Hati Hanya Untuk Satu

Drama Completed 450185

“Ehem!”

Satu deheman kasar memecah suasana tegang di ruang tamu itu. Semua mata segera berpaling ke arah tangga.

Mikael Lutfi berdiri di situ, segak berkemeja putih yang dibuka dua butang teratas, dengan seluar slack hitam dan rambut yang sedikit bersepah seperti baru pulang dari pejabat.

Wajahnya tenang, tapi mata itu tajam memerhati situasi di hadapannya antara ibunya yang masih tercegat memandang isteri mudanya, dan Medina Atalia yang kelihatan sedikit tegang tetapi masih berdiri dengan penuh maruah.

Langkahnya panjang dan mantap, turun tangga satu per satu sebelum akhirnya berdiri di sisi Medina.

Tangan kanan Mikael secara spontan memegang bahu isterinya itu, seolah mengukuhkan tempat Medina di sisinya.

“Ma,” suara Mikael sedikit rendah, tegas tapi masih menjaga hormat.

Datin Sri Qalsum tidak menjawab. Matanya masih belum berhenti meneliti wanita muda di hadapannya. Makin dekat Mikael berdiri di sisi Medina, makin sakit hatinya.

Apatah lagi bila melihat Mikael sendiri seolah menyebelahi perempuan yang baru sahaja menjadi ‘isteri kedua’.

“Bukan main lagi kau bela isteri muda, Mikael…” akhirnya suara itu keluar juga dari bibir ibunya.

Mikael senyum kecil. “Tak salah kalau isteri sendiri, Ma.”

“Tak salah, tapi tak hormat. Maria tu isteri pertama. Kau bukan budak-budak lagi.”

Mikael pandang mamanya lama. Nafasnya ditarik perlahan, kemudian dia menoleh pula ke arah Medina, seakan mahu memberi keyakinan bahawa dia berada di tempat yang betul.

“Ma… Maria tahu perkahwinan ini. Saya tak sembunyi. Saya kahwin dengan Medina bukan sebab nafsu. Saya cintakan dia.”

Medina tersentak sedikit. Tak sangka Mikael mengucapkan begitu jujur di hadapan ibu dan pekerja rumah.

Datin Sri Qalsum hampir tercekik dengan kata-kata itu. “Cinta?! Dengan perempuan yang pakai macam ni?!” Jarinya menuding ke arah tubuh Medina yang hari itu mengenakan blaus satin lembut dan kain batik moden, cukup sopan tapi masih menampakkan lekuk pinggang yang ramping dan pesona feminin yang menggoda.

Mikael gelak kecil.

“Ma… saya suka isteri saya macam ni. Cantik. Seksi sikit. Tapi tetap tahu batas.”

Pandangan matanya tiba-tiba berubah sinis.

“Daripada ada isteri yang konon sopan tapi selalu buka body depan kamera, tak reti malu... dan sekarang pun dah tak sesuai nak tayang dada dan pinggang sebab semua dah... mengembang.”

Medina tersedak kecil menahan gelak. Zara dan Laila cepat-cepat menunduk, pura-pura sibuk kemas bunga hiasan di meja.

Maria Elena yang sedang turun dari tangga membeku di anak tangga terakhir. Wajahnya yang tadi berias kini berubah masam. Dia tahu, sindiran itu untuknya.

Pinggangnya memang sudah tidak seramping dahulu. Usia pun semakin menuntut. Tapi dihina di hadapan ibunya sendiri?

“Jadi, aku ni apa sekarang? Bekas peragawati tua yang tak layak?” tempelaknya keras.

Mikael angkat kening.

“Kalau awak rasa tak layak, saya tak paksa untuk terus kekal sebagai isteri. Saya hanya perlukan wanita yang tahu jaga hati dan maruah.”

Datin Sri Qalsum terkedu.

Dia tak sangka anaknya sendiri akan bercakap seperti itu lantang, jelas memilih Medina dan tanpa ragu-ragu menyindir isteri pertamanya.

“Jangan sampai Ma buang kamu dari senarai wasiat, Mikael…”

Mikael hanya senyum tipis.

“Ma boleh buang saya dari harta… tapi saya takkan buang cinta saya pada Medina. Dia isteri saya sekarang. Saya minta Ma hormat keputusan saya.”

Datin Sri Qalsum menggigit bibirnya. Pandangannya bergilir-gilir antara anak dan menantu. Akhirnya, dia berpaling dan melangkah keluar dari rumah tanpa sepatah kata lagi.

Dan dalam diam, dari luar pagar rumah itu…

Qalam sedang memerhati dari celah kenderaan, dengan wajah gelap dan mata yang bersinar marah.

“Semua ni sandiwara... Medina, jangan lupa kenapa aku datang. Kau hutang aku nyawa.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience