"Qalam..." Itulah suara terakhir yang keluar dari bibir Medina Atalia sebelum tubuh Qalam rebah kaku di hadapannya.
Darah mengalir laju dari rusuk lelaki itu, membentuk genangan yang perlahan-lahan membasahi lantai sejuk itu.
Mata Medina berkaca.
Tangannya menggigil ketika dia merangkak, berusaha merapat ke arah tubuh yang hampir tidak bernyawa itu.
Air matanya tumpah deras.
Hatinya luluh.
Nafasnya sesak oleh rasa bersalah yang tak mampu dibendung.
Dalam benaknya, kenangan mula bermain…
Seorang budak lelaki diam-diam meletakkan bunga di dalam lacinya semasa di sekolah menengah.
Di universiti, dia sering jumpa sekeping nota tanpa nama penuh dengan puisi ringkas.
Dan ketika dia menjadi model sambilan untuk Uncle Bob, dia tahu ada seseorang yang selalu memerhati… dari jauh… dalam diam.
Qalam.
Medina menekup mulutnya sendiri. Dia tak pernah tahu, tak pernah sedar. Atau mungkin… dia memilih untuk tidak peduli.
Kini, lelaki itu… sedang terbaring berdarah di hadapannya.
“Fahmi!!” jeritnya.
“Apa yang awak dah buat pada Qalam?”
"Aku suruh dia bunuh kau, tapi dia tak nak! Aku masih tahu semua itu kerana aku yakin, walaupun di mulut dia cakap dia benci kau. Tapi tidak dihati." Fahmi hanya tertawa.
Gelaknya panjang, menggila.
Wajahnya sudah pucat, tubuhnya terluka parah akibat tumbukan Mikael tadi, tetapi dia masih mampu bersuara dengan sisa-sisa tenaganya.
“Dia adik kau… Qalam!!! Dia pertaruhkan nyawa demi aku… demi kau!!”
Fahmi tergelak sambil memegang perutnya yang berdarah.
“Ya… dia adik aku… kembar aku… tapi aku benci tengok mata dia setiap kali dia pandang kau penuh cinta.”
Dia menyambung, giginya merah dengan darah.
“Selama ni… dia hanya berani pandang kau dari jauh… kau tahu kenapa? Sebab dia bodoh. Bodoh ikut api yang aku nyalakan… aku gunakan dia untuk ganggu kau… aku hasut dia. Dia buat semua sebab dia fikir itu cara dia ‘dekat’ dengan kau… hahaha…”
Fahmi ketawa seperti orang hilang akal, walaupun tubuhnya sudah hampir lumpuh di lantai.
"Kau terlalu terbang tinggi bro, walaupun Qalam jahat dia tak pernah salah di mata isteri aku." Mikael mendekat, memijak kuat tangan lelaki itu, menghentikan ketawa gilanya.
"Cukup! Jangan hina adik kau saat dia sedang nazak!"
Medina memegang kepala Qalam yang terkulai di pangkuannya.
“Qalam… maafkan saya… kalau saya tahu semua ni… kalau saya tahu dari awal…” suaranya bergetar.
Air mata menitis ke pipi Qalam.
Qalam membuka matanya perlahan, hampir tak mampu berbicara. Nafasnya pendek-pendek. Tapi senyum kecil muncul di bibir berdarah itu.
“Saya… tak pernah benci… awak… Medina…” bisiknya perlahan.
“Saya cuma… nak… awak… selamat saya tahu abang kembar saya benci awak dan…”
Dan dengan kata-kata itu…
Qalam terdiam.
Senyumnya terhenti.
Nafasnya… tamat.
“Qalam! QALAM!!” Medina menjerit memanggil namanya, menggoncang tubuh itu berkali-kali.
“Jangan tidur Qalam! Tolonglah bangun! Saya… saya tak sempat minta maaf…”
Tapi semuanya sudah terlambat.
Share this novel