, hanya menangis teresak-esak di sisi ibunya.
“You buat ni semua sebab dendam? Sebab nak malukan I, Mika?”
“Bukan, Maria. I buat ni sebab I jatuh cinta dengan Medina dah lama I tak sangka I boleh sayang dia macam ni dia bukan pembantu rumah bagi I. Dia penyelamat hidup I.”
Semua terdiam.
Hanya suara tangisan kecil Maria Elena yang kedengaran.
Medina Atalia mengangkat wajah.
Matanya bertemu mata Mikael Lutfi.
Dalam hatinya bergelora takut pada penerimaan keluarga, takut pada masa depan, tapi… hatinya tahu, dia juga mencintai lelaki itu.
"Saya... saya sudi, Tuan," katanya dalam nada bergetar.
Mikael tersenyum.
Cincin itu disarungkan ke jari manis Medina Atalia perlahan-lahan.
"Terima kasih, sayang..."
Tepukan kecil terdengar.
Dato’ Fakri menepuk tangan perlahan, mengangguk dengan senyuman bangga.
"Selamat datang ke keluarga kita, Medina Atalia."
Tapi dalam sudut ruang itu, Maria Elena mengepal tangan erat. Wajahnya basah dengan air mata, tetapi matanya menyala penuh dendam.
"This is not over. I swear, Medina. You akan rasa apa itu neraka dalam rumah ni," bisiknya perlahan, cukup untuk dirinya sendiri dengar.
Tapi Firdaus yang berdiri paling hampir menangkapnya dan dia tahu, drama dalam rumah itu baru sahaja bermula.
Share this novel