Melamar Sekuntum bunga Mawar Yang Masih Kekal Utuh

Drama Completed 450185

Maria Elena melangkah turun dari tangga dengan langkah berhati-hati, matanya memerhati seorang demi seorang yang sudah berkumpul di ruang tamu.

Karl duduk menyandar di sofa sebelah kanan, ralit menatal telefon bimbit. Firdaus sibuk melayan anaknya yang sedang bermain dengan patung lembut.

Datin Sri Qalsum tampak resah, memicit jari-jemarinya. Dan Dato’ Fakri pula tersandar tenang, dengan senyum misteri menghiasi bibir.

Maria mengerutkan dahi.

“Ma? Papa? Ada apa Mikael panggil semua datang ke sini?” soalnya sambil duduk di sisi Qalsum, menyilangkan kaki dengan gaya sedikit angkuh.

Qalsum menggeleng.

“I don’t know, sayang. Dia call dua hari lepas, suruh semua datang ke sini. Katanya penting…”

“So kitorang pun datanglah,” sela Firdaus, tanpa mengangkat kepala.

Maria menjeling tajam.

“I tak tanya you, Fir.” Nada sinis itu jelas kedengaran.

Dia memang kurang senang dengan adik tirinya itu, apatah lagi bila Firdaus selalu menyampuk dalam situasi yang dia sendiri tak faham.

Firdaus menjungkit bahu acuh tak acuh.

“Kau tanya Mama. Aku anak Mama, aku jawab lah. Lagipun, kau tak rindu ke dengan anak saudara kau yang hensem ni?” usiknya sambil mengangkat anak kecilnya yang sedang tertawa.

Anak kecil itu ketawa riang, wajahnya salin tak tumpah seperti Firdaus berkulit cerah, bermata bundar dan rambut perang ikal.

Maria mengetap bibir, malas hendak melayan. “Hmm… ada apa ni, Mama?” Dia berpaling semula kepada Qalsum, memaut lembut tangan ibunya.

Qalsum mengeluh perlahan.

“Mama tak tahu, Maria. Mama ingatkan kamu tahu hal ni. Mikael tak pernah ajak kita semua berkumpul begini tanpa sebab…”

Suasana jadi hening seketika. Hanya kedengaran bunyi mainan plastik yang ditekan oleh anak Firdaus dan desiran pendingin hawa.

Mata Qalsum memerhati setiap sudut rumah ruang tamu yang luas, langsir putih yang bergoyang perlahan, gambar keluarga yang tergantung elok di dinding.

Tapi tiada satu pun yang memberi petunjuk kepada tujuannya mereka dikumpulkan di situ.

“Sabarlah, nanti kita dengar sendiri dari tuan punya badan,” celah Fakri sambil menyilang kaki.

Senyumannya makin lebar.

Hanya dia yang tahu apa yang bakal berlaku sebentar lagi rahsia yang disimpannya itu, bakal menggegarkan ruang tamu ini.

Karl yang sejak tadi diam, hanya mengangkat kening sekali-sekala.

Dia juga tahu.

Malah dia antara yang awal tahu berita itu.

“Tak lama lagi… rumah ni bakal ada Puan baru…” getusnya dalam hati.

Dia terdengar perbualan antara papanya dan Mikael petang kelmarin ketika dia menuruni tangga belakang.

Hanya kerana dia terlupa bawa fon pengecas, rahsia besar itu terlepas masuk ke gegendang telinganya.

Dasar telinga lintah! Dia tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience