Mata Mikael Lutfi melingas mencari kelibat Medina Atalia. Dapur itu sunyi. Tiada bayang gadis itu. Pelik.
Sudah hampir sejam dia selesai gym pagi, namun Medina belum juga muncul. Di mana pula pembantu rumahnya pergi waktu begini?
Jam menunjukkan hampir pukul 8:15 pagi. Dia pula ada mesyuarat tergempar jam sembilan. Khabarnya ada penambahan saham dari pelabur luar. Kepala pun sudah berat memikirkan strategi baru.
Tiba-tiba..
“Makcik lari!!!”
Jeritan kuat itu memecahkan kesunyian. Suara Medina. Terkejut Mikael Lutfi. Suara itu bergema dari arah belakang dapur.
Bergegas dia melangkah ke situ.
“Ada apa ni?!” Langkahnya terhenti seketika saat terdengar hiruk-pikuk di belakang stor.
“Medina, kau ke tu?!”
“Arghh!! Lariii!”
“Medina, hati-hati! Nanti jatuh!”
“Lari Zara, lari semuaaa! Arghh babi terbang tu makcikkk!!!”
“Ya Tuhan... apa hal ni?” Mikael meluru ke belakang, dada berdebar. Suara maid-nya, suara Medina semuanya bertindih, panik.
“Pig!”
”Pig!”
“Hempuk dia makcik! Hempuk dengan lidi tu sampai mati! Pig terbang tu!” Medina menyorok di belakang Ainin sambil melompat-lompat panik.
“Siap kau, mampos kau kejap lagi!” Qila, maid Mikael, melibas penyapu lidi bertalu-talu ke arah seekor kelawar kecil yang tersesat masuk.
“Cepat Qila! Sebelum dia terbang jauh tu!” Minah menyembur racun serangga dengan penuh semangat.
“Medina, keluar dulu! Nanti awak terkena racun tu!” Ainin menolak tubuh Medina ke sisi.
“Racun tu! Kau nak bunuh aku ke apa, Minah!” Zara cepat-cepat mengelak dari semburan.
“Astaghfirullah hal azim... Medina!!” Mikael muncul di muka pintu stor.
Tercengang.
Medina, gadis berusia 21 tahun itu, sedang mengarah seluruh ‘askar maid’ rumahnya dengan satu misi besar membunuh seekor kelawar kecil yang tidak bersalah.
Mikael Lutfi hanya mampu menggeleng.
GEDUBUK!!!
Satu bunyi dentuman kuat kedengaran.
“Aduh! Sakitnya! Makcikkk tolong!!”
“Ya Allah Medinaaaa!!!” Zara menjerit.
Qila, Ainin dan Minah semua tergamam.
“Arghhh!! Ya Tuhan, Medina!” Mereka lari keluar dari stor dan..
Ternganga.
“Apa?!! Tolonglah makcikkk! Sakit ni! Korang boleh tergamam pula!”
“Kau yang sepatutnya tolong aku, Medina! Kau jatuh atas aku! Happy ke?!”
Dalam keadaan separa pening.
Mikael Lutfi yang baru hendak masuk stor, menjadi ‘tilam pendaratan’ bagi gadis itu. Medina terjelepuk di atas dadanya.
“Eh Tuan Mikael? Sejak bila ada di sini?” Dia mengangkat kepala perlahan.
Wajah lelaki yang beberapa minggu lalu ditemuinya di hospital kini betul-betul di hadapan mata.
“Sejak tadi. Suara kau... kalau pasang speaker, satu taman dengar.”
Medina Atalia terdiam.
Tubuhnya masih di atas dada lelaki itu. Hangat. Empuk.
Selesa.
“Wah, sedap kau landing atas aku, ya Medina.”
PLAK!
Satu tamparan hinggap di pinggul Medina.
“Hye!! Dasar majikan pervert!” Medina menampar dada Mikael dan terus bangun, mukanya merah padam.
“Selesa betul kau tadi.” Mikael ketawa kecil sambil mengekori langkahnya ke dapur.
“Sibuklah tuan ni. Medina haus, nak minum air.” Dia membuka Coway dan meneguk air sejuk.
Mikael Lutfi berdiri memerhati.
