Lin menekan butang video call dan melangkah masuk semula ke dalam kafe. Senyum sinis tak lekang dari wajah.
“Hi… Maria,” sapa Lin, sambil menghala kamera telefon tepat ke wajah wanita itu.
Maria terpinga.
“Lin? You buat apa dekat sini?”
Lin hanya tersenyum nipis.
“I cuma nak Mikael tengok sendiri isteri kesayangan dia… dengan lelaki lain.”
“Sedih, bukan?”
Dan tanpa tunggu balasan, Lin terus berpaling dan melangkah keluar dari kafe, puas hati dengan drama yang ditaburnya malam ini.
“Aku puas hati hari ni. Kena kau, Maria!” bisik Lin dalam hati.
Namun, langkahnya terhenti apabila suara Maria menjerit dari belakang.
“Lin! Tunggu! Lin!” Maria segera berlari menyeberangi jalan, cuba mengejar sahabat lamanya.
“I have to go. Bye!”
“Lin! Tunggu, I cakap!!”
BRAKKKK!!!
“Arghhh!”
Sebuah motosikal berkuasa tinggi melanggar tubuh Maria Elena yang tiba-tiba berlari ke jalan. Tubuhnya terpelanting, jatuh ke tepi jalan. Suara jeritan terlepas daripada mulutnya.
“Maria!!” Lin menjerit, tergamam.
“Maria, you okay tak ni?” Lin segera mendapatkan Maria, mencangkung di sisi wanita yang terbaring dengan kesakitan.
Beberapa orang awam mula menghampiri.
“Kenapa ni cik?”
“Cik tak apa-apa ke?”
“Kita pergi hospital jom.”
Maria menggenggam lengan Lin, menahan sakit. “It’s okay... I tak apa-apa. Luka sikit je.”
Dia cuba tersenyum walaupun menahan perit. Lin membantu memapah Maria ke tepi jalan.
Namun tiba-tiba, senyuman Maria berubah menjadi sinis.
“Kenapa you buat macam ni, Lin?” soal Maria dengan nada tajam. “You nak I menderita, ya?! Anuar tu yang kejar I, bukan I goda dia, Lin!”
“Percayalah cakap I.” Maria menggenggam kedua-dua bahu Lin erat.
“Kita kawan, Lin. Kita bestfriend sejak universiti. I tak pernah niat nak rampas dia.”
Maria Elena menarik Lin ke dalam pelukan, seolah-olah merayu keikhlasan.
“Tapi dia yang tergila-gilakan I sejak parti yang you buat dulu. I’m sorry, Lin…” katanya sambil mengurut belakang Lin perlahan-lahan.
Lin terdiam, terkedu. Hatinya bercelaru. “Maria… I maafkan you… Tapi I dan Anuar… kami dah hampir nak kahwin... I dah rancang semuanya...”
“Tapi sayang…” bisik Maria dekat di telinga Lin, suara kini berubah dingin dan tajam.
“You terlalu bodoh, Lin...”
Tanpa amaran, Maria Elena menolak Lin ke tengah jalan.
“Pergi jumpa Tuhan dulu, okey?”
“Arghhh!”
BRAK!
BRUKKK!!
Jeritan kuat menggegar suasana.
Tubuh Lin dirempuh kuat oleh sebuah kereta yang datang laju. Darah memercik di atas jalan. Tubuhnya melambung seketika sebelum terhempas ke atas tar.
“L-Lin…”
BRUKK.
Kepala Lin digilis tanpa belas oleh tayar kenderaan kedua. Darah dan serpihan tempurung kepala memercik, menyimbah jalan.
“Alin!!! Jangan tinggalkan I! Arghhh!!!” Maria menjerit seperti orang hilang akal, pura-pura menangis meratap di hadapan orang ramai yang mula berkerumun.
“Alin, please sahut I! Alin!!” Air mata mengalir deras, disusuli raungan dramatik.
Tangannya menggenggam tangan Lin yang sudah kaku.
“Tolong selamatkan kawan I… Please… Tolong, dia bestfriend I…”
“Cik, kami akan bantu sebaik mungkin. Cik tunggu di sini ya,” ujar seorang lelaki sambil menarik Maria ke tempat selamat.
Maria Elena terus menangis. Isk… isk… isk…
Namun di dalam hati…
“See… betapa bodohnya you, Lin. Selamat sampai ke Tuhan, um…”
Satu senyuman halus muncul di bibir Maria. Tapi cepat-cepat dia kembali memasang wajah penuh duka.
“Maria… What happened?” suara itu mengejutkan semua. Mikael datang tergesa-gesa, memeluk Maria yang masih teresak di tepi jalan.
“A-Alin… dia… isk… isk… I takut dia kenapa-kenapa nanti…” Maria Elena menggeleng-geleng sambil menangis di dada Mikael.
Tangannya menggenggam erat baju lelaki itu. Dan langit malam jadi saksi… satu rahsia gelap baru sahaja bermula.
Share this novel