Mikael Lutfi membuka matanya perlahan. Nafasnya masih berat, dada berombak. Dengan satu tangan, dia meraba ke sisi telefon bimbitnya.
Saat skrin menyala, beberapa panggilan tidak dijawab dan mesej WhatsApp memenuhi ruang notifikasi.
Dr Dude: "Medina dah sedar ni, tapi dia nampak takut sangat. Dia tengok aku macam tengok hantu, bro. Kau rasa dia memang takut dengan Dr. ke apa?"
Dr Dude: "Kau datang sekarang. Aku risau nak berdepan dengan dia, asyik tanya aku dia kat mana dan kenapa dia ada sini."
Dr Dude: "Kau kena datang cepat! Maid kau tengah kurung diri dalam tandas pula sekarang!"
“Medina dah sedar…” Mikael bersandar ke dinding katil. Sebaris senyuman terbit, tapi hatinya bagai dikerat dua.
“Akhirnya, aku mesti jumpa dia. Aku mesti tahu apa yang sebenarnya berlaku…”
Namun, fikiran Mikael segera melayang kepada kata-kata Ainen semalam. Kata-kata yang masih melekat kuat di kepala.
"Semua ni berpunca dari Cik Medina. Dia… menggoda tuan, kata Datin. Tapi sebenarnya, Datin tak suka dia sebab lain. Puan Maria pun sama."
Mikael menekup wajah. Terngiang suara Ainen malam tadi.
"Sebenarnya Datin bawa saya kerja sini bukan sebab kosong. Tapi sebab dia nak saya perhatikan Medina. Saya diarahkan pantau gerak-geri dia, tuan."
"Apa?" Mikael bagai tak percaya.
"Semua ni rancangan Datin. Saya terpaksa ikut. Kalau tak, keluarga saya mungkin ditimpa bala. Ayah sakit, emak uzur, adik-adik masih sekolah."
Mikael Lutfi terdiam.
Waktu itu dia sedang memandu dan kata-kata Ainen benar-benar merobek hati.
"Saya minta maaf tuan. Demi Tuhan, saya akan pegang janji tuan. Tapi janji dengan saya, rahsiakan semua ni dari siapa pun."
"Maafkan saya, Ainen. Saya janji. Dan awak akan bebas dari mama saya."
Air mata Ainen tumpah sewaktu lelaki itu memegang tangannya. Mikael kemudian menghantar barangan keperluan buat keluarga Ainen, sambil berkata…
"Biar saya kenal keluarga awak juga, Ainen."
Ainen terpempan.
Tidak percaya majikan seperti Mikael Lutfi masih wujud.
Kembali ke realiti, Mikael tersentak. Nafasnya kencang. Dia bangun dan menuju ke bilik persalinan.
“Maria… Mama… korang memang melampau. Aku akan pastikan semuanya terbongkar!”
Saat dia membuka pintu, Maria Elena sedang duduk di meja solek, menyikat rambut. Cantik. Tapi tiada lagi rasa di hati Mikael buat wanita itu.
"Maria." Suaranya datar.
Maria mengerut dahi. "Eh baby, kenapa tak mandi lagi ni? Busuklah. Matahari pun dah terpacak."
Mikael hampir melenting.
Tapi dia sedar, dia masih perlukan rencana untuk melindungi Medina. Belum masanya membuka semua rahsia.
"Baby, you okay?"
"Sayang Mikael Lutfi!" Maria mencubit bahu suaminya.
"Err… ya. I okay. Sebenarnya I nak keluar town, kena outstation tiga hari. Boleh tolong arahkan Ainen pack baju?"
"Okay! Bestnya. I akan siapkan semuanya," Maria tersenyum manis, memeluk Mikael sebelum berlalu pergi.
Mikael hanya diam, kemudian masuk ke bilik air. Dia perlu segarkan diri Medina sedang menunggunya.
Sementara itu di hospital…
Medina Atalia menggigil dalam bilik air. Sejak sedar tadi, dia melihat makhluk berbaju putih datang ke arahnya.
Dia panik. Lari dan berkurung.
“Mama… Ayah… Kakak takut. Diorang nak bunuh kakak. Kakak tak tahu kat mana ni… Isk.”
"Cik, sila keluar. Kami takkan apa-apakan cik."
"Medina, saya Dr Dude kawan Majikan awak. Saya dah maklumkan pada tuan awak. Dia dalam perjalanan ke sini."
"Tuan Mikael?" Medina menggeletar.
Air mata mengalir.
Tok
Tok
Tok.
"Medina, ini Mikael. Buka pintu, ya. Aku datang ni."
Pintu akhirnya dibuka perlahan.
Mikael Lutfi segera masuk dengan tuala tebal di tangan. Tanpa lengah, dia menutup tubuh Medina Atalia yang menggeletar kesejukan.
“Medina, kau tak perlu takut lagi. Aku ada,” bisik Mikael.
Tubuh Medina bersandar lemah di dada lelaki itu. Dalam pelukan hangat itu, dia terasa sedikit tenang.
Mikael Lutfi mengangkat Medina keluar.
Nurse segera mengambil alih.
Mikael menarik Dr Dude ke sisi.
"Thanks, bro. Kau memang penyelamat," kata Mikael sambil menepuk bahu sahabatnya.
"Takde hal. Tapi siapa sebenarnya Medina ni? Cantik sangat... macam pernah nampak dia." Dr Dude mengerutkan dahi, cuba mengingat.
"Kau kenal dia?"
"Macam kenal… tapi tak pasti. Kalau aku ingat, aku beritahu kau, okay?"
Mikael mengangguk. Dalam hati, makin banyak tanda tanya muncul.
Siapa sebenarnya Medina Atalia? Dan kenapa ramai sangat yang mahu dia hilang?
Share this novel