“Sebenarnya aku cari kau. Aku nak ajak kau ke gym, lepas tu temankan aku ke pejabat.”
“Apa kena mengena dengan Medina pula?”
“Ikut jelah. Atau aku ajak Ainin. Dia boleh dibawa bincang.”
“Habis tu kenapa tak ajak Kak Ainin?”
“Sebab aku nak tanya kau sesuatu. Hal serius. Cuma kau je yang aku percaya.” Bisikan Mikael menusuk ke cuping telinga. Medina terdiam.
“Okay… tapi bila?”
“Taklah, tahun depan. Lepas raya mungkin.” Mikael menyindir dengan muka serius.
“Medina tanya baik-baik je...”
“Aku dah sediakan semua. Cuma nak bawa kau je. Susah nak keluar tanpa sebab. So, aku ‘culik’ kau hari ni.”
“Oh, faham… okay je kalau nak culik pun.”
Namun dalam diam, Medina sedikit resah. Sejak keluar hospital, dia tak dibenarkan ke mana-mana tanpa Mikael Lutfi.
Dan yang lebih merisaukan, kenapa wajah Maria Elena selalu menghantuinya setiap kali dia pejam mata?
Kenapa bila mereka bertentang mata, tubuhnya mengigil dan jiwanya ketakutan?
“Kenapa Puan Maria dah tak panggil aku?”
“Jangan-jangan… dia benci aku sebab hal tu.”
“Tapi bukan salah aku. Aku dipaksa. Aku diperangkap oleh suaminya. Aku tak bersalah…”
Medina Atalia mengetuk jari di meja rehat, tak menyedari Mikael berdiri di belakangnya.
“Ehem. Jauh termenung.”
“Tuan! Maaf... saya ambil air dulu.”
“Duduk. Aku nak cakap sikit.”
Dia patuh.
Duduk bertentangan.
“Jauh termenung. Fikir apa?”
“Bukan hal negara…”
“Medina. Aku tanya… apa yang berlaku petang tu? Tanggal 13 haribulan. Jam tujuh malam. Di dapur rumah ni.”
Medina kaku.
Tubuhnya serta-merta mengigil.
“Saya tak ingat, Tuan.”
Mata Mikael tajam merenung.
“Langsung tak ingat?”
“Sebelum saya pengsan… saya ingat Puan Maria ajak saya ambil barang dalam stor. Katanya penting nak guna malam tu juga.”
“Saya cakap gelap, saya tak bawa lampu. Tapi dia paksa. Lepas tu dia tolak saya masuk… dan saya tak ingat apa-apa lagi.”
“Saya sedar-sedar dah ada di hospital. Semuanya putih. Saya sangka saya dah mati.”
Mikael Lutfi memeluk Medina Atalia dengan erat. Nafasnya dalam dan berat.
“Kau tak bersalah. Aku yang silap. Aku tak sepatutnya tinggalkan kau.”
“Tuan… kenapa ni?”
“Aku takut, Medina. Aku takut kau jadi mangsa mereka lagi.”
Dia tahu. Maria Elena masih berdendam. Mamanya masih menyimpan api cemburu yang tak pernah padam.
Dan dia yakin jika dia alpa sekali lagi, Medina mungkin tak akan selamat.
“Aku risau Mama cari salah kau lagi. Aku tahu Mama…”
Ayat itu mati di situ.
Di Pejabat
Mikael Lutfi berjalan laju ke lobby. Medina terkejar-kejar di belakang.
“Tuan Mikael, tunggu!”
“Cepatlah sikit, asal lambat sangat.”
“Arghh! Adeh kaki aku!”
Lif terbuka.
Mikael Lutfi masuk, menekan butang ke tingkat dua puluh.
“Medina, nanti duduk diam-diam dalam pejabat. Aku ada mesyuarat penting.”
“Ambil makanan ringan ke, air ke, tapi jangan merayau.”
“Faham?”
Medina Atalia angguk perlahan.
Tak sangka di sebalik insiden kelakar pagi tadi, tersembunyi sesuatu yang jauh lebih besar dan lebih menakutkan.
Dan dia tahu, sejak hari itu… hidupnya tidak akan sama lagi.
Share this novel